Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja

Syamin Isyraf (2KRK)

Sejak akhir-akhir ini,sering meniti bir ke bibir setiap umat manusia di empat penjuru
dunia tentang isu remaja kurang menyambut hari kemerdekaan.Terdapat beberapa punca
yang menyebabkan masalah ini berlaku seperti remaja tidak menghargai jasa pahlawan
negara dan mereka kurang mendapat ajaran tentang kemerdekaan yang tidak mudah untuk
didapatkan oleh negara kita setiap pihak telah mengkaji tentang punca masalah ini sering
berlaku walaupun beberpa tindakan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.Pihak masyarakat
juga terlibat untuk menangi masalah ini supaya semangat patriotik dapat dipupuk dalam
kalangan remaja hari ini.

Inisiatif yang dapat dilakukan oleh masyarakat bagi mengelakkan masalah ini adalah
dengan mengadakan kempen tentang kemerdekaan yang membawa keamanan kepada
negara kita.Hal ini bertujuan agar golongan remaja didedahkan dengan kemerdekaan dan
dapat untuk memupuk semangat patriotik di antara satu sama lain untuk menyambut hari
yang penuh bersejarahan.Dengan ini,semakin banyak remaja yang bersemangat untuk
mempelajari tentang pahlawan negara lalu semangat oatriorisme dapat dipupuk dengan cara
ini. Oleh itu,kita disarankan untuk mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan kemerdekaan
supaya golongan remaja dapat memupuk semangat patriotik sejuk kecil lagi.

Penganjuran pertandingan yang berkaitan dengan negara kita turut dapat memupuk
semangat patriotik dalam kalangan remaja hari ini. Contohnya, pertandingan seperti melukis
poster Malaysia yang dicintai. Pertandingan ini dapat diadakan di sekolah. Dengan ini, murid-
murid yang terdiri daripada golongan remaja bersemangat untuk mengikuti pertandingan
seperti ini untuk memenangi hadiah dan mencungkil bakat serta mencungkil idea untuk
menghasilkan karya yang kreatif. Dengan ini, semangat patriotik dapat dipupukkan apabila
mereka bersemangat untuk melukis poster Malaysia yang dicintai. Oleh itu, pihak sekolah
patutlah menganjurkan pertandingan yang dapat memupuk semangat patriotik dalam
kalangan murid terdiri daripada golongan remaja.

Selain itu cara untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja ialah ibu
bapa boleh menjadi contoh kepada anak-anak dengan bersemangat untuk melakukan sesuatu
yang dapat mengharumkan negara. Hal ini demikian kerana anak-anak sering menjadikan ibu
bapa sebagai idola mereka. Apabila ibu bapa melakukan perkara seperti menghiasi rumah
dengan bendera Malaysia, menyambut hari kemerdekaan dengan rasa penuh cinta akan
negara dan memperkenalkan negara Malaysia kepada orang luar apabila memdapat kerja di
luar negara, anak-anak pasti akan terikut-ikut perbuatan ibu bapa. Bak kata peribahasa bapa
borek, anak rintik. Oleh itu,ibu bapa haruslah menjadi contoh kepada anak-anak mereka
supaya dapat memupuk semagat patriotik dalam kalangan anak-anak yang telah menjadi
seorang remaja.

Seterusnya pihak sekolah dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja
dengan mengadakan aktiviti di luar sekolah yang dapat meningkatkan rasa cinta terhadap
negara kita. Sebagai contoh, pihak sekolah mengadakan kem cinta akan negara dan lawatan
ke tempat yang bersejarah.Hal ini disebabkan murid-murid suka untuk melakukan aktiviti di
luar sekolah. Dengan ini,semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan remaja apabila
murid-murid mengikuti aktiviti seperti ini. Oleh itu, pihak sekolah sewajarnya mengadakan
aktiviti seperti kem cinta akan negara dan lawatan ke tempat yang bersejarah supaya murid-
murid remaja dapat meningkatkan semangat patriotik.
Kesimpulannya,setiap pihak disarankan untuk melaksanakan usaha yang diberikan
seperti atas supaya kita dapat memupuk semangat patritik dalam kalangan remaja demi
negara yang tercinta. Di samping itu, sebagai seorang remaja, kita wajar menyahut seruan
kerajaan kerana kita ialah anak Malaysia yakni pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.