Anda di halaman 1dari 28

PEMARKAHAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR
KPR 3012
SEMESTER 2 2017/2018

NAMA : IZZAH MARDHIYA BINTI MOHAMMAD ISA


ID : D20141066952
KUMPULAN : AT12 A
NO. TEL : 012-8286982
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN FIZIK (AT 12)
PENSYARAH : Dr. MARIA BINTI SALIH
KELAS : SELASA, (8.00 – 10.00 A.M)

1
ISI KANDUNGAN

Isi kandungan Muka surat


Penghargaan 2
Abstrak 2
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 3
lalu
2.0 Isu Keperihatinan 3

3.0 Objektif Kajian 4


3.1 Objektif Am 4
3.2 Objektif Khusus 4
4.0 Kumpulan Sasaran 5
5.0 Pelaksanaan Kajian 5
5.1 Tinjauan Masalah 5
5.2 Analisis Tinjauan Masalah 6
5.3 Tindakan Yang Dijalankan 8
5.4 Pelaksanaan Tindakan dan 10
Pemerhatian
5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 10
5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 11
5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3 15
5.4.4 Pelaksanaan Aktiviti 4 18
5.5 Refleksi Kajian 19
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya 20
Bibiliografi 21
Lampiran 22

2
MENINGKATKAN KEMAHIRAN GURU DALAM MELAKSANAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI (KBAT) BAGI SUBJEK FIZIK DALAM TOPIK DAYA DAN GERAKAN TINGKATAN 4
Oleh :
Izzah Mardhiya binti Mohammad Isa
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak

PENGHARGAAN

Sekalung apresiasi saya hulurkan buat Dr. Maria binti Salih yang merupakan pensyarah bagi kursus
Seminar Refleksi Latihan Mengajar, KPR 3012 yang memberikan ruang dan peluang bagi
melaksanakan kajian tindakan mengenai suatu isu pembelajaran yang perlu untuk ditambahbaik.
Terima kasih buat seluruh warga sekolah kluster Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan
Ipoh, Perak (RPS) yang sudi memberikan kerjasama terbaik sewaktu saya menjalani latihan mengajar
selama dua bulan dan sempat melakarkan kenangan terindah dalam membentuk jiwa pendidik
berdedikasi dalam diri ini. Penghargaan terbaik sudah tentunya layak diberikan kepada Puan Anita
Suganthi yang merupakan guru pembimbing sepanjang saya menjadi guru fizik di sekolah tersebut
malah sudi berkongsi ilmu bagi memastikan saya benar-benar berada di landasan yang betul sebagai
seorang pendidik. Semangat serta dorongan positif dari pihak yang berada di sebalik tabir seorang guru
iaitu ibu bapa sudah tentunya menjadi penguat dan tulang belakang di sepanjang perjalanan ini. Akhir
sekali, saya percaya tanpa kerjasama dari pihak yang disebutkan tadi, saya mungkin mengalami
kesukaran untuk menilai pengajaran yang dilaksanakan untuk ditambahbaik dan dilaporkan dalam
sebuah kajian tindakan.

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran guru dalam mengetengahkan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) semasa mengajar di dalam kelas. Seramai 12 orang pelajar tingkatan 4
Bougainvillea yang merupakan pelajar aliran sains dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Perancangan tindakan ini telah difokuskan kepada kebolehan serta kemahiran guru dalam
mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sewaktu pengajaran dalam topik yang paling
sukar bagi subjek fizik iaitu dalam topik Daya dan Gerakan Tingkatan 4. Tinjauan awal telah dilakukan
melalui pemerhatian yang mana pengkaji telah merekodkan video pengajaran berdurasi 80 minit dan
mendapati tiada unsur pelaksanaan KBAT yang seterusnya memberi impak kepada keputusan kuiz
pelajar yang gagal dalam menjawab soalan aras tinggi. Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengkaji
yang merupakan guru di kelas tersebut kurang mengaplikasikan kemahiran menyoal yang sepatutnya
diketengahkan dalam meransang kemahiran KBAT pelajar. Pelaksanaan kajian dilakukan dalam
tempoh sebulan iaitu sepanjang kelas Fizik berlangsung, dua kali seminggu yang mana pengkaji telah
diperhatikan dan dinilai oleh guru pembimbing dalam konteks pelaksanaan KBAT menggunakan rubrik
pemarkahan, maklum balas pelajar juga turut diambil kira melalui borang soal selidik, pelaksanaan ujian
pra dan ujian pos. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa berlaku peningkatan terhadap pelaksanaan
KBAT oleh guru di dalam kelas, maklum balas pelajar juga positif malah berlaku peningkatan ketara
dalam ujian pos pelajar. Apabila berlaku peningkatan pelajar dalam ujian pos, hal ini bermakna bahawa
pelaksanaan KBAT yang cuba diaplikasi dan ditambahbaik oleh pengkaji adalah berkesan dan berada
pada tahap yang cukup baik.

3
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada minggu pertama mengajar di dalam kelas sewaktu menjalani latihan mengajar, saya telah
merekodkan video pengajaran bagi mengenalpasti isu dan kelemahan saya sebagai seorang guru.
Selepas melihat semula video berkenaan, saya mendapati bahawa isu paling besar yang saya
hadapi ialah saya kurang menekankan konteks pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) malah sekiranya ada pun ia berada di tahap yang paling lemah sedangkan kriteria
pemupukan KBAT adalah ciri paling penting dalam Pendidikan Abad ke-21 (PA-21) dan ciri yang
wajib ada dalam diri seorang guru PA-21 ini.

Apabila direnung dan direfleksikan, terdapat beberapa asbab kepada masalah ini timbul.
Pertama, saya tidak memiliki keyakinan yang tinggi untuk memupuk budaya KBAT di dalam kelas
kerana risaukan pelajar tidak mampu “engaged” ataupun mengikuti pengajaran saya. Selain itu,
mungkin ia juga berpunca dari kurangnya pengetahuan yang mendalam terhadap isi kandungan
fizik sehingga menjadikan saya kurang yakin dan takut menyebabkan miskonsepsi terhadap
konsep fizik yang abstrak. Ada ketikanya saya memang berhasrat hendak mengajukan beberapa
soalan KBAT di dalam kelas namun ia terbantut kerana risau ia bakal menjejaskan markah
penyeliaan ataupun soalan ini hanya berakhir dengan soalan tanpa jawapan dan situasi
pembelajaran akan jadi hambar.

Oleh yang demikian, berdasarkan masalah dan isu yang saya hadapi ini, saya percaya satu
penambahbaikan perlu dilaksanakan segera agar PA-21 dapat dijalankan sepenuhnya di dalam
kelas. Lagipun, fizik merupakan subjek yang memerlukan pelajar untuk berfikir secara kritikal bagi
memahami konsep yang abstrak dan sukar. Maka, sayalah insan yang berperanan paling penting
untuk meransang seterusnya membudayakan KBAT di dalam kelas.

