Anda di halaman 1dari 2

Semester 1 Sesi 2017/2018

HSA3043- Asia Tenggara Abad Ke-20.

Soalan Tugasan Berkumpulan


(20 Markah)

Arahan: Tulis sebuah Kajian berasaskan tajuk-tajuk berikut berdasarkan kepada


nombor dalam kumpulan tutorial yang didaftarkan. Anda dikehendaki menganalisa
setiap isu tersebut berdasarkan kepada laporan yang ditulis dalam majalah Far Eastern
Economic Review, NewsWeek, Asia Week dan Time. Format penulisan mestilah
didahului dengan kajian literatur yang melibatkan analisa terhadap apa yang pernah di
tulis secara ilmiah berhubung dengan perkara tersebut. Seterusnya diikuti oleh analisa
terhadap apa yang dibincangkan dalam majalah yang dinyatakan. Jumlah ahli untuk
setiap kumpulan ialah 3-4 orang. Panjang esei adalah antara 50-100 muka surat
termasuk bibliografi. Format penulisan mestilah menggunakan font Arial dengan saiz
11 dengan langkau baris 1.5. Penulisan hendaklah mengikut format penulisan sejarah
berbentuk ilmiah yang lengkap dengan nota kaki dan bibliografi. Tugasan hendaklah
dihantar dalam bentuk Hard Copy dan Soft Copy (CD). Tajuk-tajuk ialah:

1. Kehadiran semula kuasa Barat selepas Perang Dunia Kedua 1939-1945,


membawa kepada persaingan ideologi di Asia Tenggara. Persaingan ini
membawa kepada meletusnya Perang Vietnam untuk melindungi negara
Vietnam Selatan yang pro Barat daripada penguasaan Komunis. Berdasarkan
laporan akhbar dan majalah antarabangsa, analisakan perkembangan perang
tersebut di rantau ini sehingga tamatnya Perang Dingin 1990.

2. Perkembangan pengaruh Komunis di Asia Tenggara menimbulkan reaksi


daripada golongan pro Barat sehingga membawa kepada kemunculan konsep
negara berkecuali yang ditandai dengan penganjuran persidangan Afro-Asia di
Bandung. Persidangan ini disertai oleh negara-negara Komunis dan Bukan
Komunis di Asia dan Afrika yang berusaha menegakkan prinsip berkecuali dan
menentang campurtangan kuasa Barat. Berdasarkan laporan akhbar dan majalah
antarabangsa, analisakan perkembangan doktrin berkecuali dalam kalangan
negara di rantau ini sehingga tamatnya Perang Dingin 1990.

3. Penubuhan ASEAN bertujuan untuk mengembalikan kuasa menentukan


perkembangan sosial dan ekonomi di rantau Asia Tenggara kepada negara-
negara rantau ini. Pertubuhan tersebut juga pernah terlibat dalam membantu
menyelesaikan krisis sosial yang timbul di rantau ini sepanjang abad ke-20.
Berdasarkan laporan akhbar dan majalah antarabangsa, analisakan usaha
keberkesanan ASEAN dalam menangani krisis pelarian Vietnam di rantau ini
sehingga tahun 1997.
4. Asia Tenggara pernah terlibat dalam isu tuntutan wilayah sepanjang abad ke-20.
Ia melibatkan pertindihan tuntutan wilayah yang ditinggalkan oleh dasar
penjajah. Berdasarkan laporan akhbar dan majalah antarabangsa, analisakan
tuntutan Filipina ke atas Sabah pada akhir 1960an..

5. Krisis yang berlaku di Vietnam 1954-1975 turut menjejaskan negara jirannya di


Asia Tenggara seperti Cambodia. Kesan tersebut melibatkan hubungan antara
Cambodia dengan Vietnam khususnya pada tahun-tahun tersebut dan selepas
tamatnya pertikaian tersebut pada tahun 1975. Berdasarkan kepada laporan
akhbar dan majalah antarabangsa, analisakan perkembangan hubungan
Cambodia dengan Vietnam antara 1954 sehingga 1990.

6. Krisis yang berlaku di Vietnam 1954-1975 turut menjejaskan negara jirannya di


Asia Tenggara seperti Laos. Kesan tersebut melibatkan hubungan antara Laos
dengan Vietnam khususnya pada tahun-tahun tersebut dan selepas tamatnya
pertikaian tersebut pada tahun 1975. Berdasarkan kepada laporan akhbar dan
majalah antarabangsa, analisakan perkembangan hubungan Laos dengan
Vietnam antara 1954 sehingga 1990.

7. Asia Tenggara merupakan rantau yang menerima kesan langsung daripada


Perang Dingin 1945-1975. Antara kesan tersebut ialah pengukuhan cengkama
Kuasa Besar anti Komunis dan pro Komunis. Berdasarkan laporan akhbar dan
majalah antarabangsa, analisakan perkembangan dasar Asia Tenggara terhadap
negara Asia Tenggara antara 1945 hingga 1990.

8. Menjelang abad ke-21, dunia memperlihatkan kebangkitan Asia sebagai


peneraju perkembangan ekonomi khususnya era millennium. Asia Tenggara
terlibat dalam isu transisi yang memperlihatkan kejatuhan ekonomi di
penghujung abad ke-20. Pelbagai isu politik yang memperlihatkan pemisahan
wilayah Timur Timor daripada Indonesia. Berdasarkan laporan akhbar dan
majalah antarabangsa, analisakan perkembangan krisis politik yang membawa
kepada pemisahan Timur Timor daripada Indonesia pada 1999.

Anda mungkin juga menyukai