Anda di halaman 1dari 6

ETE8024 / K06

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG


KM 3, JALAN TITI,
71600 KUALA KLAWANG, JELEBU.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

UNIT ELEKTRIK
KERTAS PENERANGAN
PROGRAM /
TEKNOLOGI ELEKTRIK
PROGRAMME
KOD KURSUS /
ETE 8024
COURSE CODE
SEMESTER /
04 (EMPAT)
SEMESTER
NAMA KURSUS /
ETE8024 INDUSTRIAL MANAGEMENT
COURSE NAME

STANDARD
KANDUNGAN / 6 MENGENDALIKAN PENILAIAN KAKITANGAN
CONTENT STANDARD

Pelajar-pelajar akan boleh:

6.1 Menetapkan kriteria penilaian


HASIL 6.2 Mengisi borang penilaian
PEMBELAJARAN 6.3 Memberi sokongan
KURSUS /
COURSE OUTCOMES

NAMA PELAJAR /
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
STUDENT'S NAME

NO. KAD
………………………………………………………………………………………….
PENGENALAN /IC NO.

TARIKH / DATE ………………………………………………………………………………………….

Unit Elektrik KVKK 2018 1 / 6


PROGRAM / PROGRAMME TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOD MODUL / MODUL CODE EEK 102
SEMESTER / SEMESTER 01 ( SATU )
TAJUK MODUL / MODUL TITLE EEK102 FUNDAMENTAL OF ELECTRICAL ENGINEERING
ETE8024 / K06

NAMA KURSUS ETE8024 INDUSTRIAL MANAGEMENT

STANDARD KANDUNGAN 06 MENGENDALIKAN PENILAIAN KAKITANGAN

1. PENGENALAN

Penilaian prestasi merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang penting dan sinonim
dengan pemberian pampasan dan faedah organisasi.Menurut Snell Bohlander (2007),penilaian
prestasi boleh didefinasikan proses yang kebiasaannya dilakukan oleh pengurus setiap tahun
terhadap pekerjanya.Menurut mereka penilaian prestasi direkabentuk untuk membantu pekerja
memahami peranan,objektif,jangkaan dan pencapaian prestasi.Gomez-mejia et al.(2007) pula
mendefinasikan penilaian prestasi sebagai satu system pengenalpastian,pengukuran dan
pengurusan prestasi sumber manusia dalam organisasi.Penilaian prestasi menurut Maimunah
Aminuddin (2007) pula merujuk kepada penilaian sistematik terhadap prestasi kerja
kakitangan.Prosuder ini bertujuan memotivasikan pekerja bagi mengurangkan jurang perbezaan
prestasi ketahap yang lebih baik.Berdasarkan definasi tersebut bolehlah dibuat kesimpulan
bahawa penilaian prestasi bertujuan untuk menilai tahap prestasi seseorang pekerja iaitu dengan
melakukan perbandingan pencapaian sebenar dengan pencapaian yang diharapkan dan telah
ditetapkan.

2. TUJUAN PENILAIAN PRESTASI

Penilaian prestasi bertujuan mengkaji prestasi kerja individu ditempat kerja.Kelemahan dan
keteguhan prestasi kerja akan menjadi input untuk pembangunan dan pendorongan pekerja pada
masa depan dan seterusnya menyumbangkan kepada keberkesanan organisasi untuk mencapai
tujuannya.Disamping itu,proses penilaian prestasi akan mewujudkan data untuk kegunaan
kenaikan pangkat dan kenaikan gaji.Penilaian yang dilakukan secara objektif merupakan data
yang lebih sah dan saksama untuk dibandingkan prestasi antara individu dengan individu yang
lain.

3. OBJEKTIF PENILAIAN PRESTASI

Objektif penilaian prestasi adalah untuk mengkaji prestasi individu untuk mencapai prestasi kerja
yang berkualiti.terdapat 5 objektif umum dalam melaksanakan penilaian prestasi iaitu;

Unit Elektrik KVKK 2018 2 / 6


ETE8024 / K06

3.1. Dijadikan Asas Dalam Membuat Keputusan Personal


3.2. Menyediakan Maklum Balas Terhadap Pencapaian Pekerja
3.3. Sebagai Peringatan Kepada Pengurus
3.4. Menyediakan Program Latihan Dan Pembangunan
3.5. Menetukan Ganjaran Yang Setimpal Untuk Pekerja

4. PROSES PENILAIAN PRESTASI

Kenalpasti Tetapkan Perlaksanaan


matlamat piawaian kerja kerja

Nilai prestasi
maklumbalas

5. ELEMEN-ELEMEN YANG DINILAI DALAM PENILAIAN PRESTASI


 Sifat
 Gelagat
 Hasil tugas
 Potensi untuk peningkatan

6. JANGKAMASA PENILAIAN PRESTASI


Penilaian prestasi yang formal biasanya dibuat mengikut jarak waktu tertentu.Kebanyakan
organisasi melakukannya sama ada setahun sekali atau setiap enam bulan sekali.Ada juga
memilih untuk membuat penilaian prestasi setiap tiga bulan atau empat bulan sekali.

