Anda di halaman 1dari 20

SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara Mukasurat

1.0 PENGENALAN 2-6


1.1 Misi
1.2 Definisi Pengalaman
1.3 Tema
1.4 Topik
1.5 Kumpulan Sasaran
1.6 Objektif Pembelajaran

2.0 PENGALAMAN 7-9


2.1 Kemahiran Berfikir
2.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Media
Dan Teknik

3.0 EKSPRESI 10 - 13
3.1 Elemen-Elemen Ekspresi
3.2 Apresiasi Seni
3.3 Kajian Kes Pengajaran Dan Pembelajaran

4.0 SOROTAN KAJIAN 14 - 16

5.0 KESIMPULAN 17 - 18

6.0 RUJUKAN 19
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0 PENGENALAN
Program Projek Pertandingan Melukis Mural adalah satu projek untuk
memberi ilmu kepada pelajar secara santai dan berseronok. Tetapi ianya akan
memberikan impak yang sangat besar kepada pelajar.
Pertandingan ini dijalankan dengan melukis mural di laluan pejalan kaki di
mana ini merupakan tempat tempat para guru dan pelajar lalu lalang. Mural ini akan
dilaksanakan oleh para pelajar tahun 6 dan dibantu oleh guru-guru pendidikan seni
visual dan mural. Ini bagi memberikan perasaan seronok untuk hadir ke sekolah
selepas pelajar tahun 6 selesai menduduki UPSR. Ia juga bagi memartabatkan bidang
seni visual di sekolah serta dapat merapatkan ukhwah antara pelajar.
Mural atau Catan dinding merupakan satu bidang seni halus yang dapat
mencungkil bakat pelajar dalam kemahiran melukis dan mewarna yang baik. Menurut
Seligman (1987) kebanyakan pengkritik seni bersetuju bahawa mural ialah sejenis
karya seni samada dalam bentuk catan, mozek, kolej, timbulan mahupun fotograf
yang dihasilkan khusus untuk tempat tertentu saling melengkapi dengan senibina,
dengan kata lain komposisinya mempengaruhi dan sebaliknya. Menurutnya lagi,
mural dihasilkan pada pada dinding atau siling ruang dalaman dan dinding luaran
dengan skala yang besar dan juga kadang-kadang pada skala yang kecil. Catan mural
akan kekal pada tempat ianya dihasilkan berbeza daripada catan atas kanvas yang
boleh digantung dimana-mana pada bila-bila masa. Tema mural adalah bebas.
Contohnya seperti ilusi landskap, figura, tulisan, corak dan sebagainya. Ianya
dipersembahkan dengan gaya penampilan sama ada realistik, semi abstrak mahupun
abstrak.

1.1 Misi
Program ini diadakan untuk meningkatkan kecintaan para pelajar
terhadap aktiviti kesenian dan cintakan sekolah.

1
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.2 Definisi Pengalaman


Seni lukis adalah merupakan cabang dari seni rupa. Menurut
pengertian sama, seni lukis adalah pengembangan yang lebih kekal dari
menggambar. Melukis merupakan satu kegiatan mengolah medium dua
dimensi atau tiga dimensi untuk mendapatkan kesan yang tertentu. Medium
lukisan boleh berbentuk apa sahaja seperti kanvas, kertas, dinding, papan
bahkan filem di dalam fotografi boleh dianggap sebagai media untuk melukis.
Alatan yang digunakan juga terdapat dalam pelbagai jenis, dengan syarat
ianya dapat digunakan serta diberi unsur seni kepada media tersebut.
Seni adalah bermaksud halus, unik, kecekapan dan kepandaian untuk
menghasilkan sesuatu. Manakala lukisan dalam bahasa Inggeris ialah
“Drawing” yang berasal daripada dua perkataan German dan Latin. Perkataan
“to draw” adalah merupakan daripada perkataan “Old English” iaitu “
dragan” yang bermaksud “to drag” iaitu aktiviti yang berhubung dengan
tubuh badan. Beberapa buku juga menyatakan seni lukis adalah aktiviti
melukis yang menggunakan bahan kering ataupun basah untuk mendapatkan
kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan. Seni lukis juga boleh
dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang individu yang
digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan
untuk dijadikan suatu bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan
bertajuk “Unforgetten Fire” yang telah dilukis oleh pelukis amatur Yusuko
Yagamata di Jepun pada tahun 1945 yang menggambarkan peristiwa
pengeboman Bandar Hiroshima.
Secara langsung seni lukis adalah merupakan satu disiplin seni yang
boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi sejarah dan artistik. Pelukis perlu
mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu daya visualisasi, daya
emosi dan daya estetika. Pada hakikatnya seni lukis bukanlah hak milik
mutlak pelukis, tetapi ia merupakan milik semua manusia. Pengalaman anak-
anak kecil menconteng di atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia
melukis. Melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi.
Seni Lukis juga menawarkan saluran yang menarik untuk seni
imaginasi. Lukisan boleh menyelamatkan pengalaman menarik dan sementara
2
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