2.0 ISU KEPRIHATINAN

Kajian ini berfokus kepada kemahiran guru dalam mengetengahkan dan mengaplikasikan KBAT di
dalam kelas selaras dengan kehendak Pendidikan Abad ke-21 dalam topik Daya dan Gerakan
yang mengandungi lebih dari 20 konsep saintifik yang bersifat abstrak malah memerlukan
kefahaman yang tinggi dan kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian ini amat penting kerana ia
diperlukan untuk melatih dan mengasah kemahiran guru membudayakan KBAT dalam kalangan
pelajar fizik Tingkatan 4 Bougainvillea yang secara tidak langsung akan memupuk pemikiran
mereka dalam berfikir aras tinggi. Jadi, kebolehan serta kemahiran guru mengetengahkan KBAT
ini dinilai berdasarkan tiga instrumen yang dibina oleh pengkaji sendiri iaitu rubrik pemerhatian oleh
guru pembimbing, borang soal selidik untuk menilai maklum balas pelajar terhadap KBAT serta
kertas ujian pra dan ujian pos yang mengandungi soalan KBAT untuk mengukur sama ada strategi
yang digunakan guru dalam mengaplikasikan KBAT bersama pelajar berjaya ataupun tidak.

4
Kajian ini juga amat penting bagi menambahbaik amalan guru seterusnya menguji sama ada
amalan guru yang ditambah baik itu benar-benar berkesan ataupun tidak. Tanpa pemupukan
budaya KBAT di dalam kelas, nescaya kemahiran ini tidak akan melahirkan insan yang berkualiti
apatah lagi Malaysia sememangnya berhasrat tinggi untuk melahirkan generasi yang mahir dalam
bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). Jadi, dengan
penambahbaikan yang dilakukan pengkaji melalui pembentukan keyakinan diri, pelaksanaan
aktiviti yang memupuk KBAT serta mengaplikasikan kemahiran menyoal untuk tujuan KBAT ini
secara tidak langsung dapat memupuk KBAT pelajar serta memenuhi hasrat tersebut.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Meningkatkan kemahiran guru dalam mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


(KBAT) dan meningkatkan keyakinan guru dalam pemupukan KBAT di dalam kelas melalui
aktiviti penyelesaian masalah iaitu pertama teknik Predict, Observe and Explain (POE) di
awal pembelajaran dan strategi pembelajaran inkuiri terbimbing di fasa kedua dan ketiga
pengajaran, teknik penyoalan soalan dari aras rendah sehingga ke aras tinggi dan amalan
membuat peta konsep di awal dan akhir pembelajaran.

3.2 Objektif Khusus

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif khusus seperti berikut :


a. Melatih guru mempraktikkan KBAT dalam pengajaran.
b. Meningkatkan kebolehan dan kemahiran guru memupuk budaya KBAT melalui
pengaplikasian aktiviti berbentuk KBAT.
c. Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar menggunakan kaedah pengajaran
bermotifkan KBAT.
d. Meningkatkan kemahiran menyoal guru.
e. Meningkatkan kemahiran pelajar untuk berfikir aras tinggi dan memahami konsep
fizik dengan lebih baik.
f. Menilai kelemahan guru yang perlu diatasi sekali lagi untuk tujuan
penambahbaikan di masa akan datang.

5
4.0 KUMPULAN SASARAN

Bagi pelaksanaan kajian tindakan ini, kumpulan sasaran yang dipilih ada berdasarkan
pilihan pengkaji sendiri dan dipilih sesuai dengan kriteria yang telah ditetapkan. Pelajar yang
terlibat ialah pelajar Tingkatan 4 Bougainvillea yang merupakan pelajar aliran sains di sekolah
kluster SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak. Pelajar ini merupakan pelajar bandar yang mana
sebahagian daripada mereka mendapat gred D dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)
bagi subjek fizik. Kelas ini merupakan kelas ketiga dan terakhir bagi aliran sains berdasarkan
kedudukan serta pencapaian akademik. Mereka terdiri daripada 12 orang pelajar sahaja
kerana sekolah ini telah menetapkan bilangan yang sedikit bagi setiap kelas. Mereka juga
merupakan pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun 2018 dan mempunyai keputusan
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang baik iaitu dengan pencapaian 5A ke 8A tanpa sebarang
subjek yang gagal. Kajian ini dilakukan pengkaji dengan memberikan borang soal selidik
kepada pelajar untuk menilai tahap kepuasan mereka terhadap pelaksanaan KBAT pengkaji di
dalam kelas bagi sebelum dan selepas penambahbaikan, pelaksanaan ujian pra dan pos.
Pelajar akan memberikan penilaian dan maklum balas secara individu tanpa perlu menyatakan
nama untuk memberikan komen yang menambahbaik amalan pengkaji. Ujian pra dan pos
dijalankan adalah bagi menilai keberkesanan amalan guru terhadap pelaksanaan KBAT di
dalam kelas.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


Untuk mengatasi masalah yang dihadapi pengkaji di dalam bilik darjah dan menyelesaikan masalah
yang berlaku sepanjang pengajaran lalu, beberapa tindakan telah diambil untuk menambahbaik
amalan sebelum ini. Pelaksanaan kajian adalah seperti berikut :

5.1 Tinjauan Masalah

Dalam proses mengumpul data, saya telah melakukan tinjauan melalui tiga pendekatan
iaitu :

i. Pemerhatian

Pengkaji telah merakamkan video sebanyak dua kali pada dua kali waktu kelas iaitu
Isnin dan Rabu yang berdurasi 1 jam dan 1 jam 2 minit pada minggu pertama
pengajaran. Rakaman video ini dilaksanakan dari awal pengajaran (set induksi)
sehinggalah ke fasa akhir (penutup). Tujuan rakaman ini dilakukan adalah bagi
memudahkan pengkaji untuk menilai, membuat refleksi kendiri, pentaksiran kendiri
yang akhirnya membawa kepada penambahbaikan di masa akan datang.

