Anda di halaman 1dari 14

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN (BIM)

MEI 2018

BBPB2103

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

NO. MATRIKULASI : 800307145153003


NO. KAD PENGNEALAN : 800307-14-5153
NO. TELEFON : +6018-2918687
E-MEL : razalixsm@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM


ISI KANDUNGAN

1.0 Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS).............................................1

1.1 Visi SYABAS...............................................................................................................1

1.2 Misi SYABAS..............................................................................................................1

1.3 Jenis industri SYABAS................................................................................................2

1.4 Produk/perkhidmatan SYABAS...................................................................................2

1.5 Jumlah pekerja SYABAS.............................................................................................2

1.6 Pengurus Sumber Manusia SYABAS..........................................................................2

2.0 Pengaruh keseimbangan kerjaya dan keluarga di SYABAS.................................3

2.1 Bijak meletak keutamaan.............................................................................................3

2.2 Jumlah hari/masa berkerja...........................................................................................3

2.3 Keluarga sejahtera........................................................................................................4

2.4 Pengurusan SYABAS menyokong dan memahami pekerja........................................4

3.0 Isu-Isu pekerja wanita di SYABAS..........................................................................5

3.1 Tanggungjawab terhadap keluarga...............................................................................5

3.2 Waktu berkerja.............................................................................................................5

3.3 Batasan bidang kerja dan tugas....................................................................................6

3.4 Batas pergaulan............................................................................................................6

4.0 Keseimbangan antara kerjaya dan keluarga boleh diperbaiki.............................7

4.1 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di pejabat.....................................................7

4.2 Waktu kerja anjal.........................................................................................................7

4.3 Pengendalian emosi.....................................................................................................8

5.0 Ringkasan...................................................................................................................9

6.0 Rujukan....................................................................................................................10
1.0 Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS)

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah dilantik oleh Kerajaan
Negeri dan Persekutuan untuk menguruskan perkhidmatan pengedaran bekalan air di
Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di bawah konsep
Penswastaan yang berkuatkuasa 1 Januari 2005. SYABAS adalah milik Puncak Niaga
Holding Sdn. Bhd. (70% pegangan saham), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (30%
pegangan saham) dan Kerajaan Malaysia (1% pegangan saham emas). Dengan
penswastaan ini, SYABAS bertanggungjawab untuk pengagihan bekalan air kepada
lebih tujuh juta lima ratus ribu (7,500,000) orang melalui lebih daripada satu juta
tujuh ratus ribu (1,700,000) akaun domestik dan semua premis komersial dan
perindustrian. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (2015).

Bekuatkuasa Mac 2016, SYABAS dan beberapa syarikat konsesi operator air yang
lain seperti Konsortium Abass Sdn Bhd (ABASS), Puncak Niaga Water Sdn Bhd
(PNWSB), Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB) telah diambil alih oleh
kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan menjadi kumpulan di bawah syarikat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), iaitu syarikat milik penuh kerajaan
negeri Selangor Darul Ehsan. Walaubagaimanapun, menurut Mohd Mustafa Osman
(2018), kesemua entiti tersebut masih beroperasi mengikut jenis perkhidmatan dan
pengurusan masing-masing kerana Air Selangor masih belum mendapat lesen sebagai
syarikat pengendali pengoperasi air daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(SPAN) dan dijangka akan mendapat lesen tersebut dalam waktu terdekat sebaik
sahaja proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) sebagai
ahli kumpulan Air Selangor selesai.

1.1 Visi SYABAS

• Menjadi pembekal utama air berkualiti

1.2 Misi SYABAS

 Memberikan perkhidmatan dan membekalkan produk air yang terbaik kepada


setiap pengguna domestik, industri dan komersial kami
 Menjanakan kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti

1
 Memastikan setiap kemudahan dan teknologi kami berapa di tahap tertinggi pada
setiap masa melalui pelaburan yang terancang
 Mejaga dan memelihara alam sekitar
 Menjadi sebuah organisasi mesra pelanggan yang sentiasa memberikan
 perkhidmatan yang cemerlang

1.3 Jenis industri SYABAS

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) adalah membekalkan air terawat
yang berkualiti kepada pengguna domestik, industri dan komersial.