ia tidak membuat perhubungan antara peribadi dan sejagat sepenuhnya dengan


jelas. Lukisan juga boleh mempunyai pandangan sepintas lalu ke dalam
pengalaman tersebut. Oleh itu juga, ia boleh membangkitkan memori silam.
Seni lukis yang berbentuk seni demokrasi yang bermaksud pelukis dapat atau
mempunyai hak kebebasan dalam menghasilkan seni. Nilai lukisan tidak
sahaja untuk sesuatu sesuatu yang mudah diperoleh tetapi terhadap kerapatan
kemesraannya dan potensi untuk bekerja melalui idea. Lukisan juga
mempunyai kesannya dengan maksud yang lebih sederhana. Lukisan kini
dengan teguhnya wujud sebagai medium dalam pandangannya yang tersendiri.
Seni lukis dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal dan
mengembangkan bakat. Menerusi idea dan imaginasi kanak-kanak dapat
menghasilkan apa jua digambarkan dalam bentuk seni yang begitu unik.
Bidang seni lukis juga jika diberi perhatian yang menyeluruh ia dapat
mengembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak kerana proses penghasilan
lukisan akan dapat menggabung jalinkan emosi, sosial dan nilai estetika.
Lukisan merupakan simbol grafik awal bagi kanak-kanak terhadap benda yang
terdapat disekeliling mereka. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak
boleh dibahagikan kepada empat iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi. Jika matapelajaran ini diajar dengan baik ia dapat
merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang
pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang
isu-isu persekitaran yang dapat meluahkan perasaaan mereka tentang isu-isu
persekitaran yang memberi kesan kepada mereka.
Dengan itu, ia akan membolehkan kanak-kanak menyentuh, merasa
dan meneroka sebarang kebangkalian melalui interaksi dan pemahaman
terhadap persekitaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan
pendapat dan pengetahuan yang ditemui. Suara keriangan kanak-kanak yang
jelas kedengaran jelas kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan
semasa proses pembelajaran sedang berjalan. Maka, kanak-kanak perlu
menyertai menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan.
Hasrat pendidikan seni visual yang dilaksanakan di sekolah rendah
bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan apa saja
pemikiran mereka melalui seni. Malahan kita tahu, bahawa kanak-kanak
dilahirkan penuh dengan penuh sifat yang dinamik dan ingin berkembang
3
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

mengikut proses tumbesaran mereka. Sebagaimana yang kita ketahui, tahap


perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza. Penglibatan kanak-kanak
dalam aktiviti seni lukis berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan
serta perkembangan daripada pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti
kanak-kanak dapat dipertingkatkan serta dapat mewujudkan rasa sensitiviti
kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Ianya dapat dinilai dan dilihat daripada
aspek kognitif, fizikal, kreativiti, persepsi dan apek sosial emosi.

1.3 Tema
“Masyarakat”
Masyarakat di Malaysia adalah berbilang kaum dan bangsa. Masyarakat di
Malaysia mempunyai kepelbagaian perbezaan latar belakang, keluarga dan
individu. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur, jantina, kebolehan,
bangsa, status, status sosial, makanan, agama, saiz dan perwatakan. Mural
yang dilukis mencermin masyarakat di Malaysia dan wajah Malaysia yang
mempunyai pelbagai kepelbagaian.

1.4 Topik
Catan Dinding - Mural
Catan merupakan satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu
permukaan rata. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama
ada yang nyata atau abstrak. Ianya dihasilkan melalui sapuan warna ke atas
permukaan rata dengan menggunakan berus.

