Anda di halaman 1dari 5

PENDEKATAN PEMUPUKAN NILAI

1.1 RASIONAL

Dalam pendekatan pemupukan nilai, sesuatu set nilai moral akan diajar secara

langsung kepada pelajar. Nilai-nilai ini dianggap tetap dan sarwarjagat dalam sesuatu

masyarakat dan patut diamalkan oleh setiap ahli masyarakat untuk menjamin

kesinabungan budaya hidup masyarakat. Dari segi psikologi, ada pelajar yang belum

bersedia membuat pertimbangan moral yang rasional iaitu mereka yang masih

memerlukan pemupukan nilai.

1.2 STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran-pembelajaran pemupukan nilai tidak seharusnya dikaitkan dengan

indoktrinasi. Pada amnya, indoktrinasi bermaksud pembentukan sesuatu kepercayaan

atau doktrin tanpa mengambilkira pemikiran rasional. Kepercayaan yang disampaikan

kepada pelajar mungkin benar dan terbukti mungkin tidak. Tetapi menurut Barrow

pemupukan nilai dengan memberikan justifikasi adalah wajar dalam pengajaran

moral, dan Hare pula berpendapat bahawa strategi pemupukan nilai tidak semestinya

akan menyekat kebolehan pelajar berfikir.

Ini bermaksud bahawa dalam strategi pemupukan nilai, guru pendidikan moral akan

mengajar sesuatu nilai moral secara langsung, tetapi hendaklah memberikan

justifikasi mengapa nilai itu patut dihayati. Taksonomi Objektif Pendidikan

Krathwohl dalam domain afektif boleh digunakan sebagai garis panduan bagi

pendekatan pemupukan nilai.

Strategi pengajaran-pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:


1. Menentukan nilai yang akan dipupuk.

2. Mengenalpasti taraf penghayatan yang dikehendaki.

3. Menentukan objektif-objektif pelajaran.

4. Memilih teknik-teknik pengajaran-pembelajaran yang sesuai untuk:

a. meningkatkan tingkah laku yang bermoral

b. mengajar tingkah laku moral yang baru

c. mengukuhkan tingkah laku yang bermoral

d. mengurangkan tingkah laku yang tidak bermoral.

5. Melaksanakan pengajaran-pembelajaran dalam kelas.

6. Menilai pengajaran-pembelajaran.

1.3 TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

Berbagai teknik pengajaran-pembelajaran boleh digunakan untuk pendekatan

pemupukan nilai. Untuk membolehkan pelajar menghayati sesuatu nilai, maka

dicadangkan bahawa teknik yang dipilih adalah berpusat kepada pelajar seperti main

peranan, permainan simulasi, nyanyian dan lawatan.

1.4 KESIMPULAN

Pendekatan pemupukan nilai pada amnya lebih sesuai untuk pengajaran pendidikan

moral di sekolah rendah (KBSR). Ini kerana tujuan utamanya ialah pembentukan

tabiat yang bermoral di kalangan murid-murid. Objektif am ini masih dikekalkan

dalam sukatan pelajaran pendidikan moral KBSM dan pendekatan pemupukan dikira
masih relevan dan sesuai khususnya untuk peringkat sekolah menengah rendah.

Namun begitu, pelajar digalakkan memikir dan meneliti isu-isu moral yang relevan

dalam kehidupannya secara rasional. Untuk perkembangan pertimbangan moral yang

rasional tentang sesuatu isu moral yang merupakan satu lagi objektif pendidikan

moral KBSM, maka pendekatan lain boleh ditimbangkan.

PEMBINAAN RASIONAL

5.1 Rasional

Dalam negara yang demokratik, seperti Malaysia pelajar perlu memahami konsep
‘nilai’ dan ‘demokrasi’ serta dapat mengenal pasti nilai-nilai yang diperlukan untuk
kewarganegaraan demokratik. Sesuatu nilai perlu dianalisis bukan sahaja yang
berkaitan dengan sesuatu tindakan yang tertentu tetapi juga berkaitan dengan nilai-
nilai yang lain. Ini adalah atas alasan bahawa sesuatu nilai biasanya ada kaitan dengan
nilai yang lain. Contohnya antara nilai kebebasan dan hormat-menghormati.
Berlandaskan kepada keadaan ini, maka amatlah penting bagi seorang pelajar
mengetahui cara menimbangkan nilai-nilai yang berkonflik dalam sesuatu situasi
tertentu yang melibatkan pilihan. Tambahan pula, pelajar perlu menyedari tenteng
nilai-nilai diri sendiri serta kesan-kesannya antara satu sama lain.

