Anda di halaman 1dari 2

KESIMPULAN

SELEPAS BAYARAN DIKENAKAN

Walaupun langkah penswastaan telah diambil dan menggunakan sistem parkir

tiket manual berbayar untuk mengurangkan masalah kekurangan parkir di Hospital

Sultanah Aminah (HSA) namun ianya tetap berada pada tahap kurang memuaskan

kerana bayaran sudah dikenakan tetapi ruang letak kereta di HSA masih tidak mencukupi

dan ruang parkir yang disediakan juga masih terhad terutamanya pada waktu puncak.

Pelaksanaan parkir berbayar dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah malah

membebankan pelawat kerana caj yang dikenakan mengikut tempoh berada di hospital,

jika lama berada di sini maka caj akan jadi menjadi lebih tinggi.

Pemerhatian juga mendapati kesan daripada pengutipan bayaran parkir hanya akan

memaksa lebih ramai orang awam meletakkan kereta di tempat larangan seperti disebelah

tepi jalan dan ini bukan sahaja mengakibatkan orang awam melakukan kesalahan trafik

malah kesesakan lalulintas dan keselamatan orang awam juga akan terjejas terutamanya

kanak-kanak dan warga emas memandangkan HSA terletak disebelah jalan utama .

Kerajaan perlu melakukan penambahbaikan dengan sistem yang lebih teratur dan

menaik taraf sistem parkir di HSA agar pelawat mendapat perkhidmatan yang berbaloi

dengan caj yang dikenakan. Selain itu pelawat yang perlu menjaga pesakit dalam tempoh

yang lama juga harus diberikan pengecualian caj parkir agar tidak membebankan mereka.

Kerajaan harus mengkaji pembinaan satu bangunan letak kereta bertingkat dikawasan

hospital dan mempunyai sistem pengendalian yang efisien supaya masalah kekurangan

tempat letak kereta di HSA dapat diperbaiki dan diatasi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai