Anda di halaman 1dari 6

ETE8024 / K07

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG


KM 3, JALAN TITI,
71600 KUALA KLAWANG, JELEBU.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

UNIT ELEKTRIK
KERTAS PENERANGAN
PROGRAM /
TEKNOLOGI ELEKTRIK
PROGRAMME
KOD KURSUS /
ETE 802
COURSE CODE
SEMESTER /
04 (EMPAT)
SEMESTER
NAMA KURSUS /
ETE8024 INDUSTRIAL MANAGEMENT
COURSE NAME

STANDARD
KANDUNGAN /
7 MENGANJURKAN LATIHAN DALAM PEKERJAAN
CONTENT
STANDARD

Pelajar-pelajar akan boleh:

7.1 Mengenalpasti jenis latihan


HASIL 7.2 Menyediakan surat jemputan
PEMBELAJARAN 7.3 Menyediakan bahan pembentangan
KURSUS /
7.4 Menyediakan jadual latihan
COURSE OUTCOMES
7.5 Memberi latihan

NAMA PELAJAR / ………………………………………………………………………………………………………………………………


STUDENT'S NAME …………
NO. KAD
PENGENALAN /IC ………………………………………………………………………………………….
NO.

TARIKH / DATE ………………………………………………………………………………………….

Unit Elektrik KVKK 2018 1 / 6


ETE8024 / K07

NAMA KURSUS ETE8024 INDUSTRIAL MANAGEMENT

STANDARD KANDUNGAN 07 MENGANJURKAN LATIHAN DALAM PEKERJAAN

1. PENGENALAN

Latihan dan pembangunan pekerja ialah aktiviti organisasi yang penting kerana pengaruhnya
terhadap produktiviti pekerja. Rajah 1 menunjukkan 6 elemen grafik hubungkait diantara
latihan dan pembangunan dalam fungsi pengrekrutan. Bahagian pengrekrutan dan pemilihan
membawa masuk pekerja-pekerja kedalam organisasi. Orientasi dan latihan membantu
pekerja baru untuk menjadi pekerja yang produktif dalam organisasi tersebut dan pekerja
yang berpengalaman dapat menerima perubahan dan kehendak kerja. Program
pembangunan memberi pekerja peluang untuk berkembang dan maju dalam kerjaya samada
dalam atau di luar organisasi. Penilaian Perlaksanaan tugas dijalankan untuk pekerja-pekerja
baru dan berpengalaman dalam mengenalpasti latihan tambahan dan pembangunan.
Keseluruhan proses tersebut meningkatkan kualiti sumber manusia organisasi tersebut,
dimana ia memenuhi kehendak pekerja dan seterusnya menyumbangkan kearah kelancaran
pergerakan organisasi (Ricks, Ginn, dan Daughtrey, 1995)

Menurut Poon (1994), latihan adalah merujuk pada segala usaha terancang organisasi untuk
memudahkan pembelajaran tingkah laku kerja yang tertentu. Usaha ini bertujuan
memperbaiki prestasi semasa dan prestasi masa depan pekerja dengan meningkatkan
kebolehan pekerja melakukan tugas-tugas mereka supaya objektif-objektif organisasi dapat
dicapai. Kebolehan pekerja dapat dipertingkatkan dengan mengubah sikap mereka atau
menambah kemahiran dan pengetahuan mereka. Manakala menurut Pertubuhan
Perkhidmatan Tenaga Kerja ( Manpower Services Commission ) latihan boleh didefinasikan
seperti berikut:
"Satu proses perancangan untuk merubah tingkahlaku, pengetahuan atau
kemahiran melalui pengalaman pembelajaran dalam mencapai kejayaan yang
berkesan melalui sesuatu aktiviti atau pelbagai aktiviti. Tujuanya adalah untuk,
(dalam suasana kerja) meningkatkan keupayaan seseorang dan memuaskan
kehendak semasa serta masa depan tahap guna tenaga organisasi tersebut"
Unit Elektrik KVKK 2018 2 / 6
ETE8024 / K07

2.0 Tujuan Latihan

Tujuan utama diadakan latihan adalah untuk memastikan bahawa organisasi tersebut dapat
mencapai pulangan yang memuaskan daripada pelaburan yang dibuat, terutamanya daripada
sumber yang paling penting (dan yang paling mahal) iaitu pekerja mereka. Oleh sebab itu,
tujuan utama latihan adalah mencapai sebarang perubahan dalam pengetahuan , kemahiran,
pengalaman, tingkahlaku, atau perangai yang mana melonjakkan keupayaan seseorang
pekerja itu. (Barry, 1994)

Menurut Poon (1994), latihan perlu diadakan apabila wujud suatu jurang kelainan antara
kebolehan seseorang individu dengan keperluan kerjanya, iaitu prestasinya berbeza daripada
prestasi yang dikehendaki oleh majikan. Khususnya, antara tujuan latihan adalah:

1. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja dalam bidang-bidang


yang tertentu.
2. Untuk menyesuaikan pekerja dengan sistem baru, prosedur dan cara kerja akibat
daripada kemajuan teknologi yang menyebabkan perubahan..
3. Menolong pekerja lama dan pekerja baru menyesuaikan diri dengan kehendak
sesuatu kerja baru dalam organisasi.
4. Terdapat pekerja baru.

Bagi pendapat G. A. Cole (1983), keperluan latihan timbul apabila terdapat kekurangan
pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan tingkahlaku dikalangan pekerja jika dibandingkan
dengan kehendak pekerjaan, atau keperluan organisasi akibat dari transformasi

3.0 Kaedah Latihan

Pada umumnya kaedah-kaedah latihan boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang paling
utama iaitu :

1. Latihan Semasa Bekerja (ON-THE-JOB TRAINING).


2. Latihan Luar Masa Bekerja (OFF THE JOB TRAINING).

3.1 Latihan Semasa Bekerja.

Latihan Sambil Bekerja meliputi beberapa kaedah seperti:

3.1.1 Demonstrasi (Demonstration)

3.1.2 Latihan bersama Jurulatih. (Coaching)

3.1.3 Latihan membuat kendiri. (do-it yourself training)

Unit Elektrik KVKK 2018 3 / 6


ETE8024 / K07

3.1.4 Pusingan kerja dan pelan pengalaman. (job rotation and planned experience)

3.1.5 Latihan berasaskan teknologi. (technology based training (TBT)).

3.1.1 Demonstrasi.

Demonstrasi atau kadang kala di gelar ‘sitting next to Nellie’, adalah merupakan kaedah yang
selalu digunakan ketika latihan dijalankan. Ia meliputi kaedah persembahan oleh jurulatih
untuk menyampaikan kandungan latihan menerusi pengalaman yang telah sedia ada. Kaedah
ini menekankan konsep model atau contoh-contoh fizikal untuk memudahkan pemahaman
pelatih. Hasilannya pelatih cepat memahami berdasarkan kepada model yang ditunjukkankan
tadi. Walaubagaimanapun, kaedah ini memberi kesan negatif kepada jurulatih sendiri.
Kepayahan untuk mendapatkan model yang benar-benar sesuai ujud apabila penerangan yang
diberikan bersama model yang ditunjukkan tidak dapat membantu pemahan pelatih.
Sebaliknya pelatih keliru dengan model tidak sesuai semasa penerangan. Disamping itu juga
kos yang agak tinggi diperlukan kerana implikasi dari model yang hendak digunakan tadi.

3.1.2 Latihan bersama Jurulatih.

Kaedah ini adalah berbeza dengan kaedah Demonstrasi dimana ianya adalah hubungkait
secara terus antara pelatih (individu) dan jurulatih dalam memberi arahan-arahan yang jelas.
Jurulatih akan bertindak sebagai juru pandu dan memberi sokongan kepada pelatih, dengan
lain perkataan jurulatih lebih membantu secara langsung kepada individu-individu supaya
segala persoalan tentang pengetahuan, skil dan pengalaman terjawab. Kaedah ini juga boleh
memudahkan pemahaman pelatih dimana sebarang bentuk kemusykilan akan dijawab oleh
jurulatih secara terperinci–dari satu individu kepada individu yang lain. Walaubagaimanapun
kaedah ini memerlukan masa dan kawalan yang lebih semasa latihan dijalankan. Masalah akan
ujud apabila jurulatih tidak mencukupi bagi satu-satu sesi latihan disamping kos yang agak
tinggi implikasi dari jurulatih yang lebih ramai.

