Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pelbagai isu telah dibangkitkan oleh sekolah , guru-guru dan ibu bapa apabila
perlaksanaan KBAT mula diimplementasikan dalam Pendidikan Malaysia. Setiap isu dalam
sesuatu fenomena, sudah pasti mempunyai cara penyelesaian atau penambahbaikan. Berikut
adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh diambilkira supaya dapat
mempermudahkan pembelajaran dan pengajaran. Berikut adalah beberapa cadangan strategi
yang boleh digunakan untuk meningkatkan HOTS dalam bilik darjah dari segi konteks pedagogi
dan cadangan penyelesaian dari segi infrastruktur serta latihan yang mencukupi.
Dalam pedagogi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta kemahiran membuat
keputusan merupakan asas dalam konteks KBAT. Kemahiran berfikiran kritis sebenarnya
melibatkan aktiviti membuat analisis, taakulan dan menganalisis berasaskan bukti-bukti. Ia juga
merujuk kepada pemikiran reflektif dan munasabah yang difokuskan kepada usaha memutuskan
sama ada sesuatu perkara boleh dipercayai atau tidak dipercayai.Secara keseluruhannya,
penguasaan pemikiran reflektif menyebabkan seseorang akan sedar tentang pemikiran sendiri
dan dapat mengaitkan idea dan pengalaman lalu. Guru perlu mengaitkan pembelajaran dan
pengajaran melalui penggunaan cara-cara tertentu seperti memfokuskan kepada soalan,
menjawab soalan dengan jelas, memutuskan sama ada sesuatu sumber berasas atau tidak,
meneliti dan membuat keputusan seperti laporan, kesimpulan,keputusan bernilai, mendefinisi
tema, mengenalpasti andaian dan membuat keputusan. Berfikiran kreatif dapat dikategorikan
kepada kelancaran iaitu kebolehan seseorang menjana idea yang banyak, fleksibel iaitu
kebolehan menghasilkan idea yang berbeza-beza, penghuraian iaitu kebolehan memperluaskan
dan mengembangkan idea secara mendalam dan akhirnya keaslian iaitu kebolehan berfikir
secara luar biasa dan menggunakan sesuatu perkara denga cara berlainan. Guru perlu berusaha
untuk menerapkan kebolehan ini setiap kali dalam pembelajaran dan pengajaran supaya ia
menjadi kebiasaan di kalangan pelajar dan pembelajaran berpusatkan pelajar juga dapat dicapai.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif secara tidak langsung akan membantu pelajar
membuat keputusan terbaik. Rasional mengajar kemahiran berfikir khususnya kritis dan kreatif
bukan sahaja memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Tujuan Pendidikan
Negara (TPN) untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999), malah lebih daripada itu, pengajaran
KBKK merupakan satu tanggung-jawab kemanusiaan. Soalan-soalan yang dikemukan kepada
pelajar perlulah ‘open-ended’ ,menggunakan urutan soalan yang logikal dan bersistematik serta
perlu disesuaikan dengan tahap pelajar. Menurut Wilen (1995), soalan-soalan yang baik akan
dapat menjana pemikiran aras tinggi. Guru juga perlu mengikuti jawapan pelajar dengan
memberi respons tertentu dan yang paling penting memberi masa untuk menjawab soalan
tersebut. Williams (2015) menegaskan guru sepatutnya mendapatkan maklumat bagi perkaitan
sesuatu perkara daripada murid berbanding mengabaikan jawapan murid yang tidak relevan

Di samping itu, pembudayaan KBAT harus diamalkan sejak di pra-sekolah. Kementerian


Pendidikan perlu menyeleraskan dan mengubahsuai syllabus pra sekolah supaya lebih terarah
kepada KBAT. KBAT tidak hanya bertumpukan kepada pembelajaran tetapi boleh diterapkan
melalui permainan. Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan
pemikiran”.

Sistem pendidkan kita juga perlu menghentikan sistem exam oriented dan memberikan peluang
bagi
setiap individu mencapai kejayaan dengan kebijaksaaan masing-masing. Di Finland, pelajar tiada
ujian piawaian luaran, untuk ‘rank’ pelajar dan tujuan menilai pelajar semata-mata untuk
membimbing dan menggalakkan penguasaan pelajar sendiri dan penilaian diri.
Latihan kepakaran/profesionalisme para guru dari segi kesediaan dan pemahaman yang
teliti berkaitan pedagogi KBAT yang terbaik merupakan faktor utama dalam menjayakan
perlaksanaan KBAT. Guru pula perlu diberi rujukan yang jelas agar perlaksanaanya dapat sealari
dengan perancangan dan perbincangan yang dilakukan .Penyediaan Bahan Bantu Belajar dari
Pihak Kementerian secara menyeluruh berkaitan KBAT perlu diberikan kepada setiap sekolah.
Pembudayaan KBAT perlu dijalankan secara berperingkat dan bukannya secara melulu kerana ia
memerlukan masa untuk semua pihak menerima dan mengimplementasikan pembaharuan ini.
Negara-negara yang menduduki tangga teratas dalam sistem pendidikan seperti Negara Finland,
telah memerlukan hampir 3 dekad untuk membuktikan kejayaan mereka. Maka, tidak hairanlah,
dengan kerjasama dan usaha daripada pelbagai pihak , harapan murni untuk melahirkan pelajar
yang berintelek dan keupayaan berfikir aras tinggi akan tercapai seperti negara-negara maju yang
lain.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, proses perlaksanaan KBAT merupakan suatu pendekatan
pembelajaran yang memerlukan kaedah pedagogi, sokongan teknikal dan kaedah perlaksanaan
yang sistematik. Penerimaan oleh para guru dari segi kesediaan dan pemahaman yang teliti
berkaitan pedagogi KBAT yang terbaik merupakan faktor utama dalam menjayakan perlaksanaan
KBAT. Kolaborasi jitu dari semua pihak termasuk ibu bapa. pentadbir dan KPM dalam
mempergiatkan sokongan kepada guru bagi memurnikan sistem penyampaian dan pentaksiran
untuk memberi tumpuan yang lebih kepada KBAT. Pada pendapat kami, KBAT perlu diteruskan
selaras dengan hasrat PPPM (2013-2025) bagi melahirkan generasi yang berintelek tinggi dan
berdaya saing.

Anda mungkin juga menyukai