1.5 Kumpulan Sasaran


Pelajar tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR.

1.6 Objektif Pembelajaran


 Meningkatkan pengetahuan kemahiran melukis yang bertema di
samping mencungkil serta mengasah bakat seni lukis dalam kalangan
kanak-kanak.
 Memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih berminat dalam
aktiviti seni kreatif serta menggalakkan para pelajar terlibat dalam
aktiviti pertandingan.
4
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

 Meningkatkan keyakinan diri dalam menghasilkan sesuatu karya


kreatif di samping mewujudkan persaingan yang sihat antara pelajar.
 Membentuk kreativiti pelajar dengan menggunakan IQ terhadap rekaan
dan ciptaan mereka sendiri.

5
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

2.0 PENGALAMAN
Perkembangan dan pertumbesaran kanak-kanak adalah megikut peringkat.
Pada setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asasnya dari
segi fizikal, mental, sosial, intelek dan estetik. Kegiatan seni yang dijalankan adalah
berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar,
membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf
tradisional. Pengalaman seni ini juga adalah untuk memperkembangkan dan
menyelaraskan persepsi dan konsep visual murid sebagai asas bagi menggalakkan
pemikiran kreatif dan kritis. Pengalaman ini selaras dengan perkembangan peringkat
kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang
merangkumi perasaaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan
mempelajari Pendidikan Seni Visual ini di sekolah, pelajar akan dapat menguasai
beberapa pengetahuan dan kemahiran.
Antara pengetahuan yang dapat dimiliki pelajar ialah mengenai bahan, alat
dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Pelajar juga akan mendapat
pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni
dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni,
menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasi maklumat dan aplikasi
komputer dalam kerja seni visual. Sementara itu pula, kemahiran yang akan
diperolehi pelajar ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi
disiplin seni visual, berfikir secara kreatif dan kritis , berkomunikasi dengan berkesan,
membuat pilihan, membuat interpretasi, serta menggunakan teknologi bahan dan
perkakasan.
Pendidikan Seni Visual dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk
memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan
kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta perkaitannya dengan
matapelajaran yang lain. Pelajar di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah
kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual berperanan untuk
memperkembangkan sifat-sifat ini melalui pesepsi visual, imaginasi dan daya
pemikiran.
Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni
visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini
6
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

adalah penting kerana ia dapat membantu murid membina keyakinan diri, membuat
penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri, membina kreativiti serta disiplin diri.
Maka, cara pempelajaran terbaik adalah melalui seni.

2.1 Kemahiran Berfikir


Kemahiran berfikir secara abstrak dan kemahiran kreatif boleh
dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada masa kini, terlalu banyak
maklumat. Amat mustahil untuk kita memperoleh dan menyimpan semua
maklumat atau maklumat. Seni adalah berbeza, kerana ia bersifat abstrak.
Kadangkala apabila melihat lukisan sahaja, kita berasa tenang. Ini
menunjukkan bahawa, seni sebagai ekspresi diri.
Proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh
dilakukan melalui seni melalui: pertama ialah penyoalan. Iaitu rangsangan
melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni. Kedua ialah penemuan.
Contohnya seperti penemuan baru melalui penyelidikan serta kajian. Ketiga
ialah pemerhatian. Ianya tidak hanya tertumpu kepada deria pengamatan
semata-mata sebaliknya turut melibatkan deria sentuhan dan sebagainya.
Keempat ialah percubaan. Ia merupakan usaha yang berterusan bagi
mendapatkan hasil yang terbaik. Individu yang kreatif akan terus
bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil seperti diinginkan.
Kelima ialah penerokaan. Penerokaan dan eksplorasi merujuk kepada galakan
untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling dan
menggunakan objek serta bahan di sekeliling dan menggunakan objek dan
bahan yang terdapat disekeliling tersebut untuk dijadikan hasil seni. Akhir
sekali ialah aktiviti/bermain. Kreativiti dapat dirangsangkan melalui aktiviti
permainan yang berbentuk akademik.
Disebabkan seni bersifat abstrak maka tiada istilah tentang lukisan
yang betul dan salah. Jawapannya adalah berdasarkan kreativiti dan
pengalaman seseorang individu untuk menginterpretasi tentang lukisan itu
sendiri. Seni banyak memberi manfaat kepada para pelajar dan ianya tidak
boleh diukur secara objektif.
Seni dianggap sebagai terjemahan metafora dan ekspresi emosi sama
juga seperti sastera yang dalam bentuk tulisan. Untuk mendapatkan

7
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

pengetahuan seni, seseorang itu perlu berani untuk bermain dengan


pengetahuan, pengalaman dan perasaan.
2.2 Kemahiran Mengaplikasi Alat, Media dan teknik
Pemilihan peralatan, media, bahan, teknik mewarna dan campuran
warna yang sesuai dengan situasi hendaklah diambil kira dalam menghasilkan
catan mural tersebut. Aspek asas unsur-unsur seni yang terdiri daripada
garisan, warna, rupa, bentuk, jalinan, ruang perlu diaplikasikan dalam catan
mural ini. Tidak dilupakan juga aspek-aspek dalam prinsip rekaan seperti
pergerakan, harmoni, imbangan, kontra, kesatuan, penegasan dan
kepelbagaian juga diambilkira. Dalam proses mencatan aspek yang paling
penting ialah memahami berbagai jenis warna dan mewarna kerana ia
memerlukan kemahiran mewarna dengan betul. Tujuannya ialah bagi
menghasilkan catan yang menarik.

Bagi pertandingan melukis mural yang dijalankan ia mengambil masa selama


4 minggu. Dimana pada minggu pertama pelajar akan diberi penerangan tentang
mural dan pendedahan bagaimana untuk melukis pada dinding. Pada minggu pertama
juga pelajar akan melukis pada dinding. Melukis di dinding mengambil masa yang
agak lama bagi pelajar sekolah. Ini akan mengajar pelajar untuk lebih bersikap sabar.
Pada minggu kedua dan ketiga pula pelajar akan mula mewarnakan mural
yang dihasilkan. Disini pelajar akan menggunakan kemahiran mengaplikasi alat,
media dan teknik yang telah dipelajari serta dipantau oleh guru pendidikan seni
visual.
Pada minggu keempat pula, sesi penilaian dilakukan oleh Guru Besar dan guru
pendidikan seni. Ini bagi membuat keputusan di tempat pertama dan kedua. Namun
begitu kesemua pelajar akan mendapat sijil penghargaan dan hadiah. Ini bagi
memupuk rasa kecintaan terhadap seni. Secara tidak lansung ia membuat keyakinan
diri pelajar akan meningkat.

8
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

3.0 EKSPRESI
Manusia menggunakan pelbagai warna bagi sesuatu tujuan. Ianya sama ada
sebagai unsur simbol, untuk menarik perhatian, bagi tujuan keagamaan, untuk
menggambarkan perasaan dan menunjukkan budaya yang tertentu. Antaranya ialah
pengertian warna dalam budaya setempat, pengertian warna dari segi psikologi,
pengertian warna dalam aspek asas seni reka, pengertian warna dalam situasi tertentu
dan juga pengertian warna dalam simbol, lambang dan corak.

3.1 Elemen-elemen ekspresi


Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu
memperkembangkan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat.
Apabila mereka diberi peluang untuk bekerja dengan pelbagai bahan, para
pelajar akan dapat meneroka dengan cara dan teknik secara kreatif dengan
variasi yang tidak terhad dan terkongkong.
Aktiviti seni juga mudah untuk direka bentuk sebagai keperluan dan
naluri ingin tahu seorang pelajar. Pelajar melihat sesuatu dengan caranya
tersendiri. Pelajar suka menyentuh, mengguling, menguli, meramas,
menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu dan meniru aksi untuk
mengenal sesuatu.
Pelajar juga suka bermain. Seperti kita semua sedia maklum,
permainan merupakan satu aktiviti yang penting bagi kanak-kanak, Apabila
pelajar bermain secara tidak lansung ia akan memperkembangkan aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya. Oleh yang demikian, aktiviti
seni mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu
yang digemari dan diminati seterusnya menjadi begitu bermakna kepada
mereka.