6
ii. Soal selidik
Pengkaji telah memberikan borang soal selidik kepada para pelajar untuk
memberikan maklum balas terhadap strategi pengajaran pengkaji dan aktiviti yang
dilaksanakan sama ada dapat memupuk dan meransang mereka untuk berfikir
secara KBAT ataupun tidak. Soal selidik ini terdiri dari dua bahagian iaitu bahagian
yang perlu diberikan jawapan sama ada ya ataupun tidak dan bahagian di mana
pelajar perlu menulis komen atau cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan
pengkaji.

iii. Temu bual


Pengkaji telah bertemu dan berbual dengan guru pembimbing untuk bertanya
beberapa perkara yang perlu ditambah baik. Hal ini demikian kerana guru
pembimbing sentiasa berada di dalam kelas untuk memerhatikan pengkaji
mengajar sepanjang tempoh pengajaran. Jadi, guru pembimbing akan sentiasa
menegur pengkaji untuk tujuan penambahbaikan.

iv. Ujian

Pengkaji telah menjalankan ujian pra dan ujian pos yang mana ujian pra digunakan
untuk mengkur sama ada wujud perbandingan terhadap KBAT pelajar bagi
sebelum dan selepas guru membudayakan KBAT dalam pedagogi yang
dijalankan. Ujian ini direka sendiri oleh pengkaji yang mana soalan bagi ujian pra
dan pos mengandungi item subjektif berstruktury yang berbeza tetapi mengukur
domain yang sama iaitu KBAT pelajar. Ujian ini dilaksanakan bagi mengukur
keberkesanan pemerkasaan KBAT oleh guru di dalam kelas.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

i. Pemerhatian

Pemerhatian ini dilakukan bagi membenarkan pengkaji menilai isu pembelajaran


yang berlaku di dalam kelas. Hasil daripada pemerhatian melalui video tersebut,
pengkaji telah mendapati bahawa pengkaji tidak memupuk budaya KBAT di dalam
kelas dan kurang melakukan aktiviti yang meransang pemikiran KBAT pelajar yang
mana ia sudah bercanggah dengan hasrat KPM. Selain itu, guru juga kelihatan
kurang berkeyakinan semasa pembelajaran berlangsung apabila cuba
mengajukan soalan yang berunsur KBAT dan malangnya guru sentiasa
mengakhiri soalan KBAT ini dengan jawapan selamat seperti ”balik nanti, awak
cuba cari jawapannya di mana-mana buku atau internet” yang mana guru langsung
tidak mewujudkan perbincangan dalam konteks KBAT bersama pelajar. Jadi,
perkara ini menyebabkan pemupukan budaya KBAT di dalam kelas terbantut.

7
ii. Soal selidik

Hasil tinjauan maklum balas pelajar dalam soal selidik yang diberikan pengkaji
mendapati bahawa bahawa 10 daripada 12 orang pelajar tidak berpuas hati
dengan kaedah pengajaran pengkaji dan mengakui tiada unsur KBAT yang
dipupuk oleh guru di dalam kelas. Aktiviti yang dilaksanakan juga tidak meransang
mereka untuk berfikir dengan lebih mendalam apatah lagi berfikir pada aras tinggi.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pelajar tidak pun mencari jawapan sebagai
proses inkuiri apabila guru bertanya soalan yang mengandungi unsur KBAT dan
mencari jawapannya di rumah. Dalam ruangan komen penambahbaikan, pelajar
telah memberikan komen untuk menjadikan situasi pembelajaran fizik banyak
membincangkan fundamental bermula dari aras rendah sehingga ke aras tinggi.

iii. Temu bual


Dalam temu bual yang dilakukan oleh pengkaji bersama guru pembimbing,
terdapat beberapa teguran yang dibuat oleh beliau dan salah satu teguran major
yang memberi kesan kepada pengkaji ialah pengkaji tidak merancang
pembelajaran yang menjunjung KBAT di dalam kelas. Walaupun hasil
pembelajaran yang ditetapkan pengkaji tercapai, namun, menurut guru
pembimbing, strategi pembelajaran, aktiviti dan teknik yang digunakan kurang
meransang pemikiran pelajar untuk berfikir pada aras tinggi. Pengkaji juga ditegur
untuk menjadi kreatif dalam mempelbagaikan teknik penyampaian agar konsep
fundamental fizik yang diajar benar-benar jelas, tidak mengandungi unsur
miskonsepsi, berunsurkan PA-21 dan membudayakan KBAT dalam masa yang
sama.

iv. Ujian

Ujian pra yang dijawab oleh pelajar juga mengejutkan pengkaji yang mana rata-
rata pelajar tidak dapat menjawab soalan KBAT yang disediakan pengkaji. 8
daripada 12 orang pelajar kelas ini gagal dengan markah 40% dan ke bawah. Hal
ini jelas membuktikan bahawa guru tidak melaksanakan pedagogi yang benar-
benar dapat meransang dan melatih pelajar untuk berfikir pada aras yang lebih
tinggi hatta soalan yang menguji aras kefahaman pelajar juga gagal dijawab oleh
mereka.

8
5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Berdasarkan 4 analisis terhadap tinjauan masalah yang dilakukan dalam pemerhatian, soal
selidik, temu bual dan ujian pra, hal ini membawa satu kesedaran kepada pengkaji bahawa
satu anjakan paradigma diperlukan bagi mengatasi masalah ini. Kesimpulan kepada
analisis masalah tadi tetap memberi gambaran besar kepada pengkaji bahawa isu utama
yang perlu diatasi oleh pengkaji ialah pengkaji tidak memupuk budaya KBAT di dalam kelas
dan memberi impak yang kurang baik kepada prestasi pelajar. Selain itu, pengkaji yang
juga merupakan pengkaji bukan sahaja kurang mahir dalam memperkasakan KBAT, malah
kurang berkeyakinan apabila melaksanakan aktiviti yang berunsurkan KBAT dan akhirnya
ia membawa kepada satu mesej yang tidak sampai kepada pelajar. Beberapa tindakan
wajar telah dilakukan untuk mengatasi isu ini antaranya ialah aplikasikan teknik Predict,
Explain, Observe, And Explain (POE), teknik menyoal, strategi pembelajaran inkuiri
terbimbing dan peta konsep.

Setiap penambahbaikan ini mempunyai kewajarannya yang tersendiri yang mana bagi
pelaksanaan POE, rasional teknik ini digunakan ialah,

i. Menarik perhatian pelajar di awal pembelajaran.


ii. Mencungkil idea pelajar.
iii. Mewujudkan peristiwa bercanggah yang akan meninggalkan pembelajaran
berkesan kepada pelajar.
iv. Membantu pelajar memahami konsep fizik yang abstrak dengan lebih mudah.
v. Memperkasakan kemahiran menaakul dalam diri pelajar.
vi. Mengasah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui analisis masalah yang
ditimbulkan guru.

Kaedah penambahbaikan berikutnya ialah strategi pembelajaran inkuiri terbimbing.


