Anda di halaman 1dari 11

Soalan 3

Sepertimana anda ketahui, silat ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi . relevankah seni
silat dalam dunia globalisasi sekarang?

Silat merupakan seni bela diri trdisi Nusantara yang menjadi kebanggaan rumpun
Melayu . ‘Pencak silat’ merupakan dua perkataan yang berbeza dari sudut lokaliti
penggunaannya. Istilah ‘pencak’ lebih sinonim dengan dunia persilatan di pulau Jawa
manakala istilah ‘silat’ digunakan oleh masyarakat dari kawasan Malaysia, Singapura,
Brunei, selatan Thailand, Filipina dan Indonesia tidak termasuk Jawa. Dalam bahasa Jawa,
istilah pencak berasal daripada kata akar pen yang bermaksud tepat dan kata cak yang
membawa erti penerapan. Dengan itu, pencak bermaksud kemampuan mempertahankan
diri yang diterapkan secara tepat. 1Perkataan ‘tepat’ merujuk kepada teknik, daya gerak,
kecepatan tempo, dan tujuan penggunaannya. Silat pula merupakan istilah yang digunakan
untuk upaya mempertahankan diri dengan menggunakan pergerakan atau teknik yang tepat,
bersumberkan rohani yang suci dan keluhuran budi, menyelamatkan diri serta kelompok
dari ancaman, serangan atau bencana. 2 Istilah ‘pencak’ dan ‘silat’ kemudiannya
digabungkan menjadi satu dan mendukung maksud seperti yang dirumuskan tadi. Dalam
era globalisasi hari ini silat masih lagi relevan malah mendapat strata istimewa dalam dunia
seni bela diri antarabangsa. Globalisasi bukanlah satu penghalang kepada pembinaan legasi

1
Oyong karmayuda S.H, penyelenggara Ismail Husin, A.Aziz Deraman, Abd. Rahman Al-Ahmadi,
Tamadun Melayu (Jilid lima) Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, hal. 1975.
2
Ibid, hal. 1975
unggul seni persilatan Melayu kerana silat itu sendiri adalah ibu kepada budaya orang
melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi telah membawa impak negatif terhadap
pembangunan sahsiah dan kebudayaan manusia. Namun demikian, proses globalisasi
mampu dimbangi dengan mendalami dan mengamalkan seni silat. Silat bukan semata-mata
seni bela diri yang bersifat fizikal tetapi juga menjadi seni bela rohani yang mampu
menghindar dan menyedarkan manusia daripada terpengaruh dengan budaya-budaya yang
boleh merosakkan jati diri.

Dalam era globalisasi hari ini, manusia memerlukan suatu wadah untuk
membentuk disiplin diri yang mantap dan utuh. Oleh yang demikian, silat dilihat sebagai
antara wadah yang terbaik untuk menjana mutu disiplin yang tidak mudah goyah. Seni silat
mempunyai falsafah tersendiri yang berupa saranan-saranan tentang moral, tatasusila,
3
tatacara dan ajaran agama. Antara falsafah perguruan yang signifikan dengan
pembentukan kualiti disiplin yang utuh ialah “ berilmu, beriman dan beramal” yang
merupakan falsafah dan moto seni silat Serimau Hitam yang sinonim dengan negeri Perak.
Seni silat mampu membawa impak sosial yang cukup besar terhadap rakyat negara ini
terutamanya golongan belia. Dalam era globalisasi ini, remaja atau belia cenderung

3
Ibid . hal. 1981.
mencari ikon untuk dijadikan rujukan atau ikutan yang boleh membina keyakinan mereka
dalam menghadapi realiti dunia yang semakin mencabar. Akan tetapi, masalah akan timbul
apabila golongan remaja atau belia ini tersalah pilih ikon yang wajar dicontohi. Seperti
yang diketaui umum, seni silat amat mementingkan komitmen dan disiplin diri yang
tinggi . Keterbukaan dalam mengambil pelatih-pelatih baru meletakkan seni persilatan pada
satu kedudukan yang penuh tanggungjawab untuk membina kekuatan fizikal,mental dan
rohani pelatih-pelatih baru. Dengan itu, pembudayaan disiplin yang luhur mampu
direalisasikankan manakala latihan serta komunikasi positif diantara tenaga pengajar
dengan pelatih mampu menyuburkan nilai-nilai disiplin yang amat sukar untuk dilakukan
di peringkat sekolah .