3.1.3 Latihan Buat Kendiri.

Ia adalah merupakan asas terhadap kaedah pembelajaran kendiri dimana anggapan bahawa
pembelajaran yang paling efektif adalah apabila pelajar atau pelatih itu sendiri dapat
mengenal pasti apakah dia permasalahan yang dihadapi. Pendekatan yang digunakan pada
permulaannya, adalah pelatih dikehendaki mengenal pasti apakah tanggungjawab efektifnya
bersesuaian dengan maklumat yang mungkin ditemui, dan kemudiannya memberi pelatih
‘outline’ terhadap maklumat yang diperlukan dan berharap pelatih dapat menggunakannya
untuk menyiapkan sesuatu projek. Ia adalah sebahagian dari program yang dirancang bersama
laporan yang dihantar kepada seseorang seperti pengurus bahagian, ketua bahagian atau
orang yang bertanggungjawab didalam memastikan latihan dapat dijalankan dengan jayanya.

Unit Elektrik KVKK 2018 4 / 6


ETE8024 / K07

3.1.4 Pembelajaran Tindakan.

Dalam pembelajaran tindakan, sekumpulan pelatih pengurusan dikehendaki bekerja sepenuh


masa mengkaji dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh jabatan-jabatan
organisasi sendiri atau yang dihadapai oleh organisasi-organisasi lain. Setiap pelatih akan
diberi tugasan dalam projek-projek yang tertentu. Dari masa ke semasa, pelatih yang terlibat
akan bermesyuarat akan membincangkan penemuan dan kemajuan tugasan atau projek
masing-masing. Ahli-ahli kumpulan pembelajaran tindakan lazimnya akan mahu memperbaiki
sebarang kekurungan mereka jika kekurangan dirasakan sedang menjejskan keberkesanan
mereka dalam menjalankan tugasan mereka.

4.1.5 Pusingan Kerja

Latihan melalui pusingan kerja dilakukan dengan menempatkan pelatih dibeberapa jabatan
organisai secara bergiliran. Dengan cara ini, pelatih akan dapat memperolehi pelbagai
pengalaman kerja serta berpeluang melihat hubungan bahagian-bahagian organisasi secara
keseluruhannya. Pusingan kerja juga merupakan suatu cara yang baik untuk melengkapkan
pekerja dengan kemahiran pengurusan am. Pusingan kerja haruslah disesuaikan dengan
keperluan dan keupayaan pelatih supaya berkesan.

4.2 Latihan Luar Masa kerja

Latihan Luar Masa Bekerja maliputi beberapa kaedah seperti:

4.2.1 Kaedah Kuliah (Lecture)

4.2.2 Kaedah Kajian Kes. (Case Study)

4.2.3 Latihan Vestibul. (Vestibule Training)

4.2.4 Main Peranan. (Action Learning)

4.2.5 Permainan Pengurusan. (Business Games)

Unit Elektrik KVKK 2018 5 / 6


ETE8024 / K07

KOLEJ KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

UNIT ELEKTRIK

KERTAS KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA


ETE8024 INDUSTRIAL MANAGEMENT
KURSUS
STANDARD
07 MENGANJURKAN LATIHAN DALAM PEKERJAAN
KANDUNGAN

JUMLAH MUKA SURAT 6

Disediakan oleh :

…………………………………………………………………………………..
( NOR NABIHAH BINTI ZAINY @ AHMAD ZAINY )
PENSYARAH MODUL ETE 8024
UNIT ELEKTRIK
KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

Disemak oleh :

……………………………………………………………………………………….
( NOOR AMAN BIN RIDZUAN )
KETUA UNIT ELEKTRIK
UNIT ELEKTRIK
KOLEJ VOKASIONAL KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG.

Disahkan oleh :

………………………………………………………………………………………
( SABRI BIN MAT ZIN )
KETUA JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
KOLEJ VOKASIONAL KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG

Unit Elektrik KVKK 2018 6 / 6