Kaedah ini digunakan untuk menjalankan eksperimen yang dimulakan dengan satu
persoalan untuk pelajar fikir, kaji dan temui. Antara kelebihan menggunakan kaedah ini
ialah,

i. Guru dapat mencungkil miskonsepsi di awal fasa inkuiri melalui persoalan yang
memerlukan pelajar temui jawapannya menggunakan kajian ataupun eksperimen.
ii. Guru meminta pelajar merancang eksperimen sendiri tanpa memberikan prosedur
yang hanya berbekalkan beberapa peralatan bagi menjawab persoalan guru.
iii. Guru hanya perlu membimbing pelajar sepanjang proses inkuiri berlaku bagi
menggalakkan pembelajaran benar-benar berpusatkan pelajar.
iv. Guru dapat membudayakan KBAT melalui persoalan yang memerlukan pelajar
mencipta eksperimen sendiri.

9
v. Pelajar dapat meransang kemahiran mereka berfikir pada aras tinggi tanpa
bergantung sepenuhnya kepada guru.
vi. Bertepatan dengan hasrat KPM yang mengetengahkan PA-21.

Kemudian, kaedah yang turut digunakan juga ialah teknik penyoalan soalan KBAT oleh
guru kepada pelajar. Sebelum pembelajaran bermula, guru terlebih dahulu akan
melakukan pembacaan dan kajian awal bagi persiapan isi kandungan yang mantap untuk
membina soalan-soalan KBAT dan bersedia dengan jawapan dari pelajar yang pelbagai
dan tidak terduga. Kesannya, guru akan jadi lebih yakin dalam mengajukan soalan KBAT
di dalam kelas. Jadi kelebihan menggunakan teknik ini ialah dapat meransang pemikiran
pelajar melalui soalan-soalan KBAT oleh guru. Jadi, secara tidak langsung guru dapat
memupuk budaya KBAT di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, kaedah penambahbaikan terakhir yang digunakan oleh guru ialah
pemetaan konsep. Guru akan menyenaraikan beberapa konsep yang perlu dihubungkan
oleh ajar menggunakan metod peta konsep yang menggabungkan konsep-konsep ini
dalam satu ayat sahaja. Kelebihan menggunakan kaedah ini ialah

i. Meransang pelajar membudayakan pemikiran analitikal.


ii. Memupuk KBAT di dalam kelas.
iii. Menghubungkaitkan konsep-konsep fizik dalam topik Daya dan Gerakan yang
kelihatan asing ataupun ”isolated” tapi sebenarnya mempunyai perkaitan.
iv. Mengelakkan pengetahuan terasing ”isolated knowledge” dalam minda pelajar.
v. Menggalakkan KBAT melalui mencipta satu jaringan peta konsep di akhir
pembelajaran.

Secara amnya, kajian tindakan ini dilaksanakan secara berperingkat seperti di bawah :

i. Aktiviti 1 : Satu ujian pra dijalankan bagi menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
KBAT pelajar.
ii. Aktiviti 2 : Pemerhatian oleh guru pembimbing terhadap pelaksanaan KBAT
pengkaji dalam semua pelaksanaan aktiviti yang ditambahbaik oleh guru untuk
melaksanakan KBAT iaitu aktiviti demonstrasi menggunakan POE, teknik
menyoal, strategi pembelajaran inkuiri terbimbing dan peta konsep.
iii. Aktiviti 3 : Ujian pos dijalankan di dalam kelas sebelum pdp berakhir.
iv. Aktiviti 4 : Borang maklum balas diedarkan untuk diisi dan dijawab oleh pelajar.
v. Instrumen yang digunakan ialah :
- Aktiviti 1 & aktiviti 3 : Kertas ujian pra dan pos
- Borang skala pemerhatian keseluruhan pembelajaran dalam aktiviti 2.

10
- Aktiviti POE : Sebiji bola.
- Aktiviti Inkuiri : Lembaran Inkuiri Terbimbing.
- Aktiviti 4 : Borang maklum balas.

Semua instrumen yang digunakan adalah disediakan oleh saya sendiri yang mana
penggredan markah pelajar dinilai oleh saya sendiri kecuali rubrik skala
pemerhatian yang diselia dan dinilai oleh guru pembimbing.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian

i. Ujian Pra
1. Pelajar diberikan kertas ujian untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan
KBAT mengenai subtopik Gerakan , Jatuh Bebas dan Inersia.
2. Guru memberikan sedikit penerangan mengenai arahan soalan.
3. Konsep fizik yang diuji pada aras KBAT ialah topik gerakan dan jatuh bebas.
4. Pelajar tidak dibenarkan melakukan sebarang perbincangan dan rujukan.
5. Pelajar diberi tempoh selama 15 minit untuk menjawab soalan tersebut.
6. Keputusan pelajar dinilai melalui pengiraan markah menggunakan peratus
yang mana nilai 50% dan ke atas merupakan nilai peratusan lulus manakala
49% dan ke bawah adalah peratusan gagal.

Pemerhatian

Setelah melakukan penilaian ke atas ujian pra pelajar, berikut merupakan


keputusan pelajar,

Bil Pelajar (mengikut Markah (%)


abjad)
1 A 35
2 B 15
3 C 15
4 D 20
5 E 60
6 F 55
7 G 50
8 H 25
9 I 70
10 J 45
11 K 30
12 L 45
Jadual 1.0 : Keputusan Ujian Pra

11
Markah Ujian Pra (%)
80
70
60
50
40
30
20
10
0
A B C D E F G H I J K L

Markah Ujian Pra (%)

Graf 1.0 : Peratus Markah Pelajar – Ujian Pra Tingkatan 4 Bougainvillea

Melalui keputusan pelajar di atas, dapat disimpulkan bahawa seramai 8 orang


pelajar telah gagal dengan skor minima sebanyak 15% sahaja. Seramai 3
orang pelajar sahaja yang lulus dengan mod tertinggi 70%.

Refleksi

Berdasarkan pentaksiran yang telah dilakukan, kesimpulan awal dapat dibuat


dengan menjustifikasikan bahawa majoriti pelajar Tingkatan 4 Bougainville adalah
lemah dalam menjawab soalan KBAT. Hal ini jelas membuktikan bahawa guru
bukan pengamal budaya KBAT di dalam kelas. Perkara ini juga menjadi petanda
bahawa pelaksanaan KBAT oleh guru adalah lemah maka ia memberi impak
kepada keputusan ujian pra pelajar.

ii. Pemerhatian Dan Penyeliaan Oleh Guru Pembimbing.

1. Guru pembimbing memerhatikan dan menyelia semua pelaksanaan dalam


membudayakan KBAT di dalam kelas.
2. Guru pembimbing menilai berdasarkan pelaksanaan pengkaji membudayakan
KBAT pada aktiviti yang dirancang iaitu POE, pembelajaran inkuiri berstruktur,
teknik penyoalan dan pemetaan konsep.
3. Penilaian dilaksanakan mengikut skala 1-5 yang disediakan oleh pengkaji
seperti dalam lampiran.
4. Penilaian menyeluruh ini secara amnya akan menilai sama ada guru berjaya
menjadi pengamal KBAT serta menilai keterlibatan pelajar.
5. Markah kepada penilaian ini dianalisis untuk tujuan refleksi dan
penambahbaikan.