1.4 Produk/perkhidmatan SYABAS

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) tidak menghasilkan sebarang
produk sendiri tetapi membeli produk iaitu bekalan air terawat yang berkualiti dan
menjalankan perkhidmatan utamanya iaitu membekalkan air terawat tersebut kepada
semua pengguna Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Disamping itu SYABAS turut memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-
pelanggan yang mempunyai sebarang masalah berkaitan pembekalan air melalui
pasukan khidmat pelanggannya iaitu Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL).

1.5 Jumlah pekerja SYABAS

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) adalah seramai empat ribu empat
ratus empat puluh lapan (4,448) orang perkerja.

1.6 Pengurus Sumber Manusia SYABAS

Encik Mohd Mustafa Osman adalah seorang yang menjawat jawatan Pengurus Besar,
Seksyen Sumber Manusia. Beliau merupakan kakitangan yang
dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan syarikat untuk menguruskan hal ehwal
berkaitan pengurusan sumber manusia di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.
(SYABAS). 
2.0 Pengaruh keseimbangan kerjaya dan keluarga di SYABAS

2.1 Bijak meletak keutamaan

2
Semua pekerja boleh menimbangai antara kerja dan kerjaya jika mereka bijak
meletakkan keutamaan serta fokus terhadap tugas dilaksanakan baik di pejabat atau di
rumah dengan cara mengatur gerak kerja. Meletakkan perkara yang utama sebagai
keutamaan akan membantu mengelak tekanan apabila jadual disusun mengikut aturan
dan keutamaan dapat diselesaikan secara berkesan.

Ramai yang ingin melakukan tugas dengan bagus dan mencari kesempurnaan, tetapi
hakikat perlu disedari ialah kita tidak boleh mengawal semua keadaan terutama
mendapatkan apa yang sudah ditetapkan dalam fikiran. Perlu ada timbang rasa, jadi
kena saling membantu. Akhirnya, pekerja ini juga yang senang hati apabila kerja
dapat diselesaikan dengan baik. BH Online (2017).

2.2 Jumlah hari/masa berkerja

Beberapa tahun kebelakang, waktu operasi SYABAS adalah sebanyak enam (6) hari
seminggu iaitu bermula hari isnin hingga ke hari sabtu. Dapat dilihat pekerja-pekerja
amat tertekan lebih-lebih lagi waktu berkerja pada hari sabtu walaupun sekadar
berkerja selama separuh hari bermula jam 8:30 pagi hingga jam 1:00 petang. Ketika
itu kadar cuti sakit dan cuti kecemasan pekerja pada hari sabtu dan isnin didapati
adalah amat tinggi. Menyedari perkara tersebut, SYABAS mengambil inisiatif untuk
memendekkan waktu operasi dari enam (6) hari ke lima (5) hari seminggu iaitu
bermula hari isnin hingga hari jumaat dan mendapati ianya memberikan kesan yang
amat positif kepada pekerja dan majikan. Kadar cuti sakit dan cuti kecemasan juga
tidak lagi menjadi isu.

Pada bulan Ramadhan (puasa), semua kakitangan dibenarkan pulang ke rumah seawal
jam 4:30 petang berbanding jam 5:30 petang waktu operasi normal. SYABAS
memberikan kelonggaran ini agar kakitangan dapat memberikan masa kepada mereka
untuk mengambil anak pulang dari sekolah dan membuat persediaan menyediakan
juadah berbuka puasa. Harits Asyraf Hasnan (2016), melaporkan bahawa
produktiviti kakitangan akan bertambah baik apabila dapat meluangkan masa yang
lebih untuk bersama keluarga.

3
2.3 Keluarga sejahtera

Kesejahteraan keluarga merujuk kepada keadaan keluarga di suatu negara yang berada
pada tahap yang selamat, sihat, damai, selesa, harmoni dan memuaskan. Definisi ini
merangkumi pelbagai aspek kepuasan dan keselesaan dari segi kerohanian,
ekonomi/kewangan, mental, psikososial (terutamanya hubungan kekeluargaan yang
rapat dan erat), kesihatan, persekitaran sosial, politik dan kerjaya. Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (2011).

Di samping itu, ia juga menekankan kepada keperluan asas dan kemudahan seperti
tempat tinggal yang selesa, sekolah yang berkualiti, penjagaan kesihatan dan
persekitaran yang selamat. Hubungan antara ahli keluarga seperti cara keluarga
berkomunikasi, menyelesaikan masalah, bertindak dan mendidik anak juga termasuk
dalam konsep ini. Apabila pekerja datang dari kalangan keluarga yang sejahtera maka
keseimbangan kerjaya juga dapat dicapai kerana mereka hadir berkerja tanpa
membawa sebarang bebanan berkaitan keluarga. Urusan kerja akan menjadi lancar
dan menghasilkan sesuatu yang maksimum.

2.4 Pengurusan SYABAS menyokong dan memahami pekerja

Pekerja harus disokong dalam menjalankan tugas. Bimbingan dan tunjuk ajar harus
mudah untuk diperoleh. Ini akan mengurangkan stres. Penyelia pekerja yang terdekat
mestilah menggunakan prinsip-prinsip kecerdasan emosi dalam perhubungan dengan
pekerja. Penyelia mesti dapat berinteraksi dengan baik, saling menghormati dan
memahami pekerja, dan maklum akan tugas dan kekangan pekerja.

Penyelia harus menunjukkan yang mereka benar-benar mengambil berat tentang


pekerja, dan mendengar masalah serta bersedia menerima idea dan cadangan mereka.
Budaya pekerja yang tekun hanya akan terhasil jika pihak pengurusan senantiasa
meningkatkan prestasi mereka sendiri dalam memimpin pekerja. Majikan yang
menaruh kepercayaan terhadap pekerja akan mendapati bahawa pekerja juga akan
menaruh kepercayaan terhadap majikan. Pekerja mesti yakin bahawa majikan akan
melindungi dan memelihara kepentingan mereka dalam semua aspek. Ini termasuk

4
pakej gaji dan kenaikan pangkat, termasuk juga kebajikan keseluruhan seperti
tanggungan kesihatan, kemudahan rekreasi dan lain-lain.

Pihak pengurusan hendaklah menghormati semua pekerja dalam organisasi tanpa


mengira kedudukan mereka. Idea, pandangan dan usaha sukarela pekerja diakui dan
dihargai. Masa lapang dan masa cuti pekerja dan komitmen terhadap keluarga
dihormati. Dengan keprihatinan seperti ini, pekerja akan sanggup melakukan kerja
lebih daripada apa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan disertakan
bersama nilai tambah masing-masing untuk kebaikan firma. Utusan Online (2014).

3.0 Isu-Isu pekerja wanita di SYABAS.

3.1 Tanggungjawab terhadap keluarga

Jika dilihat fitrah wanita, golongan wanita adalah lebih cenderung mementingkan
keluarga walaupun bekerjaya, namun, tidak semua sama kerana masing-masing
mempunyai kekuatan sendiri menurut BH Online (2017). Secara umum, pekerja
wanita lebih kerap tidak hadir berkerja berbanding pekerja lelaki kerana faktor
keluarga seperti tiada pengasuh dan anak sakit. Mohd Mustafa Osman (2018).

Bagi pekerja yang pandai membahagikan masa dan bijak merancang perjalanan
kehidupan harian antara kerjaya dan keluarga, dapat dilihat golongan ini akan lebih
produktif menjalini masa berkerja tanpa sebarang masalah, manakala bagi golongan
yang sebaliknya, mereka akan menghadapi kesukaran dan gangguan sewaktu berkerja
lebih-lebih lagi bila golongan tersebut tidak mahir menguruskan stress.

3.2 Waktu berkerja

Merupakan sesuatu yang amat sukar bagi golongan pekerja wanita yang sudah
berkeluarga untuk memenuhi tuntutan majikan yang mahukan pekerjanya berkerja
lebih masa lebih-lebih lagi sehingga ke lewat malam ataupun berkerja secara syif
(malam). Menurut Halina Mohd Noor dan Farhani Rahman (2018), waktu
berkerja merupakan salah satu faktor penyumbang keseimbangan antara kerjaya dan
keluarga amat sukar dicapai.

