Anda di halaman 1dari 40

http://kronikapemuda.blogspot.

com (lawat,like,follow,sebar)

Dirumus khas untuk Anda 

MODUL
BELAJAR
SPM:

BAHASA MELAYU A+
FORMAT SPM TERKINI
II. TIPS KARANGAN RANGSANGAN
III. TIPS KARANGAN BAHAGIAN B(100 MARKAH)

TIPS CARA MENCANTIKKAN LAGI KARANGAN


V CARA BINA AYAT KARANGAN “POWER”
VI. I PERIBAHASA
I
.
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

FORMAT SOALAN BAHASA MELAYU SPM SEJAK TAHUN 2004


http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

TIPS KARANGAN BAHAGIAN A (30 MARKAH)

BAGAIMANA MEMBINA PERENGGAN

Karangan A - Bahan Rangsangan

Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah kata, pastikan
anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah kata tidak akan dibaca.
Tuliskan jumlah perkataan yang betul.

Saya cadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu perenggan jadi jumlah 180.

30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah kata. Rancang
perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting. Rujuk Karangan
Respons Terbuka.

Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang
umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.

Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut
mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau
kaitan dengan surat khabar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.

Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.
Sumber: http://cikguliz.blogspot.com/search/label/SPM
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

PANDUAN MENJAWAB KARANGAN

Karangan Bahagian A - Bahan Rangsangan

a. Karangan yang ditulis mestilah berasaskan tema bahan rangsangan yang diberikan.

b. Bahan rangsangan boleh terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, iklan, graf, carta, poster dan
sebagainya.

c. Karangan yang ditulis mesti mempunyai pengenalan atau pendahuluan.


Bahagian ini amat penting kerana mencerminkan isi yang ditulis seterusnya.

d. Pendahuluan mesti membincangkan tema bahan rangsangan secara khusus dan mesti ditulis ringkas, padat
serta ditulis dalam satu perenggan (anggaran
20 patah perkataan).

Pelajar perlu menyatakan 3 isi yang relevan dengan tema dan mesti diolah dengan baik.

Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (anggaran 70 patah perkataan
setiap satu isi).

Isi mesti disusun mengikut kepentingan dan disusun rapi.

Kesimpulan mestilah ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah perkataan). Ia mestilah ringkas,
padat dan dapat merumus tema yang dibincangkan.

Ciri-ciri Karangan Yang Baik

Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas


Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema dan sebaik-baiknya isi tersirat.

Perenggan mesti kemas dan sesuai.


Satu perenggan, satu isi dengan huraian isi serta contoh.
Perenggan dan isi mesti berkaitan dengan yang sebelumnya.
Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami.
Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan.
Gunakan peribahasa, cogan kata atau ungkapan yang menarik.
Gunakan penanda wacana yang sesuai.
Isi diolah dengan baik untuk menunjukkan kematangan.
Mesti mengelakkan penggunaan bahasa pasar.
Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.

Kriteria Pembahagian Markah


a. Kefahaman dan kebolehan pelajar memahami tema bahan rangsangan yang diberikan sama ada
relevan atau tidak.

b. Keupayaan pelajar mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi dan setiap isi haruslah disertakan dengan
huraian lanjut dan contoh yang sesuai.
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

c. Setiap isi, fakta dan contoh yang dikemukakan harus juga sesuai dengan keadaan semasa dan
mempunyai kematangan fikiran.

d. Aspek bahasa pelajar pula akan dinilai dari segi penulisan yang lancar dan kemas, tiada kesalahan
tatabahasa yang berat, perenggan yang betul dan kemas, menggunakan tanda bacaan dan huruf besar
yang tepat.

Aspek-aspek Yang Dinilai

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi dikembangkan.

Ejaan dan struktur ayat.

Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat.

Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.

Pendahuluan atau pengenalan.

Penutup atau kesimpulan karangan.

Tulisan yang jelas.

Pemerengganan.

Kesantunan bahasa.