12
Berikut merupakan perancangan aktiviti berunsurkan KBAT yang dilakukan oleh
pengkaji dan dinilai oleh guru pembimbing,

a. Teknik POE (predict, observe, explain) dan teknik penyoalan


1. Guru meminta pelajar meramalkan tentang apakah yang akan berlaku kepada
arah gerakan bola sekiranya dibaling ke atas.
2. Pelajar memberikan ramalan mereka. (predict)
3. Guru membuat demonstrasi di hadapan dan diperhatikan oleh pelajar.
4. Guru bertanya kepada pelajar dengan menggunakan teknik penyoalan KBAT
terhadap apa yang telah mereka perhatikan tadi. Contoh soalan yang
dikemukakan ialah,
i. Apakah yang berlaku kepada halaju bola yang dibaling ke atas?
ii. Jika halaju bola bertambah, bagaimana anda tahu? Terangkan. Jika
halaju berkurang, bagaimana anda tahu? Terangkan.
iii. Sekiranya rintangan udara diabaikan, apakah yang menyebabkan
bola tersebut naik ke atas sekiranya daya balingan dari tangan
hanyalah digunakan untuk memulakan halaju awal?. Sekiranya
pelbagai daya dijawab oleh pelajar, ”prompt” jawapan mereka
menggunakan pertanya seperti bagaimana awak tahu?, adakah ia
boleh diukur?, apakah yang menjadikan bola terus bergerak ke atas?.
Jawapan kepada kesemua persoalan ini bukanlah daya tetapi inersia.
Jadi, pelajar akan dapat mengaitkan konsep yang bakal mereka
pelajari hari itu dengan konsep lepas serta mendapat gambaran
sebenar terhadap konsep inersia yang bukanlah hanya dipengaruhi
oleh jisim objek tetapi inersia adalah kecenderungan suatu objek untuk
terus mengekalkan keadaan gerakannya.
iv. Jika inersia menyebabkan bola terus bergerak ke atas, apakah pula
yang menyebabkan bola mengubah arah gerakannya dari atas ke
bawah? Bagaimana anda tahu?
v. Berapakah daya yang bertindak ke atas bola tersebut dan apakah
nama fenomena ini?
vi. Mengapa fenomena ini dinamakan seperti sedemikian? Bagaimana
anda tahu?.
5. Guru meminta pelajar untuk membuat kesimpulan berdasarkan apa yang telah
dilakukan dengan menggunakan ayat sendiri.

13
b. Strategi Inkuiri Terbimbing dan Teknik Penyoalan

i. Guru memulakan proses inkuiri dengan satu persoalan iaitu apakah


perkaitan antara jisim objek dengan inersia?
ii. Guru membahagikan pelajar kepada 4 buah kumpulan yang mana setiap
kumpulan terdiri daripada 3 orang yang dibentuk berdasarkan ujian pra
(markah tertinggi, sederhana dan belum).
iii. Guru mengarahkan pelajar merangka satu eksperimen dan mencipta
prosedur sendiri .
iv. Guru menyediakan alat dan radas yang digunakan untuk mencari
perkaitan antara jisim dengan inersia dan pelajar perlu merekacipta
eksperimen mereka sendiri.
v. Guru tidak akan memberikan jawapan sebaliknya membimbing dan
menjadi fasilitator sepanjang eksperimen berjalan.
vi. Guru mengingatkan pelajar bahawa inersia bukanlah kuantiti yang boleh
diukur sebaliknya boleh dinilai. Jadi, guru meminta pelajar menyenaraikan
definisi operasi sekiranya ada dalam eksperimen ini.
vii. Apabila eksperimen selesai, sesi pembentangan, perbincangan dan soal
jawab akan dilakukan. Dalam sesi soal jawab inilah guru akan
menggunakan teknik menyoal KBAT sekali lagi bagi memupuk budaya
KBAT di dalam kelas.

c. Pemetaan Konsep

i. Dalam fasa aplikasi idea, guru menyenaraikan konsep-konsep yang telah


mereka pelajar di hadapan.
ii. Guru mengarahkan pelajar untuk membina peta konsep untuk mengaitkan
konsep tersebut dalam masa 10 minit.
iii. Pelajar dibenarkan untuk melakukan perbincangan di dalam kumpulan
masing.
iv. Setiap wakil kumpulan diminta untuk melukis peta konsep yang mereka bina
dan cipta hasil dari perbincangan tadi.
v. Guru akan melakukan sesi pertanyaan berdasarkan peta konsep yang
dibina menggunakan teknik penyoalan KBAT.

PEMERHATIAN

Pelaksanaan aktviti seperti yang diterangkan di atas telah diperhatikan, diselia dan
diberikan markah oleh guru pembimbing. Keputusan markah oleh guru pembimbing
adalah seperti dalam jadual 2.0 di bawah,

14
Bil Kriteria Penilaian Pelaksanaan KBAT Skala Markah Catatan
1 Pengenalan/ Induksi 1 2 3 4 5 Teknik POE yang dilaksanakan
guru jelas menunjukkan guru
melaksanakan KBAT dengan
banyak bertanya kepada pelajar
2 Pelaksanaan/ strategi dalam fasa 1 2 3 4 5 Pembelajaran Inkuiri Terbimbing
perkembangan membawa satu kelainan yang
membentuk KBAT antara guru
dengan pelajar
3 Pelaksanaan/ strategi dalam fasa aplikasi 1 2 3 4 5 Peta konsep dapat menjadikan
idea pelajar mengeneralisasikan idea
dan guru meransang KBAT
dengan cemerlang
4 Pelaksanaan/ strategi dalam fasa penutup 1 2 3 4 5 Sesi soal jawab masih membina
KBAT tetapi masa tidak
mencukupi
5 Pelaksanaan aktiviti menarik perhatian pelajar 1 2 3 4 5 Cemerlang, kerana guru berjaya
menjadikan pelajar menyertai
keseluruhan aktiviti yang
meransang KBAT
6 Professionalisme guru 1 2 3 4 5 Guru memaparkan ciri
keyakinan dalam mengendalikan
KBAT di kelas
7 Komunikasi/ Pertuturan 1 2 3 4 5 Komunikasi jelas, suara lantang
dan objektif membawa KBAT
dalam kelas tercapai
8 Pentaksiran KBAT 1 2 3 4 5 Ujian diberikan guru benar-benar
menunjukkan guru
mempraktikkan budaya KBAT
dan melatih KBAT pelajar
9 KBKK/ KB/ Nilai/ Kemahiran Proses Sains 1 2 3 4 5 Jelas melalui proses inkuiri
terbimbing
10 Refleksi P&p 1 2 3 4 5 Baik tetapi kesuntukan masa

Jumlah Markah : ( 48 x 100% ) 96%


50

Jadual 2.0 : Markah penyeliaan oleh Guru Pembimbing

15
Hasil daripada markah yang diberikan oleh guru pembimbing, saya begitu bersyukur
kerana akhirnya saya dapat membudayakan KBAT di dalam kelas. Sebelum ini, guru
pembimbing tidak memberikan komen secara kuantitatif namun teguran yang diberikan adalah
berkisar kepada kegagalan guru dalam membawa serta membudayakan KBAT dalam kelas.
Namun begitu, dalam jadual 2.0, markah 96% yang diberikan cukup membawa makna bahawa
guru berjaya melaksanakan KBAT dalam kelas selepas analisis masalah dilakukan di fasa awal
kajian tindakan dilakukan. Item ke-4 tidak mendapat skor 5/5 kerana menurut komen secara
oral yang diberikan guru pembimbing, soalan haruslah pelbagai dan jangan terlalu sukar
kerana pelajar masih lagi di peringat sekolah dan bukannya universiti. Analisa bagi item terakhir
iaitu refleksi p&p tidak mendapat skor tertinggi adalah berpunca daripada kesuntukan masa
tetapi guru sempat mengedarkan borang maklum balas kepada pelajar sebelum kelas berakhir.
Jadi, borang maklum balas ini akan dapat digunakan sebagai instrumen refleksi serta
penambahbaikan guru pada masa akan datang.

REFLEKSI

Pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam menjana KBAT pelajar bukanlah hanya untuk
mengejar skor yang terbaik dari guru pembimbing, sebaliknya, ia adalah bertujuan untuk
melatih guru agar benar-benar menyahut seruan KPM dalam mengasah KBAT pelajar. Secara
literalnya, jika diperhatikan semula teknik POE, penyoalan, inkuiri terbimbing dan pemetaan
konsep, ia merupakan salah satu daripada berpuluh kaedah dalam meransang KBAT pelajar.
Orang pertama yang perlu memulakan dan menyuburkan KBAT di minda pelajar ialah guru itu
sendiri. Jadi, guru yang tidak melaksanakan KBAT dalam pengajaran adalah guru yang tidak
baik. Kesemua ini memerlukan guru untuk berfikir secara KBAT terlebih dahulu sebelum
membentuk minda pelajar ke arah KBAT. Jadi, ia bukanlah suatu yang mudah tetapi
menyeronokkan.

iii. Ujian pos

Bagi menguji dan mentaksir KBAT pelajar hasil daripada pemupukan KBAT oleh
guru melalui aktiviti yang dirancang, satu ujian pos telah dilaksanakan. Langkah –
langkah yang dilakukan adalah seperti di bawah ;

1. Saya memberikan kertas ujian yang menguji KBAT pelajar.


2. Kertas ujian yang diberikan adalah sama dengan kertas ujian pra yang
mana jawapan ujian pra tersebut belum lagi dibincangkan.
3. Pelajar diberikan masa sebanyak 15 minit untuk menjawab soalan
tersebut.

16
4. Pelajar juga tidak dibenarkan untuk membuat sebarang rujukan dan
perbincangan semasa ujian.
5. Setelah selesai menjawab, kertas ujian akan dikutip.
6. Saya melakukan perbincangan bersama mereka untuk membincangkan
jawapan dalam kertas ujian tersebut.

PEMERHATIAN

Keputusan ujian pos adalah seperti di bawah,

Bil Pelajar (mengikut Markah (%)


abjad)
1 A 80
2 B 65
3 C 55
4 D 75
5 E 65
6 F 70
7 G 70
8 H 80
9 I 95
10 J 80
11 K 80
12 L 90
Jadual 3.0 : Markah Ujian Pos Pelajar

Markah Ujian Pos (%)


100
95
90 90
80 80 80 80 80
75
70 70 70
65 65
60
55
50
40
30
20
10
0
A B C D E F G H I J K L

Ujian Pos

Graf 3.0 : Markah Ujian Pos

17
GRAF PERBEZAAN MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN POS
100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
A B C D E F G H I J K L

MARKAH UJIAN PRA MARKAH UJIAN POS

Graf 3.1 : Perbezaan markah pelajar dalam ujian pra dan ujian pos

Jika diperhatikan daripada graf 3.1, terdapat peningkatan lebih baik


berbanding dengan ujian pra sebelum ini. Terdapat seorang pelajar yang hanya
mengalami peningkatan sebanyak 5%. Jumlah pelajar yang gagal juga berjaya
diminimalkan menjadi sifar berbanding dengan ujian pra sebelum ini iaitu seramai 8
daripada 12 orang gagal dalam ujian pra. Pengurangan jumlah pelajar gagal ini
menunjukkan pelajar dapat mengikuti aktiviti KBAT yang diusahakan oleh guru serta
menjadi penanda aras bahawa pelajar mampu berfikir pada aras lebih tinggi apabila
guru meningkatkan amalan dalam melaksanakan KBAT.

REFLEKSI

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati apabila melihat peningkatan


prestasi pelajar dalam ujian Pos berbanding ujian Pra. Saya juga dapat menyimpulkan
bahawa kognitif pelajar sebenarnya dapat dipacu untuk menjadi lebih padu dan cekap
jika guru menyemai KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Subjek sains
khususnya fizik sudah tentu memerlukan aktiviti yang membangunkan kemahiran serta
proses sains apatah lagi KBAT. Justifikasinya, guru perlu menjadi lebih kreatif dalam
menjana minda pelajar agar berfikir pada aras tinggi. Secara tidak langsung, perkara
ini juga jelas membuktikan keberkesanan teknik KBAT yang diimplementasikan oleh
guru semasa p&p berlangsung.

18
iv. Soal Selidik

Bagi mengukur kepuasan pelajar terhadap pelaksanaan aktiviti KBAT di dalam kelas,
soal selidik telah dijalankan dan satu borang maklum balas telah diedarkan. Borang ini
diedarkan untuk diisi secara individu selepas sahaja sesi pengajaran dan pembelajaran
berakhir. Borang ini digunakan sebagai instrumen untuk dianalisis bagi tujuan
penambahbaikan.

