Anda di halaman 1dari 5

Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun

Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah SWT utnuk
berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang
ke Niwana semata-mata atas perintah Allah SWT untuk berdakwah kepada
penduduknya.

Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang


menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar
mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat
kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan
berhala itu adalah hasil buatan manusia. Nabi Yunus menasihatkan mereka
bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi apa-apa manfaat kerana berhala
itu tidak boleh bergerak dan berkata-kata. Nabi Yunus mengingatkan mereka
supaya menyembah Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan Allah
sajalah yang wajib ditaati.

Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak
ramai manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah
berhala-berhala yang di sembah oleh datuk nenek mereka secara turun temurun.
Walaupun Nabi Yunus memberi nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan
berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah
lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari
meninggalkan agama kami".
Nabi Yunus berkata "Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku
sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah
menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah SWT". Berkata Nabi
Yunus lagi "Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah SWT telah perintahkan
kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan
lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci
bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi
untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat."

Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali
ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa
sekalipun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari
agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu
katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau
kamu memang orang yang benar."

Setelah Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak menerima


peringatannya itu, maka Nabi Yunus pun meninggalkan Niwana dengan rasa
amat marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala
menerima hukuman yang sewajarnya. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana
mereka gelisah melihatkan perubahan yang berlaku di tempat tinggal masing-
masing.

Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka


juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat
serta guruh yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka
tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran
yang benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan
keluar beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat
Allah SWT agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka.
Allah SWT Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon
ampun dariNya, maka Allah SWT pun menerima permintaan mereka, lalu
Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam
ketakutan dan mereka kembali tenang. Akhirnya mereka semua kembali dengan
bersyukur kepada Allah SWT yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya
malapetaka. Nabi Yunus telah meninggalkan Niwana membawa diri tanpa
tujuan.
Baginda naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia
sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak
belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar
bersamanya. Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus menumpang kapal
tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda
ribut taufan yang kuat.

Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah
dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah
dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus
dibuang ke laut. Oleh sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati
dan disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua
Nabi Yunus tetap terpilih.

Maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia
adalah kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana
meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan
undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi
Yunus beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang
sedang bergelombang ganas.
Ketika Nabi Yunus sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah SWT
mengarahkan seekor ikan nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup-hidup,
maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya
dalam perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nani Yunus berada dalam perut
ikan nun dia berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa yang telah
dilakukan. Lalu Nabi Yunus membaca doa: "Tidak ada Tuhan yang benar di
sembah hanya Engkau ya Alalh, mahasuci Engkau aku adalah orang yang
membuat zalim atas diriku."

Maka Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan dia daripada


kedukaan. Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah
bersabda maksudnya: "Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama
itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan
diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun." Firman
Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang
selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan
sampai hari kiamat."

Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah
pun melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan
Allah menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya
dan dapat pula ia makan buat tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus
dilemparkan ke darat keadaannya amat letih.

Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya
supaya kembali ke Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk sedang
menanti kepulangannya. Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar
untuk menyempurnakan akidah dan imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan
kerana penduduk Niwana dahulunya terdiri daripada orang yang ingkar dengan
perintah Allah tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah.

Anda mungkin juga menyukai