Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN CUNGKIL KREATIVITI KELAB RUKUNEGARA 2015

1.0 Matlamat
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan
disiplin yang perlu ada dalam setiap murid.Program ini juga diselitkan dengan aktiviti
kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat
membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang
mampan.Memastikan murid Sekolah Kebangsaan Seafield 3, ahli Kelab Rukun
Negara khasnya, memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada
ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang,
demokratik, liberal bertolak ansur, berfikirandan berbudaya saintifik serta hidup
bersatu padu.

2.0 Objektif
 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai
program kepimpinan.
 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara
 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan
Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan.
 Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalancara hidup yang
berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia,
bersatu padu, berwawasan, bermaruah,bersikap terbuka dan beretika sejajar
dengan wawasan negara.
 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
 Melahirkan para murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
 Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

Kelab Rukunegara 2015


3.0 Kumpulan Sasaran
53 orang Ahli Kelab Rukunegara SK Seafield 3

4.0 Hari
20 Mei 2015 ( Rabu )

5.0 Tempat
SK Seafield 3, Subang Jaya

6.0 Aktviti
Menghasilkan Tugu Negara Menggunakan Plastersin

7.0 Penganjur
Unit Kokurikulum

Kelab Rukunegara 2015


8.0 Perbelanjaan
Sila rujuk Lampiran A

9.0 PENUTUP DAN RUMUSAN


Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti
Kelab Rukun Negara ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu,
kerjasama daripada semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................... ...................................................
(Puan Fadhilatun Jam’ie Darus) (Puan Nur Munifah Binti Mazlan)
Setiausaha Kelab Rukunegara GPK Kokurikulum Sk Seafield 3

Lampiran A

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM


Pendapatan
Sumbangan Unit Kokurikulum RM 160.00

Perbelanjaan
Hamper
Tempat Pertama RM 60.00
Tempat Kedua RM 30.00
Tempat Ketiga RM 20.00
RM 110.00

Kelab Rukunegara 2015


Peralatan
Plastersin 10 Kotak x RM5.00 RM 50.00

Jumlah Keseluruhan RM160.00

Kelab Rukunegara 2015


Lampiran B

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM SIFAR PONTENG


Penasihat : Puan Tee Seok Tin
(Guru Besar)

Pengerusi : Puan Rosni Binti Ismmail


(GPK HEM)

Naib Pengerusi 1 : Puan Nor laily Binti Mohd Yusof


(GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : Puan Nur Munifah Binti Mazlan


(GPK Kokurikulum)

Setiausaha : Puan Fadhilatun Jam’ie Binti Darus


(Penyelaras Unit Disiplin)

Dokumentasi : Puan Maria Binti Mamat

AJK Cenderamata dan Sijil : Puan Tun Anis Azima


: Cik Wan Shahilla Aqilla

AJK Kedatangan : Encik Mohamad Omar Bin Osman

AJK Disiplin : Semua Guru Disiplin dan Pengawas

Kelab Rukunegara 2015

Anda mungkin juga menyukai