PEMERHATIAN

Hasil tinjauan maklum balas pelajar dalam soal selidik yang diberikan pengkaji
mendapati bahawa kesemua pelajar, 12/12 berpuas hati terhadap aktiviti yang
dilaksanakan guru. Pelajar menyedari setiap unsur KBAT yang holistik dalam
perkembangan aktiviti malah mengakui soalan yang diajukan guru juga menjadikan
mereka berfikir dengan lebih mendalam sehingga mereka tidak menyangka bahawa
konsep yang dianggap simplistik itu sebenarnya tidak semudah yang disangka dan
setiap konsep yang kompleks juga sebenarnya mudah jika difahami secara
fundamental. Namun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang mereka
cadangkan iaitu guru perlu memberikan ganjaran ataupun hadiah sekiranya pelajar
dapat menjawab soalan KBAT guru, lakukan pertandingan setiap kali eksperimen
berformatkan strategi inkuiri dilaksanakan agar pelajar lebih serius dan bersemangat
untuk memikirkan prosedur terbailk. Wujud juga cadangan agar guru tidak terlalu
memberikan soalan yang terlalu KBAT, permintaan seperti jangan terlalu kerap
amalkan KBAT di dalam kelas dan meminta agar pembelajaran bersifat santai sahaja.
Namun begitu, rata-ratanya pelajar memberikan maklum balas yang baik dan positif
malah memuji pembelajaran yang dilaksanakan cukup menyeronokkan sehingga
memudahkan mereka cukup memahami konsep fizik dengan jelas.

REFLEKSI

Maklum balas yang baik dan positif yang datang dari pelajar menjadikan saya cukup
bersemangat untuk melakukan yang lebih baik lagi pada kelas akan datang. Beberapa
cadangan yang diutarakan akan saya pertimbangkan demi meraih suasana kelas yang
harmoni namun memenuhi ciri pedagogi abad ke-21 dan berunsurkan KBAT. Saya
berpegang pada satu prinsip pendidikan iaitu ”sekiranya guru mengajar duduk, pelajar
akan mengantuk”. Jadi, saya percaya sekiranya saya amalkan KBAT dalam
pengajaran, nescaya pelajar juga dapat meraih dan berfikir secara KBAT.

19
5.5 REFLEKSI KAJIAN

Pelaksanaan kajian tindakan dalam mengamalkan KBAT dalam pembelajaran bukanlah suatu
yang mudah kerana ia memerlukan tiga elemen penting iaitu kognitif yang mantap, psikomotor
yang cekap dan afektif yang cukup baik. Sebelum mendidik pelajar agar berfikir secara KBAT,
guru juga perlulah memiliki pemikiran yang mampu berfikir pada aras tinggi kerana kita tidak
mahu senario peribahasa iaitu ibarat ketam mengajar anaknya berjalan berlaku dalam
sekeliling kita.

Pada minggu pertama mengajar, saya tidak nafikan bahawa teknik serta strategi
pengajaran yang saya laksanakan amatlah lemah dan tidak menjunjung aspirasi KBAT
sewaktu mengajar sedangkan saya tahu bahawa pedagogi abad 21 bukanlah hanya
berkisarkan pembelajaran berpusatkan pelajar. Menyedari hakikat ini tidak boleh diteruskan,
tidak berbuat apa-apa malah berputus asa adalah langkah paling buruk jika dilakukan oleh
seorang guru, jadi, saya sanggup melakukan tinjauan demi mengenalpasti masalah yang
berlaku untuk ditambah baik demi mendidik anak bangsa.

Semasa proses penambahbaikan, pelbagai kaedah saya cuba laksanakan agar


matlamat untuk menyelesaikan masalah benar-benar tercapai. Saya malah meminta guru
pembimbing untuk menjadi pemerhati dan penyelia bagi menilai pengajaran saya sama ada
menerapkan budaya KBAT ataupun tidak kerana suatu perkara itu lebih baik sekiranya ada
orang lain yang lebih berpengalaman untuk menilai saya mengajar. Jadi, ia juga dianggap
sebagai satu pentaksiran bagi memudahkan saya menilai pemarkahan hasil dari penyeliaan
guru pembimbing untuk direfomasikan menjadi lebih baik.

Suatu kepuasan bagi mana-mana guru sekiranya langkah penambahbaikan yang


diusahakan itu membuahkan hasil yang positif. Apabila wujud kontradiksi positif daripada ujian
pra dengan ujian pos, komen sebelum dan selepas penambahbaikan serta soal selidik, maka
ia benar-benar menjadi satu kayu ukur kepada suatu usaha yang berjaya. Saya percaya
bahawa sekiranya kita komited dalam mengubah diri sendiri demi kebaikan kita dan orang lain,
hasilnya pasti lebih baik dan membanggakan.

Konklusinya, sebagai seorang guru, kajian tindakan itu amat penting bagi kita
merefleksikan amalan kita yang kurang sempurna untuk ditambahbaik. Walaupun pedagogi
abad ke 21 ini adalah berpusatkan pelajar, namun itu tidak bermakna bahawa guru
menyerahkan semuanya kepada pelajar seratus peratus untuk mereka terokai. Oleh sebab itu,
guru perlu memainkan peranan penting untuk membimbing dan bukannya mengajar. Suasana
pembelajaran yang menarik juga sebenarnya ditentukan oleh guru sendiri. Sekiranya guru bijak
dan kreatif dalam mengawal kelas, maka para pelajar juga akan berasa seronok tanpa merasai
tekanan. Keseronokan inilah yang menjadikan pelajar mudah faham dan bersemangat untuk
mengikuti pembelajaran kita.

20
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Secara keseluruhannya, melihat kepada perbandingan antara keputusan ujian pra dan
ujian pos serta komen dari guru pembimbing dan maklum balas pelajar, usaha
penambahbaikan saya dalam melatih diri untuk melaksanakan KBAT adalah berjaya. Namun
begitu, penambahbaikan tersebut hanya terbatas kepada pengajaran subtopik gerakan
sehinggalah ke inersia. Maka, saya mencadangkan satu tindakan yang baik untuk tujuan kajian
seterusnya iaitu melakukan proses pentaksiran seperti Kahoot ataupun Plickers sebelum
memulakan pengajaran dan melakukan teknik inkuiri yang lain seperti inkuiri berstruktur,
khasnya bagi topik-topik fizik yang memerlukan pelajar meneroka konsep, teori dan hukum.