9
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

3.2 Apresiasi Seni


Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka menyatakan bahawa maksud
apresiasi ialah penghargaan, pengiktrifan serta penghayatan nilai (sesuatu
karya) sastera atau seni. Sementara kamus Inggeris-Melayu Dewan
menjelaskan definisi “appreciation” bermaksud penikmatan, penghayatan,
tahu menikmati dan tahu menghayati termasuk yang berhubung dengan karya
seni. Manakala Academic Dictionary of Arts menjelaskan “art appreciation”
sebagai “the introduction of basic principles of visual literacy especially the
means to analyzing form whwthwr with or without reference to subject matter
symbolism or historical context to general audiences for the purpose of
enhancing their enjoyment or works of art”.
Ini menjelaskan bahawa apresiasi seni sebagai pengenalan kepada
prinsip asas bahasa tampak terutama untuk menganalisa samada dengan atau
tanpa merujuk kepada subjek matter, simbolisma atau konteks sejarahnya,
bagi membolehkan orang ramai meningkatkan penghayatan terhadap karya
seni.
Manakala Johari (2004) pula menyatakan; Apresiasi seni ialah aktiviti
seperti menonton, menghayati atau apresiasi seni juga merupakan salah satu
bidang kritikan seni. Beliau memetik tulisan Zakaria Ali (1998), menyatakan
bahawa penghargaan atau apresiasi seni adalah satu latihan yang memerlukan
penglibatan sepenuhnya deria pandang dan sentuh. Johari juga berpendapat
penafsiran terhadap karya seni boleh difahami apabila kita diberi peluang
menghargainya.
Terdapat banyak ulasan ilmiah yang boleh dipetik untuk menjelaskan
maksud apresiasi dalam konteks seni oleh penulis tempatan dan dari luar
negara, namun keseluruhannya memberi memberi maksud yang sama iaitu
satu aktiviti memerhati, mengkaji dan menilai produk seni agar lebih
memahami bentuk serta isinya. Hasilnya khalayak akan menjadi lebih puas
dalam menikmati karya seni dengan penuh penghayatan serta sedar akan aspek
bahasa visual yang dipersembahkan oleh pengkarya. Kemampuan untuk
menghayati karya seni dengan lebih mendalam memerlukan penghayat

10
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

mempunyai pengetahuan asas seni visual. Pengetahuan tersebut telah pun


sedia ada dalam setiap matapelajaran di sekolah.

3.3 Kajian Kes Pengajaran & Pembelajaran


Merujuk kepada definisi mural atau Catan mural ialah karya pada
dinding. Ahmad Suhaimi dalam bukunya Sejarah Kesedaran Visual Di Malaya
telah mengaitkan penemuan lukisan dinding gua sebagai bukti awal kesedaran
visual di Malaysia. “Penemuan lukisan-lukisan pra sejarah di dinding-dinding
gua memberikan isyarat penting kepada kita mengenai perkembang konsep
visual dalam kalangan masyarakat sepanjang zaman di negara kita”
(Suhaimi, 2007:14). Pernyataan ini sesuai digunakan untuk merumuskan
bahawa kecenderungan awal manusia untuk menghasilkan visual bermula
dengan lukisan dinding atau mural; maka apresiasi mural juga turut penting
untuk kita memahami kesan ransangan visual yang wujud di persekitaran
manusia sejak zaman pra sejarah lagi.
Menurut Mohd Johari Abd Hamid dalam bukunya yang bertajuk
“Apresiasi Dan Kritikan Seni Visual” apresiasi adalah aktiviti yang menjurus
kearah pemahaman bentuk dan isi karya seni. Dalam konteks pendidikan seni
visual di peringkat sekolah pemahaman karya seni meliputi kemampuan
pelajar menghuraikan aspek-aspek formal yang terdiri daripada unsur seni dan
prinsip seni. Unsur seni terdiri daripada garisan, jalinan, rupa, bentuk dan
warna. Manakala Prinsip Rekaan pula terdiri daripada harmoni, imbangan,
kontra, penegasan, kadar, banding dan ekonomi.
Kepentingan pengajaran dan pembelajaran berkaitan apresiasi dan
kritikan seni di sekolah bermula dari kesedaran bahawa majoriti pelajar yang
melalui proses pendidikan di sekolah berpeluang mengalami sendiri proses
penghasilan karya seni. Pemahaman dan kritikan seni visual akan
melengkapkan pengetahuan pelajar yang menguasai kemahiran karya seni
dengan teori dan falsafah seni. Projek mural yang dihasilkan ini memberi
ruang dan peluang kepada pelajar untuk menikmati hasil karya mereka sendiri.
Ini menjelaskan bahawa Dicipline Based Art Education (DBAE) iaitu
gabungan pelbagai disiplin seni dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu
termasuk penghasilan seni, sejarah seni dan kritikan seni akan menghasilkan
pengajaran yang lebih efektif.
11
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Kemunculan catan dinding atau mural ini akan memberi banyak kesan
positif kepada kemampuan apresiasi dan penghargaan terhadap seni visual di
kalangan pelajar sekolah ini. Penghasilan seni dan apresiasi seni serentak bagi
membentuk deria seni yang mantap dalam diri pelajar. Ia juga dapat memupuk
minat pelajar untuk terus berkarya dan membudayakan dalam pemikiran
mereka serta mampu untuk menghargai keindahan. Ini akan membuat pelajar
merasa seronok dan berpuas hati melihat hasil mural yang telah dihasilkan.
Pelajar mungkin tidak menyangka bahawa mereka sebenarnya mempunyai
potensi dan bakat yang terpendam yang boleh dibanggakan.