Dalam seni persilatan wujud satu kontrak sosial atau dipanggil sumpah
yang akan dilafazkan sebelum mana-mana pelatih baru menyertai sesebuah
perguruan. Sumpah yang dilafazkan adalah pengakuan bahawa si pelatih akan patuh
kepada guru, ibu bapa dan melaksanakan tuntutan agama. Silat amat sinonim dengan
agama Islam yang menajadi anutan rasmi kebanyakan pengamal-pengamal silat .
Permasalahan sosial seperti hedonisme, dadah, seks bebas, dan alkohol mampu
diatasi atau dihindari sekiranya pendidikan rohani dan mental diberikan perhatian
yang sewajarnya. Seni persilatan merupakan tradisi Timur yang diwarisi secara pakej
daripada generasi terdahulu. Hal ini demikian kerana silat merupakan satu bentuk
seni mempertahankan diri yang terdiri daripada eleman fizikal, kerohanian, mental
dan sahsiah. Kewujudan pelbagai pengaruh negatif yang merosak dalam suasana
dunia hari ini membawa kepada kesedaran tentang pentingnya pertahanan dalaman
individu bagi memastikan akhlak ataupun moral tidak terpesong daripada landasan
yang sebenar. Data dan statistik  banyak menunjukkan perihal mengenai keruntuhan
akhlak di kalangan remaja di negara ini yang semakin serius. Mengikut  Pihak
Berkuasa Jenayah Bukit Aman, antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37 602
individu ditahan  bagi kesalahan jenayah harta benda  serta kekerasan. Daripada 
jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17%  adalah remaja dan dalam kalangan  remaja
yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan  boleh dibahagikan kepada jenayah
kekerasan dan harta benda.4 Walaupun silat mengandungi ilmu tempur dalam silibus
pengajarannya, tidak bermakna seni bela diri ini gemarkan kekerasan dan keganasan
. Dengan berbekalkan ilmu zahir dan rohani daripada mempelajari seni persilatan
seseorang individu itu secara automatiknya mempunyai kekuatan dalaman untuk
membendung diri daripada terjebak dengan masalah-masalah sahsiah dan sosial yang
semakin berleluasa pada hari ini.

Seperti yang telah diperkatakan awal tadi silat adalah seni bela diri yang
datang secara pekej. Hal ini menjelaskan kerelevanan silat yang sememangnya
menyentuh segala hal yang menjadi keperluan manusia termasuk hal kesihatan.
Dalam era modenisasi hari ini, orang sibuk mencari ubat-ubatan atau alternatif
perubatan bagi merawat penyakit mereka tetapi tidak beusaha untuk membina gaya
hidup sihat. Dalam dunia perubatan, prinsip ‘mencegah adalah lebih baik daripada
mengubati’ menjadikan manusia sedar bahawa walaupun wujud kemudahan yang
canggih untuk menyelesaikan masalah kesihatan namun kemudahan tersebut
bukanlah satu jaminan seseorang individu akan terselamat daripada ancaman
4
Berita Harian, 22 September 1993
penyakit kerana tidak semua masalah kesihatan mampu ditangani dengan berkesan
oleh rawatan moden . ilmu persilatan yang dipraktikkan secara tekun bukan sahaja
mampu membentuk kualiti fizikal yang hebat malah mampu menjana kesihatan
dalaman yang baik yang sememangnya menjadi impian setiap orang. Sebagai contoh,
pengasas Silat Gayong, Allahyarham Dato’ Meor Abd Rahman memiliki kualiti
kesihatan yang amat baik dan tiada tolok bandingnya. Amalan fizikal dan rohani
yang dipraktikkan secara tekun dalam silat mampu memberi natijah yang positif
terhadap mutu kesihatan seseorang individu. Silat diperkenalkan sebagai satu wadah
penjana budaya unggul dan tidak akan pupus di telan zaman .