Kewajaran menggunakan pentaksiran untuk memulakan pengajaran ialah


keupayaannya untuk menguji pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memulakan pengajaran.
Jadi, guru dapat mencungkil idea serta miskonsepsi yang mungkin bakal berlaku. Dalam
proses hendak memulakan pengajaran, guru boleh menerapkan teknik penyoalan yang lebih
baik mengikut kemahiran menyoal yang merupakan salah satu kemahiran dalam
mikropengajaran. Hal ini mampu dikembangkan untuk memacu KBAT pelajar. Jadi, secara
tidak langsung guru telah berjaya membudayakan KBAT di awal pengajaran kerana
memerlukan pelajar menganalisis terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Bukan itu sahaja, dalam kajian seterusnya, guru juga digalakkan untuk menggunakan
kaedah pembelajaran inkuiri yang terdiri daripada 4 jenis iaitu inkuiri kepastian, inkuiri
berstruktur, inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Cadangan terbaik adalah guru perlu
membiasakan pelajar untuk membuat apa-apa sahaja kajian sebagai salah satu tugasan
mereka agar mereka dapat membudayakan KBAT dalam melakukan inkuiri terbuka. Inkuiri
tidak terhad kepada aktiviti guru untuk melakukan eksperimen sahaja tetapi ia adalah berkisar
kepada satu teknik untuk menemui sebuah jawapan. Saya cadangkan agar satu projek bebas
untuk mengkaji suatu perlu dilaksanakan dalam bentuk pertandingan bagi mengasah
kemahiran mencipta iaitu salah satu domain tertinggi dalam Taksonomi Bloom yang masih lag
berteraskan KBAT.

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar cadangan ini dapat diimplimentasi dan
efisien untuk mewujudkan sebuah pembelajaran yang berkesan. Sebagai seorang bakal guru,
saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru yang berkesan dan cemerlang. Namun saya
percaya, dalam setiap pedagogi, kesempurnaan pengajaran bukanlah sesuatu yang perlu
untuk dikejar tetapi kualiti pengajaran demi menyuburkan kognitif pelajar. Maka, merefleksikan
pengajaran lalu tanpa melakukan satu penambahbaikan adalah satu refleksi yang sia-sia. Oleh
yang demikian, seorang guru perlulah menambahbaik amalan sedia ada mereka untuk
mengatasi masalah-masalah yang timbul di dalam kelas.

21
7.0 BIBILIOGRAFI

Kazeni, M.M.M. (2005). Development and Validation of a test of Integrated Scince Process
Skills for further education and training learners. (Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan,
Universitity of Pretoria, South Africa). Dimuat turut daripada
http://upetd.up.ac.za/thesis/available/etd-04302008-145702/ unrestricted/dissertation. pdf

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) Kementerian Pelajaran

Malaysia, Putrajaya Malaysia

Kline T. (2005). Psychological Testing : A Practical Approach to Design and Evaluation.


California :

Lembaga Peperiksaan (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Putrajaya : Kementerian


Pendidikan

Lestari Dewi, (September, 2013). Teori-Teori Pembelajaran dan Masalah dalam Bilik Darjah.

Diambil pada 28 Mei 2017 di http://biologi-lestari.blogspot.my/2013/03/teori-teori-

belajar-dan-pembelajaran.html

Lewis, A., & Smith, D (1993). Defining Higher Order Thinking. Theory Into Practice. 32. 131-
137. Malaysia.

Richard Sagor (2000) Guiding School Improvement in Action Research. ASCD Publication

Alexandria, Virgina USA

Rohana (2017). Pembangunan dan Pengesahan Instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi Fizik (UKBATF) BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN TINGKATAN EMPAT.
(Tesis Sarjana yang diterbitkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia)

Sage Publications, Inc.

22
8.0 LAMPIRAN

A. BORANG SOAL SELIDIK LAMPIRAN A

SOAL SELIDIK MENGENAI KEPUASAN PELAJAR TERHADAP TEKNIK PENGAJARAN


GURU DALAM MENERAPKAN UNSUR KBAT DALAM SUBJEK FIZIK

Sila berikan penilaian anda berdasarkan ya atau tidak dengan menandakan ( )

Bil TEKNIK KBAT GURU Ya Tidak


1 Adakah guru anda menerapkan unsur KBAT dalam kelas?

2 Adakah anda menyedari bahawa guru anda sedang


menerapkan KBAT dalam pembelajaran?
3 Adakah anda berpuas hati terhadap pelaksanaan KBAT
yang dilakukan guru di dalam kelas?
4 Adakah situasi pengajaran guru menarik perhatian anda?

5 Adakah guru perlu meneruskan Teknik KBAT sedia ada?

6 Adakah anda dapat meransang pemikiran anda untuk


berfikir menggunakan KBAT?
7 Adakah guru yang memainkan peranan penting untuk
menjana KBAT anda?
8 Adakah guru kelihatan yakin sewaktu melaksanakan
pengajaran berunsurkan KBAT di dalam kelas
9 Adakah teknik pengajaran guru yang berunsurkan KBAT
membantu anda menyelesaikan soalan KBAT?
10 Adakah guru menepati ciri-ciri guru Pedagogi abad ke-21?

Komen/ Ulasan/ Cadangan :

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

23
B. Ujian Pra dan POS LAMPIRAN B

SOALAN STRUKTUR

Masa Menjawab : 15 MINIT

Arahan Soalan :

Nyatakan perkaitan antara konsep yang disenaraikan di bawah dengan menggunakan satu ayat
sahaja. Sila jawab semua soalan.

Perkaitan antara :

1. Gerakan Jatuh Bebas dengan Inersia :

2. Arah gerakan dengan pecutan graviti :

3. Daya dengan gerakan jatuh bebas :

4. Daya dengan inersia :

5. Inersia dengan jisim :

SOALAN TAMAT

24
C. SKALA PEMARKAHAN PEMERHATIAN LAMPIRAN C

Bil Kriteria Penilaian Pelaksanaan KBAT Skala Markah Catatan


1 Pengenalan/ Induksi 1 2 3 4 5

2 Pelaksanaan/ strategi dalam fasa 1 2 3 4 5


perkembangan

3 Pelaksanaan/ strategi dalam fasa aplikasi 1 2 3 4 5


idea

4 Pelaksanaan/ strategi dalam fasa penutup 1 2 3 4 5

5 Pelaksanaan aktiviti menarik perhatian pelajar 1 2 3 4 5

6 Professionalisme guru 1 2 3 4 5

7 Komunikasi/ Pertuturan 1 2 3 4 5

8 Pentaksiran KBAT 1 2 3 4 5

9 KBKK/ KB/ Nilai/ Kemahiran Proses Sains 1 2 3 4 5

10 Refleksi P&p 1 2 3 4 5

Jumlah Markah : ( x 100% )


50

25
D. GAMBAR LAMPIRAN D

Proses Inkuiri Terbimbing


Bersama Pelajar

Sesi Perbincangan
sebagai persediaan untuk
dibentangkan dalam sesi
soal jawab

Pembinaan Peta Konsep

26
E. HASIL KERJA PELAJAR LAMPIRAN E

27
F. PENILAIAN PEMARKAHAN GURU PEMBIMBING LAMPIRAN F

28

Anda mungkin juga menyukai