5
Pekerjaan wanita perlu dilihat dari segi kesesuaian masanya kerana mereka
mempunyai tanggungjawab di dalam rumah tangga. Dalam keluarga, wanita
bekerjaya perlulah bijak dalam membahagikan masa bersama suami dan anak-anak.
Tanggungjawab asasi dan perhatian kepada anggota keluarga tidak boleh diabaikan. Ia
tidak boleh dipandang remeh kerana dibimbangi kebahagiaan rumah tangga akan
musnah. Mohd Mustafa Osman (2018).

3.3 Batasan bidang kerja dan tugas

Menurut ‘Adawiyah Ismail dan Salasiah Hanin Hamjah (2012) lagi, pekerjaan
yang dilakukan oleh wanita hendaklah bersesuaian mengikut syariat Islam dan ia tidak
bertentangan dengan fitrah kejadiannya. Wanita semulajadinya dicipta dengan sifat
kelembutan. Dengan ini, setiap pekerjaan yang dilakukan mesti bersesuaian dengan
kemampuan, keupayaan tenaga dan fizikalnya. Sesungguhnya kekuatan wanita tidak
setanding dengan kekuatan lelaki dari segi keupayaan tenaga dan fizikal yang gagah
perkasa.

Bidang pekerjaan wanita perlu diambil perhatian oleh wanita yang ingin bekerjaya.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, fitrah kejadian wanita itu sendiri, sifat
kelembutan dan naluri keibuannya menyebabkan jika bidang pekerjaan tersebut
dipilih akan memberi lebih berkesan terhadap diri dan mereka yang menerima
perkhidmatannya. Seperti bidang pendidikan, perubatan, perkeranian, pentadbiran,
kaunseling dan beberapa bidang lain yang bersesuaian. Islam membenarkan wanita
memilih kerjaya yang diminati selaras dengan kemahiran yang dimiliki.

3.4 Batas pergaulan

Wanita yang bekerja wajib menjaga kehormatan diri. Adab, akhlak dan hukum yang
berkaitan ketika berada di luar rumah perlu dijaga agar kedudukan dipandang mulia.
Menutup aurat dapat memelihara martabat dan kemuliaan wanita, serta mengelakkan
fitnah. Tidak kira wanita itu berada di peringkat jawatan apa sekalipun, mereka perlu
menjaga batas iman, hukum dan aurat. Dalam batasan hukum contohnya, Islam
melarang bersentuhan antara lelaki dan wanita dan melarang membuka aurat kepada

6
awam. Hukum syarak menetapkan garis panduan yang wajib bagi setiap wanita yang
ingin keluar bekerja seperti menutup aurat, tiada unsur khalwat, tidak berjabat tangan
dan hendaklah merendahkan percakapan.

Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita boleh mencetuskan pelbagai masalah
sosial. Sekiranya wanita berada di dalam kumpulan lelaki, maka mereka dikehendaki
menjaga kesopanan diri pada setiap masa. Ini akan menambahkan ketenangan di
dalam diri wanita dan orang sekelilingnya. ‘Adawiyah Ismail dan Salasiah Hanin
Hamjah (2012).

4.0 Keseimbangan antara kerjaya dan keluarga boleh diperbaiki.

4.1 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di pejabat

Pekerja tidak dapat memberikan tumpuan dan komitmen sepenuhnya terhadap kerja
apabila sering memikirkan perihal anak ditinggalkan di pusat asuhan dan TASKA
lazimnya di kawasan berhampiran tempat tinggal mereka. Kebimbangan itu
mendorong pekerja untuk ambil jalan mudah dengan berhenti kerja demi kepentingan
anak, meskipun masih mahu menyumbang tenaga kepada syarikat, seperti yang
dilaporkan oleh Fatin Hafizah Mohd Sahar (2017).

Kemudahan TASKA di tempat kerja akan menyebabkan pekerja berasa tenang untuk
melakukan kerja kerana tidak perlu terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak di
pusat penjagaan yang lain. TASKA dalaman membolehkan pemantauan dijalankan
dengan baik dan selamat, mengurangkan risiko keselamatan kanak-kanak yang
ditinggalkan kepada pengasuh sepanjang waktu berkerja.