Kelemahan Calon

a. Pengenalan tidak menarik.

b. Isi tidak menepati tema.

c. Isi tidak dihuraikan.

d. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.

e. Perenggan tidak disusun dengan sempurna.

Banyak kesalahan ejaan.

Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.


http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

h. Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.

Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.

Isi yang diulang-ulang.

Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja.

Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada

Sumber: http://www.cemerlangbm.com/spm_kertas1_a_ulasan.html
TIPS KARANGAN BAHAGIAN B (100 MARKAH)

KEMAHIRAN MENULIS ( KM )

Kemahiran aras tinggi selepas mendengar, bertutur dan membaca.


Peringkat menengah atas, kemahiran menulis jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

OBJEKTIF KM TINGKATAN 4

Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan dan
ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii)

OBJEKTIF KM TINGKATAN 5

Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif menggunakan bahasa yang gramatis dan
laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas. Ceraian (viii)

JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF


Syarahan
Ceramah/Ucapan
Perbahasan
Rencana
Laporan
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

Wawancara/Dialog
Perbincangan
Surat
Surat Tidak Rasmi
Berita
Penerangan Fakta
Komentar
Minit Mesyuarat
Ulasan/Kritikan

JENIS KARANGAN KREATIF


Cerpen
Skrip Drama
Sketsa
Cerita berdasarkan peribahasa

BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 )

EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN

1.Bahasa yang gramatis


Tatabahasa Dewan
Daftar Ejaan Rumi
Kamus Dewan terkini

2.Laras yang tepat


Variasi bahasa
Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan

3.Pertautan idea
Perhubungan yang erat ( kohesi )

Kejelekitan

Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut ( koheren )

4.Wacana yang kemas


Sebuah karangan yang lengkap
Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup

PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN

TIGA PILIHAN PERENGGAN :


Perenggan Deduktif
ayat topik diikuti oleh ayat huraian
Perenggan Induktif
ayat huraian diikuti oleh ayat topik
Perenggan Deduktif-Induktif
ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

SOALAN CONTOH

Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya
institusi keluarga.

Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota
keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.

FOKUS SOALAN
Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang
melanda negara kini (kemelut ekonomi).

RANGKA KESELURUHAN

Pendahuluan Ayat Rangsangan


Ayat Fokus
Ayat Arah
Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung
Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan
Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru
Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran
Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga
Penutup Pendirian, pandangan, harapan

JENIS-JENIS PENDAHULUAN

PENGEMBANGAN ISI

Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya.

FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI


ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb

AT ( Ayat Topik ) Isi utama

AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa ( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I)

AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi


AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan

1I ( SEKIRANYA )
Merujuk kepada KBKK
Kaitan atau perhubungan
Membanding atau membeza
Meramal
pb merujuk kepada peribahasa
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

CONTOH APLIKASI RUMUS


Menabung

(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya
sahaja yang berbeza.

(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara.
(Apa yang harus dilakukan ?)

(AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah
memadai.

( Mengapa? )

(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana
jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?)

(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap
anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)

(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan
untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung. ( Siapa ? )

(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung,
tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )

(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa
atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? )

(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa)

CONTOH APLIKASI RUMUS

Merancang perbelanjaan

(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba masanya
untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.

(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi
untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? )

(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap hari,
minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? )

(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua anggota
keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? )
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga merancang
dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?)

(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali
membeli belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan. ( Sekiranya )

(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku
pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.

(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah
disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN
CEMERLANG IALAH :

ISI CUKUP DAN BERKEMBANG


SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI
GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN
ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb
SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN
BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI
PERENGGAN SEIMBANG
ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK )
SATU ISI -SATU PERENGGAN

KESIMPULAN
Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis.
Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.
Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.
Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah
pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.

PENUTUP KARANGAN

Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah
dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang telah
dibincangkan.

Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah
dibincangkan.

Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah
tiba ke penghujung.

Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan
kesimpulan dan memberi kesan.

Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan.
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan
terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.

CONTOH KARANGAN BAHASA MELAYU

Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana yang bertajuk
“Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara”. Tulis rencana itu selengkapnya.

Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara Oleh: Mohd Shahir Mohd Shah

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta
tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah
mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi
sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-
atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah
menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet
kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran “jaguh kampung?”
Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun
pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan
mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara
lain dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk
yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di
Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini, sering menjadikan persatuan
berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka.
Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah
“dianak tirikan” oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami
perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan
jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh
individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya
memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta
beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, “hanya jauhari yang mengenal
manikam”.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam
usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat
antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup
banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis
Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-
aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung
dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang
dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak
negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-
program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para
atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton
Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah
penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya “gandingan emas”, Koo
Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia
bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah
untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya “sinar di
hujung terowong” dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara
lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta
menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak
mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah
kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang
berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk
persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian
ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas
senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam
pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh
dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, “seperti melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya ia menuntut
iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan
malahan peminat sukan tanah air.

Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia
sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia
kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan
pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara
seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan
akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan
kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan
akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di
tangan, perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat
Malaysia. “Majulah sukan untuk Negara!
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

CARA UNTUK MENCANTIKKAN LAGI KARANGAN

FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang -mendukung kebenaran yang kita
sepakati

-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni


-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi

-menjadi cerucuk utama pembangunan


-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan

-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi -muafakat merupakan inti
kepada perpaduan

-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat -nilai keinsanan yang syumul

-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat -pandangan pro dan kontra yang
dipaparkan -pelbagai cabaran yang bakal menghambat

-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat -pembentukan masyarakat sakinah

-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini -pendedahan oleh pihak
media massa menghangatkan senario ini -perlu dibaja kembali

-perubahan yang diharap masih belum menjelma


-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

-kita perlu mengorak langkah


-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa -masa depan menjanjikan
cabaran di luar jangkaan -masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi

-masalah sosial dan susila yang meruncing


http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit

-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan -melangkah dengan seribu kekuatan

-melontarkan soalan yang cukup penting


-melupakan cita-cita yang lebih luhur

-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu -membebaskan mereka
daripada belenggu kejahilan dan kegelapan -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta

-membimbing mereka memenuhi impian


-membina impian masa depan yang lebih gemilang

-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat

-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung -menaburkan nilai kebendaan yang tidak
bertahan lama -menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak -menampilkan wajah baru yang
disulami tekad -menangkis tuduhan yang tidak berasas -mencapai tahap yang mencemaskan

-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini

-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya -mendapat perhatian dan
liputan media massa -mendepani masa depan yang tidak menentu

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini
tentang isu …

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini
menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara
yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai
permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …


Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci
demi kebaikan bersama.

Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu
diperincikan demi kebaikan bersama.

Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera
untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan
…….

Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus
dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

Kita dapat menyaksikan betapa…


Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
Lazimnya, dalam keadaan …
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
Pada hemat saya …
Pada pandangan saya …
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
Sebagaimana yang kita ketahui
Sebagaimana yang kita maklumi
Sejak awal lagi
Sejak kebelakangan ini
Selain itu, pada masa ini juga
Seperti yang telah dinyatakan
Umum mengetahui bahawa
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

Bagi sesetengah orang …


Begitu juga dengan …
Begitu juga halnya dengan …
Bertitik tolak daripada itu …
Bukan itu sahaja …
Dalam hal ini …
Dalam konteks ini ..
Dalam zaman yang serba canggih ini …
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
Dengan adanya …
Dengan berbuat demikian …
Dengan perkataan lain ..
Disebabkan hal itu
Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
Hal ini berlaku disebabkan
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

Hal ini penting dalam


Hal ini serupa dengan
Hal yang serupa berlaku apabila
Ini disebabkan
Ini membuktikan bahawa
Ini menggambarkan bahawa
Ini secara tidak langsung akan
Ini semua meninggalkan kesan kerana
Ini tentu sekali membuatkan
Jadi kita perlu
Jadi kita hendaklah

