Anda di halaman 1dari 1

Komunikasi dan perhubungan yang dilakukan oleh seseorang Muslim pastinya berbeza dari orang lain.

Ini adalah kerana mereka bertanggungjawab bukan sekadar pada diri mereka tetapi juga pada
Penciptanya, pesuruh-Nya dan hamba-hamba-Nya. Sekiranya seseorang itu meletakkan dirinya
sebagai seorang da’i sebagaimana baginda Rasul yang berkomunikasi kerana Allah Taala dan demi
menyampaikan kebaikan, beliau pastinya memperolehi ganjaran pahala yang bukan sedikit. Garis
panduan yang ditetapkan oleh Allah Taala dan disunnahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah
sebaik – baik panduan yang boleh diikuti :

1) Memulakan percakapan dengan ucapan “Assalammualaikum”

2) Berfikir sebelum berkata – kata

3) Bercakap dengan lemah lembut (Qaulan Layyinan)

4) Menggunakan perkataan yang baik ( Qaulan Ma’rufa) dan yang mulia (Qaulan Karima)

5) Menyebut perkara yang baik – baik tentang orang lain

6) Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik dan berdialog dengan cara yang lebih baik serta sampai
kepada matlamat yang diingini (Qaulan Baliighaa)

7) Bercakap benar (Qaulan Sadida)

8) Susunan maklumat jelas dan berstruktur dan ringan (Qaulan Maisuura)

9) Menyebut perkara yang penting berulang kali

10) Melaksanakan apa yang dikata

11) Mengambil kira pandangan dan fikiran orang lain

Anda mungkin juga menyukai