Satu hal yang cukup menarik mengenai globalisasi dan silat adalah mngenai
pengembangan silat ke serata dunia. Dengan adanya proses globalisasi, seni silat
dapat dikembangkan lagi ke peringkat global. Pada hari ini silat dibahagikan kepada
tiga bentuk iaitu silat seni, silat tempur dan silat olahraga. Silat olahraga yang
semakin popular kebelakangan ini mendapat perhatian antarabangsa sehingga di beri
peluang untuk dimainkan dalam kejohanan sukan antarabangsa . Negara-negara
seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Vietnam merupakan antara kuasa besar yang
, menguasai sukan silat olahraga ini di peringkat global. Namun demikian satu
perkara yang cukup mengagumkan adalah mengenai penyebaran seni warisan
Melayu ini di negara-negara barat seperti Amerika, Perancis, Sepanyol dan Belanda.
Terdapat banyak aliran silat yang mendapat tempat di negar-negara barat dan
semakin berkembang antaranya ialah Perguruan Panca Indera Suci yang berkembang
di England, perguruan Harimau Minangkabau yang berkembang di sepanyol dan
perguruan Bangau putih yang berkembang di Amerika Syariakat.5 Selain itu terdapat
juga satu perkara yang amat menarik untuk diketahui iaitu perihal orang barat sendiri
yang berusaha gigih untuk mengembangkan seni silat warisan Melayu di negara
mereka. Antara tokoh-tokoh silat yang terbabit dalam membina legasi silat di Barat
ialah Juan Ignacia Barranexchea (sepanyol), Max Gerald (Belgium) dan Randy Van
Ziechem (Surinam). Fenomena sukan global hari ini juga memberi ruang dan
peluang kepada seni silat untuk mengangkat nama seni tersebut ke satu tahap
tertinggi dalam acara sukan antarabangsa. Kejohanan Sukan seperti Sukan Asia,
Sukan SEA, dan kejohanan Silat Antarabangsa membuka peluang kepada seni
warisan Melayu ini untuk dikenali dan difahami oleh komuniti antarabangsa.
Kejohanan pencak silat antarabangsa pertama di adakan di Jakarta pada tahun 1982
dan disertai oleh tujuh negara. Pada tahun 1984, kejohanan kali kedua juga
belangsung di Jakarta yang melibatkan 11 negara. Pada tahun 1986 barulah
kejohanan ini keluar dari bumi Nusantara dan menjejakkan kaki ke bumi Eropah
iaitu di Vienna dan 15 buah negara mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.6
Pada hari ini, kejohanan silat antarabangsa telah menjelajah ke merata dunia dan hal
ini merupakan promosi yang cukup baik untuk mengembangkan seni silat .

5
Oyong karmayuda S.H, penyelenggara Ismail Husin, A.Aziz Deraman, Abd. Rahman Al-Ahmadi,
Tamadun Melayu (Jilid lima) Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, hal.2002.
6
Ibid. hal. 2006.
Seni silat pada hari ini bersifat lebih terbuka dan tdak wujud kekangan
gender untuk mempelajari seni bela diri ini. Dalam situasi dunia yang semakin mencabar
pada hari ini adalah menjadi satu perkara penting kepada setiap individu untuk
mempersiapkan diri dengan pertahanan luaran terutamanya golongan Hawa. Mempelajari
silat juga dianggap sebagai satu usaha untuk membina benteng maruah daripada
dicerobohi oleh syaitan yang bertopengkan manusia. Kes-kes rogol yang semakin serius
kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan golongan Hawa yang
semakin hari semakin aktif melibatkan diri dalam hal ehwal sosioekonomi. Kerajaan hari
ini juga menggalakkan setiap individu agar mempersiapkan diri dengan ilmu bela diri
seperti silat bagi menghadapi dan menangani situasi bahaya seperti perogol, peragut dan
samseng . Bukan hanya wanita yang berhadapan dengan ancaman bahaya malah lelaki
juga menghadapi risiko yang sama. Sebagai contoh, dalam skop sekolah, masalah buli
adalah masalah yang semakin kritikal sehinggakan beberapa kes yang dilaporkan
memaparkan ada nyawa yang terkorban . Hal ini boleh dihindari sekiranya setiap
individu prihatin untuk mempersiapkan diri dengan ilmu bela diri terutamanya silat.
Kisah Allahyarham Pak Bharum (pengasas seni silat Serimau Hitam) dan abangnya iaitu
Daud yang telah menyelamatkan bapanya daripada pusat tahanan Bintang Tiga
berbekalkan ilmu persilatan yang dipelajari daripada datuk beliau boleh dijadikan iktibar
oleh golongan belia hari ini untuk mempersiapkan diri dengan ilmu persilatan bagi
menghadapi pelbagai situasi yang tidak di duga.7