5.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Berikut adalah garis panduan bagaimana pendekatan pembinaan rasional dapat


digunakan:

1. Mengenal pasti dan menjelaskan nilai-nilai dari segi maksud dan perhubungan antara
satu sama lain.
2. Membuat generalisasi dengan mengaitkan konsep nilai yang difahami olehnya
dengan konsep nilai yang diterima oleh masyarakat umum yang demokratik.
3. Menimbangkan implikasi-implikasi dan kesan-kesan yang mungkin timbul
berlandaskan kepada keputusan moralnya dalam sesuatu situasi moral yang
berkonflik.
4. Membuat keputusan yang munasabah dengan menyatakan kriteria atau prinsip di
mana sesuatu nilai diberikan keutamaan daripada nilai yang lain dalam sesuatu situasi
nilai yang berkonflik.
5. Memupuk penglibatan diri dengan secara emosi (aspek afektif) sama ada melalui
teladan atau pengukuhan tingkah laku kepada keunggulan demokrasi.
5.3 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan adalah perbincangan situasi


moral yang berkonflik, perbahasan, pidato, kerja projek atau kajian, forum dan
seminar.

5.4 Kesimpulan

Fokus pendekatan pembinaan rasional kepada pemahaman konsep-konsep nilai dan


demokrasi telah memberikan satu gambaran yang penting kepada pendidikan moral
dalam sistem demokrasi. Walaupun model ini cuba menggabungkan aspek afektif dan
kognitif dalam perkembangan moral, ianya tidak begitu nyata bagaimana seseorang
guru boleh melakukan.

Pembinaan Rasional

Seperti pendekatan perkembangan moral kognitif dan pendekatan analisis nilai,


pendekatan pembinaan rasional menekankan kepada pemikiran yang rasional dan
kritis.
Pendekatan ini melibatkan pelajar meneliti makna dan fungsi nilai serta
menganalisis
sifat dan dimensi nilai masyarakat demokratik. Dalam pendekatan ini sesuatu
nilai
dianalisiskan bukan sahaja yang berkaitan dengan sesuatu tindakan atau pertimbangan
tertentu tetapi juga yang berkaitan dengan nilai-ni lai yang lain.
Menurut James Shaver dan William Strong, “nilai” berbeza daripada “sikap”.
Sungguhpun ada aspek emosi dalam nilai, nilai sebenarnya adalah standard
nasional.

dan prinsip untuk mempertimbangkan sesuatu yang dikatakan baik. Mereka


kemudiannya membezakan beberapa kategori nilai, iaitu nilai moral dan bukan
moral,
yang intrinsik dan instrumental, serta mencadangkan bahawa nilai moral
dianggap
sebagai standard peribadi dan prinsip asas dalam bermasyarakat. Mereka menegaskan
bahawa konflik nilai merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan konflik ini
perlu
diselesaikan sebelum sesuatu pertimbangan dibuat.
Berikut ialah garis panduan bagaimana pendekatan pembinaan rasional boleh
digunakan.
1. Kenal pasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan perhubungan antara satu
dengan lain
2. Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilaiditerima oleh masyarakat
3. Menimbangkan implikasi dan kesan yang mungkin timbul dalam situasi berkonflik
4. Membuat keputusan munasabah dengan kriteria mengutamakan nilai
5. Memupuk penglibatan diri secara emosi

Rumusan
Pendekatan pembinaan rasional lebih berfaedah kepada pelajar-pelajar di sekolah
menengah dan peringkat pengajian tinggi berbanding dengan pelajar di sekolah
rendah.
Ini adalah kerana pendekatan ini melibatkan keboleh an pelajar menganalisis
dan
menyatakan pendapat mereka dalam perkataan-perkataan yang abstrak.