4.2 Waktu kerja anjal

Kejayaan majikan yang melaksanakan bekerja waktu anjal seharusnya dipuji dan
dijadikan contoh syarikat lain. Waktu bekerja boleh dipilih bergantung situasi yang
dihadapi kakitangan terbabit, iaitu jam 8:00 pagi hingga jam 5:00 petang, jam 9:00
pagi sehingga jam 6:00 petang dan jam 10:00 pagi hingga jam 7:00 petang. Halina
Mohd Noor dan Farhani Rahman (2018).

7
Selain pilihan waktu bekerja, kakitangan yang memerlukan boleh bekerja dari rumah
dalam tempoh ditetapkan atas sebab munasabah atau hanya perlu bekerja beberapa
hari dalam tempoh seminggu. Menerusi pilihan ini, mereka tidak perlu mengambil
cuti sakit atau cuti kecemasan sekiranya terpaksa menjaga anak sakit atau ibu bapa
yang tidak sihat di rumah, tetapi boleh menghantar tugasan dari rumah. Kakitangan
juga boleh membuat permohonan menukar waktu kerja mereka setiap tiga bulan
sekali mengikut keperluan masing-masing. Sepanjang bekerja dari rumah, kakitangan
perlu berhubung dan melaporkan kepada ketua unit masing-masing dan menyerahkan
tugasan ditetapkan melalui e-mel atau menelefon setiap hari. Mohd Mustafa Osman
(2018).

4.3 Pengendalian emosi

Untuk menjadi pekerja yang unggul mereka seharusnya memiliki kecerdasan emosi
yang tinggi. Orang yang cerdas emosi mampu mengatasi konflik, menyediakan
jambatan bagi melalui jurang, melihat setiap aspek positif daripada masalah, bersedia
menempuh segala halangan dengan lebih cekap dan cepat daripada orang lain. Namun
sebagai manusia kita memang tidak dapat lari daripada ketegangan emosi yang juga
akan turut menyumbang ke arah tekanan atau stres. Kementerian Kesihatan
Malaysia (2018).

Sebagai seorang yang bekerjaya dan berkeluarga adalah penting untuk sama-sama
mengurus atau mengendalikan emosi agar dapat melancarkan perjalanan samada
sebagai seorang pekerja, suami dan isteri. Oleh itu, adalah lebih baik ketegangan
emosi dapat diurus untuk mengelak diri daripada stres.

Bersikap realistik merupakan salah satu kaedah yang baik dalam mengurus emosi.
Tidak seharusnya pekerja membebankan diri untuk mencapai sesuatu yang tidak
mampu kerana hanya akan memberi kesan pada emosi diri yang akan mengakibatkan
komplikasi-komplikasi yang lain. Selain daripada itu, pergaulan yang luas juga
penting. Dengan adanya pergaulan antara rakan sekerja dan keluarga akan
membolehkan mereka untuk berkongsi idea, pandangan dan juga masalah yang

8
dihadapi. Lantaran itu, ia akan membolehkan mereka mengurus emosi dengan lebih
cekap. Mohd Mustafa Osman (2018).


5.0 Ringkasan

Keseimbangan antara kerja dan keluarga. Pekerjanya yang ramai dan jadual kerja
yang terancang

(2,500 patah
perkataan)

• Syabas mempunyai visi dan misi yang jelas


• Operasi syarikat yang kukuh yang tiada putus permintaan air
• Pekerja ramai
• Syabas menggalakkan pekerja bijak letak keutamaan kerja dan kerjaya
• Syabas peka dengan masalah hari / masa berkerja
• Pekerja perlu positif dan membina keluarga yang sejahtera bahagia
• Pengurusan syabas menghormati dan menyokong pekerja
• Isu pekerja wanita seperti tanggungjawab kepada keluarga, waktu berkerja
yang tidak anjal, batasan kerja dan tugas kerana fizikal ataupun fitrah dan batas
pergaulan boleh diatasi dengan …
• Taska, waktu kerja anjal dan pengendalian emosi antara yang dititik beratkan
oleh syabas agar keseimbangan kerja dan kerjaya adalah seiring sekaligus
mengurangkan stress dan produktiviti bertambah baik.

Boleh meringkaskan kesemua isi-isi utama tugasan: perbincangan mengenai keseimbangan antara kerjaya dan
bagaimana jika kebanyakan pekerja di tempat karja adalah wanita, yang boleh mempengaruhi pengurusan sumber
manusia di dalam organisasi yang dipilih, dan cadangan-cadangan.