Dalam menempuhi cabaran globalisasi adalah tidak adil sekiranya warisan


tradisi bangsa di tolak ketepi. Silat merupakan pusaka tinggalan generasi dahulu kepada
waris bangsanya. Silat merupakan cermin budaya Melayu yang masih relevan dengan
perkembangan dunia kontemporari. Seni silat ini membantu anak bangsanya untuk
membina semangat dan memangkin kebolehan terpendam agar diekspresikan dengan

7
http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat_Serimau_Hitam
betul . Dalam menghadapi pelbagai bentuk cabaran budaya luar yang semakin
bermaharajalela, adalah penting untuk memiliki suatu pegangan dan prinsip yang utuh
agar jati diri tidak mudah diperkotak-katikkan oleh bangsa asing yang cuba menjajah
budaya tradisi. Dengan berbekalkan pengisian rohani yang diperolehi daripada
mempelajari silat, seseorang itu tidak akan mudah melatah apabila berhadapan dengan
pengaruh-pengaruh sosial Barat yang menyimpang daripada norma-norma ketimuran
yang luhur. Unsur-unsur Islam yang diterapkan ke dalam ilmu seni persilatan atau pencak
silat merupakan mekanisma yang amat baik untuk mencegah seseorang individu daripada
terjebak ke dalam lembah kehinaan . Ilmu persilatan yang yang diwarisi adalah kesenian
yang amat tinggi nilai estetikanya . Nilai estetika kesenian ini dapat diperhatikan daripada
seni bunga, gerak langkah dan seni bermain senjata. Globalisasi tidak sesekali menbunuh
kerelevanan seni silat di atas muka bumi ini.

Kesimpulannya, walaupun silat dianggap sebagai tradisi berusia intan, namun


martabat dan keampuhannya tidak sesekali tergugat dengan peredaran zaman, bak kata
pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman”. Generasi hari ini perlu diberi lebih
banyak ruang pendedahan agar dapat menarik minat mereka untuk mempelajari dan
mendalami seni silat . Seni silat bukan sahaja dapat membantu mendisiplinkan diri malah
juga dapat menjadi benteng sahsiah, memelihara kesihatan, sebagai cermin bangsa dan
penjaga maruah . Bak pantun yang diungkapkan oleh pendekar Gayong, Dato Meor
Abdul Rahman;

Pulau Sudong tanah sakti,


Sayang ketapang bercabang dua;
Hikmat Gayong meninggalkan bakti,
Memimpin wanita menempuh bahaya.

Globalisasi yang dianggap racun sahsiah tidak sama sekali mampu menjatukan martabat
dan kewibawaan silat sebagai seni bela diri yang paling agung. Silat akan terus relevan
sampai bila-bila.
Bibliografi
1. Oyong karmayuda S.H, penyelenggara Ismail Husin, A.Aziz Deraman,
Abd. Rahman Al-Ahmadi, Tamadun Melayu (Jilid lima) Kuala Lumpur ,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995.
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat_Serimau_Hitam
3. Berita Harian, 22 September 1993.