Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN

PROGRAM KESELAMATAN DAN DEMONSTRASI MEMADAMKAN KEBAKARAN


BERSAMA ANGGOTA BOMBA DAN PENYELAMAT CAWANGAN KENINGAU TAHUN 2018

1. Nama aktiviti : Program Keselamatan dan Latihan Kebakaran Bersama


Anggota Bimba dan Penyelamat Cawangan Keningau Tahun 2018
2. Tarikh : 26 April 2018 (Khamis)
3. Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
4. Tempat : Padang Sekolah
5. Sasaran : Semua warga SK Tetagas
6. Jumlah : 477 orang
7. Objektif :

a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid


kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan
b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik
dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran
c) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba
dan agensi keselamatan yang lain.
d) Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh
disiplin.
8. Penceramah : Pegawai Bomba dan Penyelamat Cawangan Keningau dengan
kerjasama Pasukan Bomba Sukarela Nabawan.
9. Warga Terlibat: Semua warga SK Tetagas

10. Ulasan :Program keselamatan dan demonstrasi memadamkan kebakaran


berjalan sedikit lewat dari masa yang dirancang ekoran perjalanan
pegawai bomba dari Keningau ke Nabawan. Walaubagaimanapun, sesi
demonstrasi memadamkan kebakaran berjalan dengan baik dan murid-
murid serta warga sekolah diberikan pendedahan mengenai teknik dan
cara yang betul menggunakan pemadam api dalam memadamkan
kebakaran.

1
11. Cadangan :
a) Program Keselamatan seharusnya dilakukan secara berperingkat yang merangkumi
ceramah keselamatan yang efektif agar objektif program lebih tercapai.
b) Pili paip bomba sepatutnya disediakan di dalam kawasan sekolah kerana pili paip bomba
yang berada di luar pagar hadapan sekolah menyulitkan usaha menyalurkan sumber/punca
air ke tempat kebakaran.
c) Pemadam api yang dibekalkan kepada sekolah ada yang telah melepasi tarikh luput dan
perlu ditukar dengan segera. Surat permohonan akan dibuat ke agensi yang
bertanggungjawab.

12. Rumusan :
Secara keseluruhannya, program keselamatan dan demonstrasi memadamkan kebakaran
ini berjalan dengan lancar dan diharapkan agar semua warga sekolah dapat mempraktikkan
langkah-langah keselamatan pada setiap masa agar dapat menggelakkan kejadian yang
tidak diingini berlaku.

13. Lampiran : Sila lihat lampiran sebelah.

Disediakan oleh, Disediakan oleh,

______________________ ___________________
(EDNA VIANNEY BT JENIS ) ( ALIX KUNJIN )
Guru Penyelaras Bimbingan dan Penolong Kanan Pentadbiran
Kaunseling Sk Tetagas Nabawan.
Sk Tetagas Nabawan.

2
Gambar-gambar Aktiviti:

Sebaik sahaja siren kecemasan dibunyikan oleh pegawai bomba, semua warga sekolah
bergerak ke padang sekolah bagi sesi fire drill dan pemeriksaan keselamatan.

3
Acara demonstrasi memadamkan kebakaran yang dikendalikan oleh pasukan sukarelawan
bomba Nabawan.

4
Pegawai bomba sedang menyampaikan taklimat keselamatan kepada warga sekolah.

Ustaz Noorsham sedang menyalakan api untuk sesi demonstrasi memadamkan api
menggunakan alat pemadam api.

5
Dua orang murid sedang mencuba untuk memadamkan kebakaran menggunakan alat
pemadam api sambil diperhatikan oleh pegawai bomba dan warga sekolah.

6
Sesi ceramah singkat dan majlis penutupan Program Keselamatan dan Demonstrasi
Memadamkan Kebakaran diadakan di Dewan Terbuka SK Tetagas.

Pegawai bomba sedang menyampaikan taklimat keselamatan kepada warga sekolah.

7
Plag cendera kenangan kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Keningau.

Guru Besar Encik Bungkias Angkapok menyampaikan sijil dan plag cendera kenangan
kapada pegawai bomba sebagai tanda penghargaan.

Anda mungkin juga menyukai