Anda di halaman 1dari 5

SINOPSIS INOVASI

Nama Projek Inovasi PdP MyPengakap

Nama Peserta 1. Mohd Syukri bin Rosle

2. Noor Safiah binti Abdul Rahim

3. Dorry anak Man

Kumpulan yang diwakili KLM 37 IPGK Tun Abdul Razak, Kota Samarahan

Latar Belakang / Rasional Dalam unit beruniform, setiap murid dikehendaki untuk
Inovasi membuat satu buku log untuk merekodkan segala aktiviti
yang dilakukan semasa waktu perjumpaan. Antaranya
dalam unit beruniform Pengakap. Buku log boleh
didefinisikan sebagai sesebuah laporan kemajuan,
pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh
seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian
lencana atau anugerah dan mengandungi catatan rekod
yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan
juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang
Pengakap itu serta merupakan rakaman peristiwa yang
berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti
Pengakap. Oleh itu, ia merupakan sesuatu yang amat
penting dan berharga bagi seseorang pengakap.

Namun begitu,penghasilan buku log ini memakan masa dan


menggunakan banyak kertas. Di samping itu, seseorang
pengakap juga harus membawa sesebuah buku log yang
agak tebal ke sesuatu tempat apabila adanya perjumpaan
atau persidangan yang mana membebankan mereka.

Oleh itu, kami sekumpulan memilih untuk membuat satu


alternatif dan inovasi dengan membuat transformasi buku
log pengakap yang sedia ada dengan menggunakan laman
sesawang MyPengakap yang mana mengaplikasikan
kemahiran TMK dalam penghasilan buku log secara maya

1
Para pengakap boleh mengemaskini dan memuat naik log
atau catatan mereka dimana-mana sahaja serta merujuk
buku log tersebut apabila mereka perlu dengan membuka
blog yang dihasilkan tanppa membawa buku log yang tebal.

Di samping itu, kami juga turut ingin mengaplikasikan


konsep kelestarian alam sekitar iaitu mengurangkan
penggunaan kertas untuk menghasilkan buku log dengan
menghasilkan MyPengakap ini. Tambahan lagi, elemen-
elemen pembelajaran abad ke-21 turut diselitkan dalam
pelaksanaan inovasi ini supaya relevan dengan kehendak
pendidikan semasa.

Objektif Inovasi MyPengakap ini mempunyai beberapa tujuan iaitu:

 Untuk menggantikan penggunaan Buku Log Pengakap


dan memberi peluang kepada murid untuk mewujudkan
sebuah buku log secara maya bagi merekodkan catatan
mereka mengenai aktiviti yang dilaksanakan pada setiap
perjumpaan pengakap yang mereka hadiri.

 Mengurangkan penggunaan kertas dalam penyediaan


buku log pengakap yang mana menekankan konsep
kelestarian alam sekitar.

 Menekankan konsep kelangsungan maklumat dimana


maklumat yang dimuat naik di dalam blog sentiasa ada
dan tidak akan pernah hilang. Oleh itu, maklumat-
maklumat yang telah dimuat naik dapat dirujuk dan
diguna pada peringkat seterusnya sebagai rujukan.

2
 MyPengakap juga bertujuan untuk menekankan
pembelajaran abad ke-21 iaitu berpusatkan pelajar,
penggunaan komputer, pembelajaran aktif dan kendiri
serta pembelajaran kolaboratif.

Inovasi yang dihasilkan Inovasi yang dihasilkan ialah MyPengakap.

 MyPengakap ini merupakan laman sesawang yang terdiri


daripada beberapa komponen iaitu blog guru, blog
sekawan dan individu yang saling berpaut antara satu
sama lain.

 satu inovasi bagi menggantikan Buku Log Pengakap


kepada sebuah buku virtual di alam maya bagi
memudahkan murid-murid mengakses dan merekod buku
log mereka di mana-mana mereka berada.

 memudahkan guru-guru untuk memeriksa dan menilai


pencapaian murid-murid di dalam ilmu kepengakapan.
Hal ini kerana guru dapat melihat secara langsung buku
log maya murid dengan hanya melayari laman sesawang
MyPengakap murid walau dimana sahaja mereka berada.

 memberi peluang kepada para murid untuk meneroka dan


menghias buku log maya mengikut daya kreativiti masing-
masing .

 MyPengakap akan memberi kesan yang sangat besar

3
kepada kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan
penggunaan kertas. Dengan menggunakan MyPengakap,
murid dapat menyimpan dan mengemas kini buku log
maya mereka untuk rujukan ke peringkat yang
seterusnya.

Faedah Inovasi 1. Mengurangkan penggunaan kertas


 mengaplikasikan konsep kelestarian alam sekitar
 “paperless, costless and eco-friendly”

2. Mengalakkan pembelajaran abad ke-21


 berpusatkan pelajar, penggunaan komputer,
pembelajaran aktif dan kendiri serta pembelajaran
kolaboratif.
 Mengalakkan penggunaan teknologi
 Relevan kepada keperluan dan trend semasa dengan
mengamalkan kemahiran ICT

3. Menggalakkan komponen 4C
 Communication
 Collaborative
 Critical thinking
 Creativity

4. Memudahkan para guru untuk menyemak dan


membuat penilaian dimana-mana sahaja

5. Integrasi ilmu TMK dalam ilmu kepengakapan


 Penggunaan blog dalam membuat log

 Membuat video dalam merekod aktiviti dalam sekawan

6. Menggalakkan keyakinan diri pelajar dengan


menghasilkan video ikatan, simpulan dan gadjet.

7. Menggalakkan pembelajaran secara berterusan


 Sentiasa memuat naik dan mengemas kini maklumat-
maklumat yang diperlukan
 Kelansungan maklumat

8. Memudahkan penyimpanan maklumat


 Maklumat tahan lama dan senang disimpan
 Boleh sentiasa dirujuk sebagai rujukan pada masa

4
yang akan datang

9. Menanam minat dalam para murid untuk belajar ilmu


kepengakapan dengan cara yang menarik
 Menggunakan elemen TMK
 Menekankan pembelajaran yang menyeronokkan

10. Menjimatkan masa dalam aspek penilaian dan


membuat rekod dalam buku log
 Guru boleh membuat penilaian secara online dimana-
mana
 Murid boleh mengemas kini blog dimana-mana
sahaja
 Murid boleh bertanya soalan secara terus kepada
guru secara online

11. Menggalakkan kreativiti dalam penghasilan blog

Keberkesanan Kos Tiada kos diperlukan dalam pelaksanaan inovasi ini.

Anda mungkin juga menyukai