Anda di halaman 1dari 4

Fenomena aktiviti pembakaran terbuka mutakhir ini semakin berleluasa walaupun

kerajaan telah menggubal undang-undang pencegahan yang lebih tegas. Pada pendapat
anda, apakah kesan-kesan buruk yang terjadi akibat pembakaran terbuka?

PENDAHULUAN:-
 Pada bulan Julai yang lepas, negara kita sekali lagi menghadapi masalah jerebu
yang begitu teruk.
 Masalah jerebu ini telah mengakibatkan beberapa buah negeri di selatan
Semenanjung, seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan diisytiharkan darurat.
 Banyak aktiviti rutin kehidupan terjejas oleh fenomena jerebu seperti banyak
sekolah terpaksa ditutup, orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti luar dan
sebagainya.
 Fenomena jerebu merupakan kesan langsung daripada perbuatan manusia yang
tidak bertanggungjawab dengan melakukan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan
pertanian mahupun pembukaan petempatan baharu.
 Pelbagai kesan buruk akan terjadi akibat pembakaran terbuka.

IDEA-IDEA PENTING:- (kesan buruk)
 Berlaku peningkatan pencemaran alam sekitar terutamanya ruang udara yang
menyebabkan penularan pelbagai jenis penyakit terutamanya yang ada kaitan dengan
organ paru-paru dan sistem pernafasan.
 Pembakaran terbuka disebabkan pembukaan tanah pertanian akan menyebabkan
kemusnahan flora dan fauna secara total.
 Kemusnahan hutan akan menyebabkan kemusnahan habitat semula jadi binatang
liar yang jika tidak dikawal dengan segera, tidak mustahil segala jenis haiwan akan
pupus.
 Menjejaskan industri pelancongan - menyebabkan jumlah pelancong domestik
dan antarabangsa berkurangan - akan menjejaskan pendapatan negara.
 Kesan pemanasan global boleh mengundang pelbagai jenis bencana alam.
 Peningkatan kadar gas karbon dioksida berbanding gas oksigen di udara
mengundang musibah, seperti berlakunya hujan asid, penipisan lapisan ozon dan
peningkatan suhu sekeling.
 Pembakaran terbuka boleh menjadi punca kebakaran aset -aset negara yang
penting seperti bangunan pentadbiran kerajaan, hutan simpan, kawasan pelancongan,
dll.
 Menjejaskan imej negara di persada antarabangsa.
 Menjejaskan perkembangan sektor pertanian dan perikanan.
 Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak dari segi perubatan dan
kos pencegahan dan kos mengawal kebakaran.
 Meningkatkan kejadian kemalangan jalan raya.
 Tanah yang gondol oleh pembakaran terbuka akan menggalakkan kejadian tanah
runtuh, banjir kilat, hakisan berleluasa.
Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira

bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan

hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana

terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti

pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam

sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang

tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan

kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.

Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar.

Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-

isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana

televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau

individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu

perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang

sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah

pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-

pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di

jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut

berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar.

Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen

kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan

didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar

seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam

sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula

bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-

cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini

juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-


kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat

mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat

serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui

organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat

tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah

dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran

sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan

Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar

dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan
perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah.

Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan

tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi,

pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi

dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam

sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan

teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.

Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan

lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah

lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan

menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan

buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan

plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh

pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti

penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang

perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal

ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.


Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat

mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil

pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang

semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada

masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah

memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai

golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada

terus tercemar.

Anda mungkin juga menyukai