Keadaan ini tentunya


Lantaran itu sehingga kini
Kesemua ini menyumbang kepada
Kita mengakui hakikat bahawa
Kita sering menonton di kaca televisyen
Kita sering membaca di dada-dada akhbar
Memandangkan keadaan yang sedemikian
Namun sejak kebelakangan ini
Oleh itu, bolehlah dikatakan
Secara logiknya masa yang
Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
Keadaan ini seharusnya boleh
Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
Kendatipun demikian, kita masih
Yang paling nyata ialah
Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak


Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan

Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan
bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

Sebagai contohnya
Biar kita lihat
Biar kita ambil contoh
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
Sebagai analoginya,
Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

Intihanya,
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

Konklusinya,
Dengan ini diharapkan
Bukan itu sahaja
Mudah-mudahan perkara ini
Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa

Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah
perkara ini akan …

Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-
besar dosa ialah berdusta.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada
wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat
menunjukkan kesalahan kamu.

Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan
jauh jiwa hamba. ~Usman Awang

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan"
~Surah Yusuf:18

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk
melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz

"Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap
profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera
(Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)

"Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara
umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja
Ungku Aziz

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.


Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa
yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya
mati. ~ Saidina Ali Abu Talib

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari
esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh
dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.


Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia
akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya
akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat
dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk
berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh
diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Bahagian 2
Penanda permulaan karangan
Pada era globalisasi ini,
Pada zaman pascakemerdekaan ini,
Dalam meniti arus kemodenan ini,
Dewasa ini,
Pada masa ini,
Kini,
Dasawarsa ini,
Dalam meniti kehidupan pada marcapada,

Sejak sedekad yang lalu,


Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
Kebelakangan ini,
Belakangan ini,
Sejak akhir-akhir ini,

Penanda memulakan isi baharu


Selain itu,
Di samping itu,
Sementara itu,
Lebih-lebih lagi,
Dalam pada itu,
Lain daripada itu,
Pada waktu yang sama,
Dalam pada itu,
Seterusnya,
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

Penanda huraian isi karangan


Hal ini demikian kerana
Hal ini berlaku kerana
Hal ini terjadi kerana
Hal ini disebabkan oleh
Hal ini wujud akibat daripada
Hal ini bersangkut-paut dengan
Hal ini berpunca daripada
Hal ini tercetus apabila
Hal ini timbul apakala

Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya,

b) Contohnya,

c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya,

e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti

Penanda menghuraikan contoh


Hal ini mengakibatkan
Hal ini menyebabkan
Oleh itu,
Maka,
Oleh hal yang demikian,
Oleh sebab itu,
Jelaslah bahawa
Justifikasinya,

Penanda menutup isi a) Kesannya,

b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu,

f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian,

Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh:

Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_
membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

justeru
malah
malahan
tambahan pula
sementelahan
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

sekali gus
di samping
bahkan
malar-malar

Penanda memulakan perenggan penutup a) Kesimpulannya,

b) Intihanya,

c) Secara tuntas, d) Konklusinya,

e) Sebagai penutup wacana,

f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan,

Secara total,

Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a) Walau bagaimanapun,

b) Walakin begitu, c) Namun demikian,

d) Daripada perspektif yang berbeza, e) Jika dilihat dari sudut lain,

f) Dengan kata lain, g) Kontradiksinya,

Di sebalik itu, j) Dalam pada itu, k) Dari sudut lain,

Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa


Bak kata peribahasa, .......
Bak kata peribahasa Melayu, ............

Bak kata orang tua-tua, ...........


Bak kata mutiara, .........
Bak peribahasa, ............
Bak kata cendekiawan, .............
Persis kata peribahasa, ............
Persis kata peribahasa Melayu, .............
Persis kata orang tua-tua, ............
Persis kata mutiara, ............
Persis peribahasa, ...............
Persis kata cendekiawan, .............
Hal ini sama dengan peribahasa ..........
Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
Fenomena ini dikatakan
Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahas
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

KERTAS 2
SOALAN 1: Rumusan
(30 markah)

STRATEGI MERUMUS KARANGAN

PETIKAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran
dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap
lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang
berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan
setempat yang aman dan harmoni.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku
pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah
memberikan petolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat
diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara.
Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat
yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita
kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin
keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya
samseng.

Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan
semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-
kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif
melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa
ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk,
bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan
mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang
kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan
persefahaman yang mantap sesama jiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada
dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar
sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan
yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan
kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang
akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)

STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT STRATEGI 1:

Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,

Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan. (masa dicadangkan 2 minit)

Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman. (masa dicadangkan 5 minit)

STRATEGI 2:

Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan perkataan-perkataan tersebut.

Fokus 1 = Isi tersurat


Fokus 2 = Isi tersirat

Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiran merupakan fokus
untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan
fokus untuk isi tersirat.

CONTOH 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran
[ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. [ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

STRATEGI 3:

Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1.
Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan dalam
setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri
masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam
(menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni). [ISI 1]

Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1.
Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku
pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah
memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat
diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara.
(Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan
manfaat yang besar kepada kita) [ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran
yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu
padu (mampu menjamin keselamatan setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian,
penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1.
Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

(Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah) [ISI 5]
dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan
kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung) [ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil
inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak
menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang
buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama
dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya (dapat menjana program yang
menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada
persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1.
Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan
damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran). [ISI 8] Jiran yang baik ialah
jiran yang berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian
pintar sesama mereka). [ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit
permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1.
Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam (menentukan
kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara) [ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera
sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

STRATEGI 4:

Senaraikan Fokus 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan kira jumlah perkataannya.

Isi-isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran

Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ]


Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]

Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada kita. [ 11 ]

Atau
Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]
Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]

Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]

Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]

Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat setempat. [ 9 ]

Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]

Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama
mereka. [ 11 ]

Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]


http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

STRATEGI 5:

Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.

PERINGATAN:
Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu memasukkan kesemua isi kerana
jumlah perkataan yang agak terhad. Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 –
65 patah perkataan.

Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama perenggan isi tersurat.

CONTOH:

Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain
mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan
kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat
membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 46 patah perkataan ]

B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT

STRATEGI:

Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan yang diberikan.
Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara memupuk semangat kejiranan.

Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi tersurat dan Fokus 2
dalam arahan soalan.

Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.

Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.

STRATEGI 1:

Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan.

CONTOH :

- Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia


http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

memberi pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]

Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin atau ambil berat hal ehwal
jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan kejiranan / bertegur sapa / saling mengenali [ konsep :
Interaksi tidak formal ]

Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.

Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat.

Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun tetangga / persatuan belia /
JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]

Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan

Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak sombong / berbaik sangka
dengan jiran .

STRATEGI 2:

Membina perenggan isi tersirat.

CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan
mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu
memupuk semangat kejiranan.
[ 23 patah perkataan ]

C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN

STRATEGI :

Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.

Kenal pasti Fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan Fokus 1 itulah penfahuluan rumusan karangan
dapat kita hasilkan.

Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu menjadi ayat anda sendiri.

Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.

Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan / membicarakan …….


http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

CONTOH PENDAHULUAN:

Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran

Pendahuluan:

Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita.

atau

Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup berjiran dalam


masyarakat

D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN

Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.


Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.

Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut berserta kesan atau akibat
cadangan / harapan tersebut.

Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan atau akibat cadangan dengan
menggunakan kata hubung, ‘agar, supaya, demi’.

Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan
ayat kesimpulan.

Contoh : Kesimpulannya, ….Justeru, …

CONTOH KESIMPULAN:

Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan

Atau

Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam masyarakat dengan berkesan
agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat diwujudkan.

CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP

Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat.

Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain
mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi
http://kronikapemuda.blogspot.com (lawat,like,follow,sebar)

pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan
setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup
berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan
mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu
memupuk semangat kejiranan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.

[ 100 patah perkataan]

Anda mungkin juga menyukai