Anda di halaman 1dari 2

Chee Keong pergi ke pusat sumber untuk mencari buku cerita.

Dia
telah memilih cerita yang bertajuk ‘Telur Ayam’ untuk menyertai
pertandingan bercerita. Selepas Chee Keong menyampaikan cerita
“Telur Ayam” di dalam kelas, Cikgu Goh meminta Chee Keong
menampalkan cerita itu pada papan kenyataan.

Telur Ayam

Buyong dan Lamai bersahabat baik. Buyong menanam kacang tanah

manakala Lamai menternak ayam telur. Mereka sering bertukar telur dan
kacang tanah. Pada suatu hari, Buyong dan Lamai bertengkar.

Pak Jani meminta mereka berdamai. Lamai bersetuju tetai dia

memberikan beberapa syarat. Dia meminta Buyong memulangkan semula
telur ayam yang telah diberikan. Selain itu, dia mahu semua ayam yang
telah menetas daripada telur itu.

Pak Jani menghampiri Buyong lalu berkata, “Kamu pernah memberikan

apa-apa kepada Lamai?”

“Saya pernah memberikan kacang tanah kepadanya,” kata Buyong.

“Kalau begitu, pulangkan semua kacang yang telah kamu makan itu,
Lamai,” kata Pak Jani.

Lamai terdiam.

“Kaua begitu, sudah tentu kamu berdua tidak dapat mengeluarkan

kacang tanah dan telur ayam dari mulut kamu. Oleh itu, eloklah kamu
berdamai,” nasihat Pak Jani.

Buyong dan Lamai berjabat tangan. Sejak hari itu, mereka menjadi
sahabat karib semula dan saling menolong antara satu sama lain.
Chee Keong pergi ke pusat sumber untuk mencari buku cerita. Dia