Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH


SK TAMAN AWANA 2017

1. RASIONAL

1.1 Perayaan Hari Guru adalah hari yang sangat dinanti-nanti oleh semua warga pendidik dan
anak didik di seluruh Negara.
1.2 Perayaan Hari Guru menjadi peristiwa bersejarah tentang keluhuran warga pendidik yang
setia mendidik anak bangsa.
1.3 Mempertingkatkan profesion keguruan pada tahap yang lebih mulia berbanding profesion
lain.
1.4 Menyediakan ruang kepada seluruh masyarakat memahami dan menghargai pengorbanan
dan tanggungjawab pendidik.

2. OBJEKTIF

2.1 Meraikan guru-guru SKTAW sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei
2.2 Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik murid-murid
SKTAW
2.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
2.4 Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid SKTAW
2.5 Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dengan murid.

3. TEMA

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ”

4. TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 16 Mei 2017


Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Seri Pelangi

5. ANJURAN

- Kelab Guru Dan Staf ( KGS SKTAW )


- Pentadbiran SK Taman Awana.

6. JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran A

7. TATACARA TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

8. ANGGARAN BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C
9. PENUTUP

Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017 ini dapat mencapai objektif
terutama bagi meraikan guru-guru yang telah berjasa kepada warga SK Taman Awana.
Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sifat silaturrahim yang erat dan kerjasama yang
padu dari semua pihak.

Disediakan oleh,
Kelab Guru dan Staf SKTAW 2017
Lampiran A

JAWATANKUASA PELAKSANA
SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
SK TAMAN AWANA 2017

Pengerusi : Pn Che Mahani binti Othman ( GB )


Timbalan Pengerusi I : Pn Zaharah binti Ishak ( PK Pentadbiran )
Timbalan Pengerusi II : Pn Mashita binti Sharif ( PK HEM )
Naib Pengerusi : Pn Asmiza binti Isa ( PK Ko-Kurikulum )

Setiausaha : En Mohamad Ihsan bin Hussain


Penolong Setiausaha : En Mohd Naim bin Bakar
Bendahari : Pn Nora binti Yusof
Ahli Jawatankuasa : Pn Noor Asmah binti Ibrahim
Pn Rusmawati binti Md Din
Pn Shafaliza binti Ishak
En Anuar bin Johari

JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA PERSONALIA BIDANG TUGAS


- Membentuk AJK Kerja sambutan
hari guru peringkat sekolah
- Menyelaras program sambutan hari
PENYELARAS guru peringkat sekolah
PK Kokurikulum
PROGRAM - Menulis surat memohon
sumbangan
- Menyediakan teks ucapan untuk
YDP PIBG
- Menyediakan skrip juruacara
- Melatih murid untuk juruacara
majlis perhimpunan rasmi.
1. Pn Rusmawati binti Md Din
PENGACARA - mengendalikan majlis
2. Cik Zainab binti Abdullah
persembahan murid
- mengacara majlis sehingga selesai

- Membaca perutusan Menteri


BACAAN PERUTUSAN Penolong Kanan
Pendidikan dan KPPM
Ustaz Mohamad Ihsan bin Hussain
DOA - Mengetuai bacaan doa
- Penyediaan tempat seperti yang
diarahkan.
- Mengendalikan perhimpunan dan
PERHIMPUNAN /
1. Anuar bin Johari ( K ) aturcara majlis
ATURCARA /
2. Yuzaria binti Ma’rof - Penyediaan teks perutusan melalui
IKRAR GURU/LAGU
3. Nur Afni binti Abd Rahman internet
TEMA/
4. Zainab binti Abdullah - Ketertiban majlis/majlis berjalan
LAGU GURU
5. Noor Asmah binti Ibrahim seperti yang dirancangkan.
MALAYSIA/
- Menyusun kerusi untuk guru-guru
PERUTUSAN
di atas pentas.
- Mengetuai bacaan ikrar
- Menyediakan teks ucapan ketua
UCAPAN KETUA murid
1. Pn Rokiah binti Mohd Khir
PENGAWAS - Melatih ketua murid untuk
memberikan ucapan
1. En Mohd Naim bin Abu Bakar (K) - Menyediakan alatan yang
2. En Mohamad Sofi bin Ahmad diperlukan
SIARAYA
3. En Hasrul bin Amir - Memastikan alatan berfungsi
sepanjang program.
1. Pn Liza Aisyah binti Shahidan ( K ) - Menentukan persembahan yang
2. Pn Rusmawati binti Md Din akan dibuat oleh guru
3. Pn Nur Afni binti Abd Rahman - Menetapkan persembahan yang
PERSEMBAHAN
4. Pn Rozita binti Amer akan dibuat oleh murid
MURID/GURU
5. Pn Rodzilan binti Tajuddin ( individu/kumpulan )
6. Pn Noor Asmah binti Ibrahim - Memimpin dan melatih peserta
persembahan
Penyediaan peralatan yang
diperlukan
1. Pn Yuzaria binti Ma’rof ( K ) - Pengurusan peserta yang akan
SUKANEKA 2. Pn Yusnita binti Yahya mengambil bahagian
3. Mrs Saveeta A/P K.R. Vasudevan - Persediaan tempat aktiviti
- Taklimat pertandingan
- Penghakiman
- Penyediaan peralatan yang
diperlukan
1. En Husnul Hadi bin Halim ( K )
- Pengurusan peserta yang akan
2. En Ahmad Shahabudin bin Che Noh
PERMAINAN mengambil bahagian
3. En Mohamad Sofi bin Ahmad
- Persediaan tempat aktiviti
- Taklimat pertandingan
- Penghakiman
1. Pn Rogayah binti Hamid ( K )
- Susun atur kedudukan murid di
2. En Anuar bin Johari
dewan
3. En Anuar bin Osman
- Memastikan disiplin murid berada
KAWALAN MURID 4. Pn Zundirah binti Che Long
dalam keadaan terkawal sepanjang
5. Pn Kasira binti Kamis
majlis diadakan.
6. Pn Muhaini binti Ahmad
7. Pengawas Sekolah
- Penyediaan hadiah guru
1. Pn Che Fatimah binti Hassan ( K ) - Pembelian hadiah aktiviti sukaneka
2. Pn Nor Lida binti Mohamad Nor - Bekerjasama dengan guru
3. Pn Shamsul Dalilah binti Ahmad pengawas untuk menyediakan
HADIAH Kamalluddin pengawas bagi menyampaikan
- Guru 4. Pn Marsitah binti Ramli hadiah kepada semua guru
- Sukaneka 5. Pn Munirah binti Ku Shaari - Bekerjasama dengan AJK Sukaneka
6. Pn Norazira binti Harun untuk memastikan bilangan hadiah
7. Pn Zuraini binti Abdul mengikut acara yang
dipertandingkan.
- menyusun hadiah
- Menyediakan dan mengedarkan
1. Pn Norazira binti Harun (K) brosur kepada guru dan staf pada
BUKU PROGRAM 2. Pn Noor Asmah binti Ibrahim hari tersebut
- Masukkan salinan ikrar dan lagu
Guru Malaysia dalam brosur
1. Pn Nor Shamila binti Safie ( K ) - Memasang banner sambutan hari
PERSIAPAN PENTAS /
2. Pn Zukarnimi binti Mohd Zain Al-Rashidi guru di dewan.
BACKDROP
3. Pn Asmida binti Aziz - memastikan dewan bersih dan
- Dewan Seri Pelangi
4. Pn Najmiah binti Osman sempurna bersesuaikan dengan
majlis
- memastikan meja hadiah
- menyediakan hiasan sempurna
1. Pn Mashitoh binti Abd Aziz ( K )
DOKUMENTASI 2. Pn Sharifah binti Kamis - Dokumentasi program
3. Pn Yusniza binti Ismail
1. Pn Intan Safinaz binti Husin ( K )
JURUFOTO - Membuat rakaman semua aktiviti
2. Pn Ummi Kalthum binti Zainal Ariffin
- Tempahan makanan dalam bentuk
1. Pn Nora binti Yusoff ( K )
bufee
2. Pn Shafaliza binti Ishak
- Memastikan tempat jamuan dalam
JAMUAN GURU 3. Pn Norshazrina binti Jasin
keadaan bersih semasa dan selepas
4. Pn Norhartini binti Amer
majlis tersebut
5. Pn Che Roziyah binti Md Radzi
- Lain-lain yang difikirkan perlu
Lampiran B

TENTATIF PROGRAM
SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
SK TAMAN AWANA 2017

11 MEI 2017 ( Khamis )

07.30 pagi - Semua guru dan murid berkumpul di Dataran Seri Alam

07.40 pagi - Bacaan Yasin dan doa selamat


Dipimpin oleh : Ustaz Mohamad Ihsan bin Hussain

08.00 pagi - Bersurai

16 MEI 2017 ( Selasa )

MASA ATURCARA/PERISTIWA
7.45 pagi Perhimpunan Rasmi
8.00 pagi Acara Sambutan Hari Guru Dimulakan

 Nyanyian Lagu Negaraku


 Doa
 Ucapan Ketua Pengawas
 Ucapan YDP PIBG
 Bacaan Perutusan KPPM
 Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan
 Bacaan Ikrar Guru
 Nyanyian Lagu Tema
 Nyanyian Lagu Guru Malaysia

9.00 pagi SUKANEKA / PERMAINAN


10.30 pagi REHAT
11.00 pagi Acara Kemuncak Hari Guru

 Persembahan Guru
 Persembahan Murid
 Penyampaian Hadiah
12.30 tgh Murid bersurai
12.45 tgh Jamuan Guru
Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAN
SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
SK TAMAN AWANA 2017

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH

1. Cendaramata Hari Guru RM 20.00 X 50 orang RM 1000.00

2. Jamuan Hari Guru RM 6.50 X 50 orang RM 325.00

3. Cenderamata Sukaneka RM 3.00 X 90 orang RM 270.00

3. Banner Hari Guru RM 100.00 X 1 unit RM 100.00

4. Air Minuman RM 10.00 X 3 kotak RM 30.00

JUMLAH RM 1725.00

Anda mungkin juga menyukai