Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Tahap pendidikan merupakan faktor penting yang menentukan jenis pekerjaan yang
dilakukan oleh seseorang indiviu. Mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi
mempunyai lebih banyak pilihan pekerjaan berbanding dengan mereka yang berpendidikan
rendah dan yang lebih penting adalah pendapatan yang dinikmati juga lebih tinggi. Dengan
hasil pendapatan yang perolehi dapat menjana kehidupan seseorang ke arah kehidupan
lebih berkualiti.
Pendidikan juga mendidik manusia berfikir secara rasional, bebas dan baik serta dapat
menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan ( Abdul fatah Hassan, 2003 ). Selain itu,
pendidikan juga bertujuan membentuk sosial individu dan masyarakat. Pendidikan yang
berkualiti membentuk fikiran yang sihat. Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
pendidikan juga akan melengkapkan individu supaya memahami konsep kemerdekaan
dalam kehidupan. Hal ini menjadikan seseorang individu itu menghormati perlembagaan,
taat kepada raja dan tahu tanggungjawab sebagai seorang warganegara.
Oleh yang demikian, pendidikan ialah satu proses mengembangkan potensi individu yang
seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani. Dengan kata lain pendidikan ialah
proses untuk mengembangkan potensi individu yang mengenali diri dan tujuan hidupnya.