Anda di halaman 1dari 2

Media terdapat di mana-mana tempat.

Ia telah menjadi sebahagian daripada


kehidupan seharian kita. Media dibahagikan kepada dua aspek iaitu media cetak dan
media elektronik. Media cetak termasuk akhbar, majalah, buku dan bahan bercetak
yang lain manakala, media elektronik terdiri daripada radio, televisyen, internet dan
cinema. Media mempunyai potensi untuk membentuk personaliti, mengubah cara
kita melihat dan memahami dunia realiti langsung secara langsung. Media
memainkan peranan yang dominan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(pdpc). Berbicara mengenai media, satu hal yang langsung muncul di fikiran adalah
proses pdpc. Media memang memiliki hubungan yang sangat erat dengan dunia
pdpc. Media biasanya digunakan sebagai sarana untuk mempermudahkan dan
mempercepatkan aktiviti pembelajaran di sekolah, mahupun di tempat – tempat lain.
Menurut page Orang mempelajari konsep sesuatu yang abstrak dan konsep yang
baru dengan lebih mudah apabila ia dibentangkan dalam bentuk lisan dan visual.

Faktor utama bagi menilai keberkesanan media adalah kesesuaian media


dengan objektif pengajaran. Media yang dipilih oleh guru haruslah menepati objektif
yang akan diajar oleh beliau. Misalnya, jika guru ingin mengajar penjodoh bilangan,
guru tersebut harus menyediakan media yang sesuai dengan topik tersebut seperti
video tentang penjodoh bilangan, kad-kad imbasan yang berkaitan dengan penjodoh
bilangan. Dengan menggunakan media-media ini, murid dapat memahami isi
pembelajaran yang diajar dengan lebih baik. Selain itu, dalam subjek bahasa melayu
juga terdapat objektif ‘murid dapat membaca huruf dengan sebutan yang betul bagi
vokal dan konsonan. Bagi mencapai objektif ini, guru boleh menyayangkan audio
yang mengandungi sebutan huruf yang betul seperti ‘a’, ‘b’ dan ‘k’.

Seterusnya, media yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran harus


menarik perhatian pelajar. Guru boleh menayangkan beberapa video tetapi video
tersebut wajar menarik perhatian pelajar. Contohnya, dalam mata pelajaran sejarah
guru boleh menayangkan video-video yang berkaitan dengan subjek tersebut tetapi
bukan semua video akan menarik perhatian pelajar. Terdapat video yang hanya
mengandungi perkataan dan latar suara di belakang. Video sebegini pasti tidak akan
menarik minat pelajar. Mereka akan berasa lebih bosan. Jika guru ingin
menyayangkan video, beberapa aspek harus dititikberatkan. Misalnya, video tersebut
patut mengandungi animasi yang menarik, berwarna-warni, perkataan yang kurang
dan video yang pendek dan mengandungi isi. Media sebegini pasti menarik minat
murid dan melalui video ini mereka dapat mengembangkan intelektual spatial
mereka.

Faktor yang berikutnya ialah, media yang dipilih harus menggalakkan interakasi
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam abad ke-21 ini,
penglibatan murid di dalam kelas amat dititkberatkan. Oleh itu, guru-guru harus
melibatkan murid dalam pelbagai aktiviti di dalam kelas dan salah satu caranya ialah
dengan menggunakan media pengajaran. Media pengajaran pasti dapat melibatkan
interaksi murid di dalam kelas. Guru boleh mengunakan kad-kad bergambar dan
kertas mahjong semasa mengajar. Contohnya, dalam matapelajaran Inggeris,
terdapat topik ‘Insect investigator’. Bagi topik ini, guru boleh membahagikan kelas
kepada beberapa kumpulan dan memberikan teka-teki bergambar kepada setiap
kumpulan. Semua murid dalam kumpulan akan melibatkan diri dalam mencantumkan
teka-teki bergambar tersebut. Selepas selesai bercantum setiap kumpulan akan
mendapat satu gambar serangga yang berlainan.

Seorang guru wajarlah memilih media yang boleh menjelaskan konsep atau
prosidur yang diajarnya. Konsep atau procedure amat penting bagi memahami
sesuatu topik atau subjek. Contohnya, dalam mata pelajaran sains, terdapat
beberapa topik seperti ‘rusting’ dan ‘photosynthesis’ yang mengandungi eksperimen.
Eksperimen-eksperimen tersebut dapat dijalankan oleh murid jika mereka tahu
procedure dan konsepnya. Bagi mata pelajaran sebegini, guru boleh menayangkan
video tentang bagaimana tumbuh-tumbuhan mengalami proses fotosintesis dan
bagaimana sebatang paku berkarat apabila diletak dalam tiub yang berbeza. Selain
itu, guru juga boleh menggunakan peta aliran bagi menerangkan prosesnya.

Kesimpulannya, penggunaan media pengajaran hendaknya dipandang sebagai


bahagian integral dari suatu sistem pengajaran dan bukan hanya sebagai alat bantu
yang berfungsi sebagai tambahan yang digunakan bila dianggap perlu dan hanya
dimanfaatkan sewaktu-waktu. Media pengajaran hendaknya dipandang sebagai
sumber belajar yang digunakan dalam usaha memecahkan masalah yang dihadapi
dalam proses belajar-mengajar. Guru hendaklah benar-benar menguasai teknik-
teknik dari suatu media pengajaran yang digunakan. Guru seharusnya
memperhitungkan untung ruginya pemanfaatan suatu media pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai