Anda di halaman 1dari 1

Khairul Ezuwan - Kenapa Islamic Financing lebih mahal ? Islamik ke... https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.

1/posts/985329931504545

Search Facebook Muhammad Faris Home

Khairul Ezuwan added 3 new photos.


21 hrs ·
English (US) · Privacy · Terms · Cookie
Kenapa Islamic Financing lebih mahal ? Islamik ke macam tu kalau Advertising · Ad Choices · More
bayaran lebih mahal Dari pinjaman konvensional? Facebook © 2016
======================================
Itu pentingnya ilmu, tanpa Ilmu memang senang jatuhkan hukuman. Lepas
tu kekalkan diri menyokong sistem Riba' dalam perbankan konvensional.
Kenapa nampak Pembiayaan Islamik lebih mahal? Mari saya tunjukkan
contoh supaya orang ramai mudah faham.
Tahun 2008-2009 ,BFR pernah turun kepada 5.55%. Contohnya waktu itu
bank bagi offer -2% = maka Effective rate waktu itu adalah 3.55%. Katakan
jumlah pembiayaan RM250,000 , maka bayaran bulanannya adalah
RM1040 sebulan. (Rujuk Gambar 1)
Saya ambil pula BFR yang terakhir yang naik pada July 2014 iaitu 6.85%.
Ditolak offer bank -2% , effective rate terkini adalah 4.85%, maka bayaran
bulanan naik kepada RM1238. Peningkatan bayaran bulanan sebanyak
RM198. Bila ini Pembiayaan Islamic , Bayaran bulanan tersebut turut
berubah menjadi RM1238 sebulan kerana Peningkatan kos, bank akan
mengurangkan Ibra' (rebet). (Rujuk Gambar 2). Kenapa jumlah bayaran
meningkat? Jawapannya supaya bayaran dibuat dalam tempoh tidak
melebihi 35 tahun seperti yang dijanjikan dalam kontrak perjanjian.
Tetapi bagi pinjaman konvensional, pada asalnya repayment bulanan
RM1040, bila berlaku kenaikan BLR tersebut, repayment bulanan RM1040
boleh dikekalkan . Ini yang menampakkan seolah-olah pinjaman
konvensional lebih murah daripada Pembiayaan Islamic.
ANDA SEDAR SEBENARNYA ANDA TERKELIRU ? Mari saya jelaskan
lagi..
Bila BLR meningkat dan Kita mengekalkan installment repayment yang
sama dalam pinjaman konvensional, memang installment bulanannya tidak
meningkat, tetapi tempoh bayaran semula akan meningkat mendadak
(Rujuk gambar 3) . Sekiranya Kita mengekalkan repayment bulanan
RM1040, pinjaman yang asalnya bertempoh 35 tahun , meningkat menjadi
73 tahun. untuk pinjaman tersebut habis dibayar . Peningkatan tempoh
bayaran 38 tahun. Kerana nak jimatkan RM198 sebulan, anda rugi extra
RM1040 x 12 x 38 tahun = RM474,240. Nampaknya sampai ke Mati rumah
tak habis dibayar.
Dulu waktu saya memproses Pembiayaan perumahan , saya tidak pernah
gagal mempengaruhi orang bukan Islam , Cina, India dan Singh untuk
memilih Pembiayaan Islamik dan mereka menolak 100% pinjaman
konvensional bila diberikan penerangan kepada mereka . Pembiayaan
Islamik terlalu banyak kelebihan berbanding pinjaman konvensional
especially menjauhi sistem Riba'. Tapi sedih bila orang Melayu Islam sendiri
yang menolak Pembiayaan Islamik, menyamakan dengan pinjaman
konvensional malah masih ada ramai yang mengagungkan pinjaman
konvensional sebab sangkaan mereka lebih murah dan lebih baik,
sedangkan sebenarnya mereka terkeliru dan tidak sedar dengan tempoh
repayment yang meningkat berganda.
Tanpa ilmu , Kita sebenarnya terus menipu diri sendiri.
Boleh share untuk manfaat bersama.
-KEY-

1 of 7 19/3/2016 2:21 PM

Anda mungkin juga menyukai