Gambar Foto 1

Gambar Foto 1 menunjukkan contoh mural yang akan dihasilkan.

12
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

4.0 SOROTAN KAJIAN


Hasrat kerajaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, maka
dengan dengan itu dalam hasrat tersebut melibatkan aspek kreatif dan inovatif. Bagi
membangunkan insan yang kreatif dan inovatif Kementerian pelajaran Malaysia
mengadakan matapelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSR) ataupun Dunia Seni
Visual (KSSR) untuk memperkembangkan bakat dan potensi yang ada pada pelajar.
Walaupun mata ini merupakan matapelajaran elektif tetapi jangan dipandang remeh
atau mudah. Matapelajaran ini amat penting kerana ia akan menyumbang terhadap
keperluan masa depan negara. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman,
jurutera, anatomis dan saintis menyatakan penghayatan seni adalah penting. Ini adalah
kerana ia akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif,
peka berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional.
Dalam bidang ini, seorang guru itu perlu kreatif dan inovatif bagi merangsang
minda para pelajar dalam proses pembelajaran. Contohnya apa yang dilihat murid di
depan mata perlulah kreatif supaya murid mempunyai daya cipta atau rekaan yang
lebih maju daripada itu. Dengan ini juga melalui aktiviti seni lukis dapat membantu
para pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong para
pelajar menggunakan imaginasi,ekspresi, inkuiri dan kecerdasan kepada mereka. Ini
akan lebih menyeronokkan para pelajar tersebut.
Integrasi Seni Visual melibatkan aspek kinestetik, muzik dan pergerakan
dengan mata pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan
otak kiri dan kanan. Menurut Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan
perkembangan otak kiri dan kanan. Seni juga membantu pemikiran yang rasional dan
intuitif sesorang pelajar. Guru merupakan agen yang paling utama untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan begitu berkesan. Isi
pelajaran yang disampaikan dalam disampaikan dalam bidang seni lukis mestilah
berbentuk kreativiti agar pelajar dapat meneroka idea tersendiri. Matlamat dan
objektif utama pembelajaran seni visual adalah murid pelajar mengenal, pelajar
mencipta, memanipulasi bahan serta menghargai hasil kerja. Maka dengan itu, guru
yang perlu mensasarkan objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran
yang perlu dicapai.
13
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Ellis Paul Torrance atau lebih kenali sebagai Paul Torrance yang merupakan
penyelidik serta ahli akademik tersohor dalam bidang kreativiti. Beliau mengatakan
bahawa ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya kreativiti seseorang dan
beliau telah memperkenalkan instrument untuk menguji tahap kreativiti seseorang
menggunakan “Torrence Test Of Creative Thinking”. June King McFee pula
mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu baru atau
mampu mengolah idea baru yang lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada
hasil karya seni sahaja bahkan melibatkan pengalaman estetika. Seni merupakan satu
bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.
Sifat semulajadi bagi seorang kanak-kanak atau pelajar ialah memerlukan
perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari perkembangan seni
tampak menyebabkan minda pelajar berlaku dengan begitu pesat. Sebelum peringkat
remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat
manipulatif sekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur
5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur sepuluh hingga tiga
belas tahun. Berdasarkan kajian ahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni ini
berlaku pada setiap kanak-kanak. Mungkin perbezaan yang timbul berdasarkan
kepada faktor persekitaran, bimbingan yang berterusan daripada keluarga atau latar
belakang pendidikan. Melalui proses tersebut ia akan membina kreativiti yang baik
dalam diri kanak-kanak (Laura H.Chapman,1978).
Apabila pelajar mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap
penguasaan ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang
pelajar itu sudah mula dapat menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu
bentuk yang lebih baik. Pada peringkat ini, sekiranya pelajar peluang dan bimbingan
yang bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap perkembangan kreativitinya
akan berkembang. Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965) pada peringkat ini,
merupakan peringkat yang paling konflik dan genting. Pelajar akan mengalami
tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses
membesar mereka. Persaingan di kalangan pelajar berlaku pada peringkat ini. Pelajar
yang lemah akan mengalami masalah tersebut. Sekiranya ianya tidak diberikan
bimbingan dan penerangan yang betul, kemungkinan minatnya terhadap seni akan
terkubur. Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang positif,
mereka akan lebih berdisiplin, cekal dan lebih berminat dengan seni.

14
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Teori Kecerdasan Pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Gardner (1983).


Dengan tajuk kajiannya “Seven Ways Of Knowing, Perceiving And Understanding
Life”, yang telah dijalankan terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak
istimewa dan biasa serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang
istimewa. Teori ini telah menjadi penjana kecerdasan serta definisi konsep yang
begitu releven dalam pendidikan hari ini. Ia boleh dirumuskan sebagai kebolehan
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana
masalah baru dan berkebolehan membuat sesuatu atau penawaran perkhidmatan yang
bernilai dalam sesuatu budaya.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai yang perlu dikuasai oleh pelajar yang
pertama ialah verbal linguistik iaitu pelajar memberi interpretasi baru mengenai
sesuatu cerpen atau hasil hasil kesusasteraan. Yang Kedua ialah muzik iaitu pelajar
menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi seronok dan gemar didengar. Yang ketiga
ialah naturalis iaitu pelajar mencari cara menggunakan alam semulajadi sebagai bahan
sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa. Yang keempat ialah logik-
matematik iaitu pelajar menjalankan eksperimen sains yang keputusannya diluar
jangkaan pelajar. Yang kelima ialah kinestetik iaitu pelajar menggunakan pergerakan
atau stail baru dalam tarian dan drama. Yang keenam ialah pelajar melukis sesuatu
menggunakan stail, media atau bahan baru. Yang ketujuh ialah Interpersonal iaitu
pelajar dapat menginterpretasi motif watak seseorang dalam cerita dan drama. Yang
terakhir ialah interpersonal iaitu pelajar dapat memahami diri secara lebih mendalam
dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan sendiri.
Peranan guru sangat penting dalam mengembangkan 8 jenis kecerdasan ini
melalui pendidikan, pengalaman serta persekitaran. Kecerdasan tidak boleh dinilai
secara berasingan. Contohnya kecerdasan visual-ruang boleh disepadukan dengan
kecerdasan logik-matematik. Semua ujian kecerdasan mesti berupaya mengukur
semua jenis kecerdasan manusia seperti yang telah disarankan.
Maklumat potensi individu yang diperolehi melalui kecerdasan pelbagai dapat
membantu guru mengagihkan tugasan atau aktiviti yang bersesuaian dengan
keupayaan pelajar. Ini dapat mewujudkan keseronokan belajar apabila pelajar dapat
menerima apa yang diberikan oleh guru. Perkara penting dalam teori ini ialah untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni dari aspek JERIS berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Ini adalah menjadi matlamat utama pendidikan di negara
kita. Kita sebagai guru hendaklah mampu mengaplikasikan serta menggabungkan
15
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

kecerdasan pelbagai dengan elemen lain seperti nilai-nilai baik, ilmu pengetahuan
untuk meningkatkan kecerdasan intelek, emosi dan spiritual.

5.0 KESIMPULAN
Setiap manusia dilahirkan mempunyai ciri keistimewaan yang tersendiri.
Setiap manusia mempunyai kebolehan yang berbeza-beza dan tidak sama dengan
orang lain. Dengan bakat yang dimiliki oleh, kanak-kanak perlu meneroka dan
mengembangkan bakatnya secara menyeluruh. Bidang seni kreatif dapat membantu
kanak-kanak mengembangkan bakatnya. Secara tidak langsung dengan bakat yang
dikembangkan, tidak mustahil pada suatu hari hari nanti menjadi keperluan kepada
negara.
Apabila tiba pada peringkat umur tertentu, pelajar akan cenderung untuk
melukis berdasarkan apa yang mereka lihat daripada menggunakan imaginasi sendiri.
Ini disebabkan oleh pengamatan dan pengaruh alam sekeliling. Penglibatan mereka
dalam aktiviti seni visual akan meningkatkan estim kendiri para pelajar tersebut.
Sebagai guru, kita seharusnya menitikberatkan bagaimana hendak membina
keyakinan diri pelajar. Guru memainkan peranan penting untuk mencungkil bakat
kanak-kanak.
Guru perlu merangsang minda kanak-kanak dengan pelbagai teknik, kaedah
dan strategi. Dengan itu, kanak-kanak dapat meningkatkan bakat dan kemahiran
menjurus kepada bidang seni. Pujian dan sanjungan merupakan sebahagian daripada
kaedah meningkatkan motivasi pelajar. Hasil seni yang dihasilkan sebenarnya hasil
daripada pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu dengan ilmu-ilmu lain.
Maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru, seni amat penting dalam
kehidupan dan merupakan sebahagian daripada kehidupan. Di dalam aktiviti
pendidikan seni visual, penghasilan karya perlu mendapat kredit yang sewajar
daripada guru.
Disini kita dapat lihat bahawa guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan seni akan menjelaskan kepentingan penghayatan dalam
setiap kegiatan seni. Ini diperjelaskan oleh Robinson (1990), “making and appraising
are both... of equal and fundamental importance in art education : each is important i
itself”.

16
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Mural yang dihasilkan pelajar ini merupakan sebahagian daripada usaha


meningkatkan keyakinan diri murid selain sebagai bentuk penghargan kepada mereka
di atas usaha menghasilkan karya mural. Dengan terhasilnya mural ini, pelajar dilihat
dapat berkomunikasi dan menyuarakan isi hati. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
perkembangan artistik kanak-kanak dapat dilihat melalui penglibatan mereka dalam
aktiviti seni visual. Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan
yang menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi
dan sosial sejajar dengan matlamat utama Falsafah Pendidikan Negara.

17
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

6.0 RUJUKAN

Abd. Rahim Abd Rashid. (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abu. Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum.
Perak: Quantum Books.

Ahmad Zaharuddin. (2001). Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Transformasi &


Cabaran UTM. Skudai: Penerbit UTM.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2003). Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak. Kuala
Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Goay Mei Hooi. Aplikasi Pendidikan Seni Dalam Kehidupan. Diperoleh pada 3 Nov
2015 daripada http://goaymeyhooi.blogspot.my/

Haslinda Madon. (2011). HBAE1403 Menggambar. Selangor: Open University


Malaysia.

Low Chai Yen. Mural Hasil Kerja Tahun 6. Diperolehi pada 2 Nov 2015 daripada
http://lowchaiyen.blogspot.my/2011/11/mural-hasil-kerja-tahun-6.html

Leonard MS Yong. (1994). Kreativiti: Ke arah Pembentukan Masyarakat Kreatif.


Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis Dan Kreatif. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep, Teori Dan Praktis. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

18
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Nurkhair11. Perkembangan Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak-Kanak. Diperolehi


pada 5 Nov 2015 daripada
http://inspirasiku11.blogspot.my/2011/06/perkembangan-kreativiti-dan.html

Zalina Binti Mohd Nor. Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 1. Diperolehi pada 1Nov
2015 daripada http://rasfarina72.blogspot.my/2013/07/ekspresi-kreativiti-
kanak-kanak.html

19

Anda mungkin juga menyukai