9
6.0 Rujukan

Sharifah Hayaati Syed Ismail (2017). Mengusus Antara Keluarga dan Kerjaya

Organisasi:Analisis Melalui Pendekatan al-Tadayyun, al-Maqasid dan al-

Wasatiyyah. Akademika 87 (3) 195-206. Diambil dari

http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/17471/6642

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (2015). Laporan Prestasi 2015 [PDF]. Diambil dari

https://www.syabas.com.my/uploads/FINAL%20BM%20new.pdf

Mohd Mustafa Osman (10 Julai 2018). Temuduga peribadi.

BH Online (8 Oktober 2017). Tentukan keutamaan seimbang kerjaya, keluarga.

Dipetik dari

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2017/10/334632/tentukan-

keutamaan-seimbang-kerjaya-keluarga

Siti Zubaidah Othman et. al. (2014). Pengurusan Sumber Manusia. Open University

Malaysia [PDF]. Diambil dari

https://drive.google.com/file/d/0Bx3DITwBIn5hVDhoMlNPMjdrZWs/view

Harits Asyraf Hasnan (2016). Keseimbangan kerja, kehidupan buat kakitangan

KPWKM lebih produktif – Rohani. Diambil dari

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/keseimbangan-kerja-kehidupan-buat-

kakitangan-kpwkm-lebih-produktif-rohani-116085

10
Utusan Online (2014). Mewujudkan budaya kerja yang pdoduktif. Diambil dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140217/ek_04/Mewujudkan-

budaya-kerja-yang-produktif

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (2011). Laporan Kajian

Indeks

Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2011 [PDF]. Diambil dari

http://www.lppkn.gov.my/index.php/2014-04-23-06-10-37/indeks-kesejahteraan-

keluarga/29-laporan-kajian-indeks-kesejahteraan-keluarga-malaysia-2011/file.html

Halina Mohd Noor dan Farhani Rahman (2018). Waktu kerja anjal tangani masalah

pekerja wanita. Diambil dari https://www.bharian.com.my/wanita/lain-

lain/2018/07/445825/waktu-kerja-anjal-tangani-masalah-pekerja-wanita

Noorazwana Musida, Agnis Sombuling (2017). Pengaruh Konflik Kerja-Keluarga

Terhadap Kepuasan Hidup Dalam Kalangan Ibu Bapa Berkerja (Influence Of

Works-Family Conflict Towards Life Satisfaction Among Working Parents).

Journal Psikologi Malaysia 31 (3) (2017): 19-30 ISSN-2289-8174. Diambil dari

https://www.researchgate.net/publication/322197827_PENGARUH_KONFLIK_K

ERJA_KELUARGA_TERHADAP_KEPUASAN_HIDUP_DALAM_KALANGA

N_IBU_BAPA_BEKERJA_INFLUENCE_OF_WORK_FAMILY_CONFLICT_T

OWARDS_LIFE_SATISFACTION_AMONG_WORKIN PARENTS

‘Adawiyah Ismail dan Salasiah Hanin Hamjah (2012). Kefahaman Terhadap

11
Kedudukan Wanita Berkerjaya Menurut Islam. Journal al-Hikmah 4 (2012): 3-14.

Diambil Dari http://journalarticle.ukm.my/6752/1/14-65-2-PB.pdf

Salasiah Hanim Hamjah dan ‘Adawiyah Ismail (2012). Kaedah Mengatasi Tekanan

Dalam Kalangan Wanita Berkerjaya Dari Perspektif al-Ghazali. Jurnal al-Hikmah 4

(2012): 64-75. Diambil dari http://journalarticle.ukm.my/6757/1/19-70-2-PB.pdf

Fatin Hafizah Mohd Sahar (2017). TASKA di pejabat bantu wanita fokus kerja.

Diambil dari

https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2017/11/347603/taska-

di-pejabat-bantu-wanita-fokus-kerja

Kementerian Kesihatan Malaysia (10 Julai 2018). Stres dikalangan wanita berkerjaya

dan berkeluarga. Diambil dari

http://www.myhealth.gov.my/stres-di-kalangan-

wanita bekerjaya-dan-berkeluarga/

12

Anda mungkin juga menyukai