7. KAEDAH PENILAIAN PRESTASI

Kaedah
gelagat

Kaedah Kaedah Penilaian Kaedah


sifat Prestasi hasil

Unit Elektrik KVKK 2018 3 / 6


ETE8024 / K06

 Kaedah Sifat
Didalam kaedah sifat,organisasi ini mengukur tahap penonjolan sesuatu cirri-ciri tertentu
oleh pekerjanya seperti tahap kebergantungan pekerja kepada orang lain,inisiatif dan
kerajinan.

o Skala Perkadaran Grafik


Ia adalah pendekatan penilaian pretasi yang menggunakan satu skala yang
menyenaraikan sekumpulan sifat tersebut.Pekerja dinilai dengan mengenalpasti skor
yang paling baik untuk menghuraikan tahap prestasinya untuk setiap sifat.
o Kaedah Penilaian Terpaksa
Dalam kaedah pilihan terpaksa,penilaian dibuat sama seperti menilai menggunakan
keluk taburan kekerapan;skor prestasi pekerja yang telah ditetapkan akan diletakkan
dalam kategori prestasi yang pelbagai.
o Dalam kaedah ini,penilai akan menulis sebuah karangtan menceritakan tentang
prestasi pekerja yang dinilainya.Karangan tersebut akan menumpukan kepada gelagat
yang paling banyak ditonjolkan oleh pekerja,bukannya prestasi kerja rutin
sehariannya.Penilai akan membuat kenyataan berkaitan prestasi masa
lalu,kekuatan,kelemahan dan potensi seseorang pekerja.Keberkesanan cara ini
bergantung kepada kebolehan penilai menulis dan memepersembahkan prestasi
pekerja dalam bentuk cerita.
o Kaedah Perbandingan Pasangan
Dalam kaedah ini ,pekerja akan dinilai melalui perbandingan sifatnya dengan sifat
rakan sekerja lain.Contohnya,sifat yang baik akan diberi ‘+’ manakala sifat yang kurang
baik akan diberi ‘-’.

 Kaedah Gelagat
Kaedah gelagat dalam penilaian prestasi merujuk kepada penilai yang akan melihat
gelagat dan tindakan yang ditonjolkan oleh pekerja semasa melaksanakan tanggungjawab
pekerjaannya.Kaedah gelagat lebih rasional berbanding dengan kaedah sifat kerana ia
berorentasikan tindakan pekerja yang dinilai.Terdapat beberapa jenis penilaian prestasi
dalam kaedah gelagat iaitu;

o Kaedah Peristiwa Genting


Peristiwa genting adalah kejadian luar biasa yang boleh menunjukkan prestasi baik
atau prestasi buruk seseorang pekerja dalam pekerjaannya.Dalam kaedah
tersebut,penilai akan memerhati dan memberi markah kepada gelagat yang dianggap
kritikal untuk membezakan prestasi baik dan tidak baik.
o Kaedah Senarai Semak Gelagat
Di sini,penilai akan menyemak beberapa kenyataan gelagat pekerja yang telah
disediakan dalam sekeping boring senarai semak.Contohnya,kenyataan-kenyataan
gelagat seseorang setiausaha boleh berbunyi seperti:
berupaya menaip dengan kelajuan 130 patah perkataan dalam masa
seminit.

o Skala Perkadaran Berdasarkan Gelagat


Ia diasaskan daripada kaedah peristiwa genting.Satu kala menegak yang mengandungi
skor bagi setiap gelagat akan dibina dan pekerja akan diberikan skor mengikut gelagat
yang mereka tunjukkan.

o 2018
Unit Elektrik KVKK Skala
Pemerhatian Gelagat 4 / 6
Ia seakan-akan sama dengan skala perkadaran berasaskan gelagat kerana iajuga
diasaskan daripada kaedah peristiwa genting.Perbezaan diantara kedua-duanya
adalah skala pemerhatian gelagat melihat kekerapan sesuatu gelagat itu ditunjukkan
oelh pekerja.Kekerapan ini akan dicatatkan dan diberi skor oleh penilai.
ETE8024 / K06

 Kaedah Hasil
Ia adalah satu kaedah popular di kalangan organisasi kerana ia memberikan satu ukuran
yang boleh dinilai dan dibandingkan oleh pengurus.Ukuran-ukuran seperti jumlah
jualan,jumlah jam bekerja dan jumlah output pengeluaran.Peningkatan prestasi yang
terletak ditangan pekerja memerlukan pengurus menurunkan sedikit kuasanya kepada
para pekerja supaya mereka lebih bermotivasi dan tekun menjalankan tugas.Terdapat dua
jenis penilaian prestasi mengikut kaedah hasil iaitu;

o Ukuran Produktif
Ukuran produktif merujuk kepada tahap output yang Berjaya dihasilkan oleh
seseorang pekerja.Ia boleh jadi dalam bentuk unit barangan,nilai matawang,jam dan
sebagainya.Ukuran produktiviti berkait secara langsung dengan pencapaian pekerja
dan juga membantu organisasi mencapai objektifnya.Ia mudah digunakan tetapi
adakalanya produktiviti yang ditunjukkan oleh pekerja tidak menggambarkan prestasi
sebenar mereka.Prestasi produktiviti tersebut mungkin telah dicemari oleh faktor-
faktor yang tidak dapat dikawal oleh pekerja berkenaan.

o Pengurusan Melalui Objektif (MBO)


Pendekatan MBO diperkenalkan oleh Peter Drucker pada tahun 1954.MBO
memerlukan organisasi menetapkan matlamat yang boleh diukur dan mendapat
persetujuan pekerjanya sebelum prestasi kerja sebenar diukur.Matlamat yang akan
ditetapkan mestilah selari dengan matlamat organisasi.Usaha pekerja untuk mencapai
matlamat tersebut akan dinilai secara berkala.Semakan terhadap objektif akan dibuat
semasa proses penilaian supaya objektif yang ditetapkan itu realistic untuk
dicapai.Keburukan MBO adalah ia memerlukan masa yang panjang untuk
menetapkan matlamat dan juga menyemak matlamat.

8. CIRI CIRI SISTEM PENILAIAN PRESTASI BERKESAN

8.1 Temuduga Penilaian Prestasi


Didalam sIstem penilaian prestasi,penilaian bukan sahaja dikehendaki mengisi borang
laporan penilaian prestasi pekerjanya,tetapi kadangkala mereka perlu menjalankan sesi
temuduga .terdapat beberapa proses temuduga penilaian prestasi seperti;

8.1.1 Temuduga cakap dan pujuk

8.1.2 Temuduga cakap dan dengar

8.1.3 Temuduga penyelasian masalah

9. KESIMPULAN
Penilaian yang dijalankan oleh organisasi adalah sebahagian daripada aktiviti pengurusan
prestasi.Ia dilaksanakan oleh organisasi untuk tujuan pentadbiran dan pembangunan.Maklumat
yang diberikan daripada penilaian prestasi amat berguna untuk menjayakan fungsian lain dalam
pengurusan sumber manusia seperti latihan dan pembangunan,pentadbiran
pampasan,pembangunan kerjaya dan sebagainya.Proses penilaian ini amat berguna untuk
sesebuah organisasi kera prtoses ini dapat meningkatkan prestasi kerja seseorang dan dapat
meningkatkan prestasi syarikat.
Unit Elektrik KVKK 2018 5 / 6
ETE8024 / K06

KOLEJ KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

UNIT ELEKTRIK

KERTAS KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA


ETE8024 INDUSTRIAL MANAGEMENT
KURSUS
STANDARD
06 MENGENDALIKAN PENILAIAN KAKITANGAN
KANDUNGAN

JUMLAH MUKA SURAT 6

Disediakan oleh :

…………………………………………………………………………………..
( NOR NABIHAH BINTI ZAINY @ AHMAD ZAINY )
PENSYARAH MODUL ETE 8024
UNIT ELEKTRIK
KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

Disemak oleh :

……………………………………………………………………………………….
( NOOR AMAN BIN RIDZUAN )
KETUA UNIT ELEKTRIK
UNIT ELEKTRIK
KOLEJ VOKASIONAL KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG.

Disahkan oleh :

………………………………………………………………………………………
( SABRI BIN MAT ZIN )
KETUA JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
KOLEJ VOKASIONAL KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG

Unit Elektrik KVKK 2018 6 / 6