Anda di halaman 1dari 1

DOA MESYUARAT

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam buat kekasih-Mu
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga serta para sahabat Baginda
sekalian.
YA ALLAHU YA RAHMANU YA RAHIM
Kami memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat-Mu Ya Allah atas kurniaan rahmat-Mu
yang tidak ternilai. Dengan taufiq, inayah dan izin-Mu jua, kami seluruh warga
pendidikan pada hari ini, merafakkan setinggi2 kesyukuran, kerana dapat kami
berkumpul untuk menjayakan ........................................................................................
Besar pengharapan kami, agar pertemuan kami pada hari ini diberkati dan dirahmati,
diampunkan khilaf dan dosa, dikurniakan kesepaduan dan kesepakatan,agar kami
dapat menjana kecemerlangan untuk anak didik serta guru-guru kami yang dikasihi.
YA ALLAHU YA GHANIYYU YA HAMIID
Jadikanlah kami dalam kalangan pemimpin yang mengutamakan keperluan orang di
bawah pimpinan kami, kerana maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W di dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud : Setiap dari kamu adalah
pemimpin, dan setiap kamu akan di soal tentang tanggungjawabnya terhadap
pimpinannya.
YA ALLAHU YA ZAL JALAALI WAL IKRAM
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim di kalangan kami, padukanlah
tenaga dan usaha kami, kurniakanlah kesepaduan fikrah kepada kami dalam
menjalankan tugas dan amanah yang dipikul. Jadikanlah mesyuarat kami ini sebagai
satu ibadah dalam tugas kami, agar kami terus istiqamah dalam meningkatkan kualiti
pendidikan, serta memartabatkan ilmu pengetahuan demi kecemerlangan anak
bangsa, agama dan negara.

Anda mungkin juga menyukai