Instagram Business
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
BAB 1 INSTAGRAM BUSINESS 2
PENGENALAN 2
INSTAGRAM BUSINESS 3
1
Instagram Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
BAB 1
INSTAGRAM BUSINESS
PENGENALAN
Instagram ialah aplikasi perkongsian foto dan video percuma yang tersedia di
telefon pintar. Pengguna Instagram boleh memuat naik foto atau video ke aplikasi
Instagram dan mengongsinya dengan pengikut mereka atau dengan kumpulan rakan
yang terpilih. Mereka juga boleh melihat, memberikan komen dan menyukai kiriman
yang dikongsi oleh rakan mereka di Instagram. Sesiapa yang berumur 13 tahun ke
atas boleh mencipta akaun dengan mendaftarkan alamat e-mel dan memilih nama
pengguna.
2
Instagram Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
INSTAGRAM BUSINESS
Seperti mana Facebook, Instagram turut menyediakan dua jenis profil iaitu
profil peribadi dan profil perniagaan. Untuk mendapatkan manfaat yang maksimum
dari Instagram setiap perniagaan perlu menggunakan profil perniagaan. Profil
Instagram Business terdiri daripada gabungan gambar profil, nama pemilik akaun,
username, Bio, pautan laman web, kategori, butang CTA (Call to Action), Email,
peta dan no telefon.
3
Instagram Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
boleh dicari dengan menggunakan fungsi carian Instagram, nama dan username
mestilah mudah diingati dan mempunyai kaitan dengan syarikat atau jenama produk
atau perkhidmatan.
Bio atau biografi di dalam Instagram Business ialah sinopsis yang terdiri
daripada 150 karakter yang memberikan penerangan ringkas mengenai perniagaan
dan tindakan yang peniaga ingin pengunjung akaun Instagram lakukan. Instagram
hanya menyediakan satu tempat untuk meletakkan pautan ke laman web yang boleh
di klik iaitu di profil. Gunakan ruang ini dengan sebaik mungkin.
Butang CTA (Call to Action) seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.23
boleh digunakan oleh pelawat sesuatu akaun Instagram untuk menghantar email,
membuat panggilan telefon atau mencari arah dengan hanya perlu menekan pautan
yang diberikan sahaja. Fungsi ini hanya terdapat pada Instagram Business sahaja.
4
Instagram Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
Pautan email akan terhasil apabila maklumat email dimasukkan ke dalam
profil Instagram Business. Pautan ini berada di bahagian bawah maklumat lain di
dalam profil. Apabila pengguna menekan pautan ini, aplikasi email yang terdapat di
dalam telefon pintar akan terbuka.
5
Instagram Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
BAB 2
6
Instagram Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
PROFIL PERNIAGAAN
Profil perniagaan di Instagram membolehkan pelanggan berhubung dengan
perniagaan anda. Setelah membuat pertukaran profil dari peribadi kepada perniagaan
anda boleh menambah maklumat perniagaan di dalam profil seperti nombor telefon,
alamat email dan alamat fizikal perniagaan.