Anda di halaman 1dari 10

KURSUS ORIENTASI KSSM MATEMATIK TINGKATAN 3

Panduan Menyediakan Aktiviti GeoGebra

Standard Kandungan: 5.1


Standard Pembelajaran: 5.1.2 dan 5.1.3

Aplikasi yang digunakan dalam aktiviti ini ialah GeoGebra Classic 5.

1. Buka aplikasi GeoGebra Classic 5.

Bar Alat

Paparan
Paparan
Algebra
Grafik

Saiz sudut tirus semakin


PQ hipotenus
kecil, 
QR sisi bertentangan
PR sisi bersebelahan
,  , dan
QR sisi bertentangan
PR sisi bersebelahan

PQ hipotenus
semakin besar.

Bar Input
Bahagian 1: Bagaimana Melukis Segi Tiga Bersudut Tegak

2. Pergi ke Opsyen-opsyen, pilih Saiz Fon dan pilih pula saiz fon yang sesuai.
3. Pilih alat Titik atas Objek dan klik di mana-mana pada
paksi-x untuk mencipta
satu titik pada paksi itu.

4. Pilih alat Titik atas Objek dan klik pada paksi-x tiga unit ke kiri A untuk
mencipta satu titik B.

5. Klik kanan pada titik A dan pilih Sifat-sifat Objek. Satu kotak dialog baharu
terpapar.
KURSUS ORIENTASI KSSM MATEMATIK TINGKATAN 3

6. Dalam kandungan tab Asas, klik petak di sebelah Tetapkan Objek. Ini untuk
memastikan titik A tidak bergerak dari kedudukan asalnya.
Klik  di bahagian atas petak dialog.

7. Pilih alat Garis Serenjang . Klik pada titik A dan pada paksi-x, untuk
mencipta satu garis yang melalui A dan berserenjang dengan paksi-x.

Nota: Jika label garis serenjang bukan a, namakan semula garis itu sebagai
a dengan klik kanan pada garis tersebut. Kemudian pilih Namakan semula,
taip a dalam bar dan klik OK.

8. Pilih alat Gelongsor dan klik pada Paparan Grafik. Satu kotak dialog
baharu terpapar.
9. Klik bulatan di tepi Sudut dan paparan kotak dialog akan berubah.

10. Set minimum kepada 0 dan maks kepada 90 dan Tokokan kepada 1.
Pastikan tanda darjah () ada pada setiap ukuran. Klik OK dan gelongsor
bernama  akan tercipta.
11. Pilih alat Saiz Sudut Diberi .

12. Klik titik A dan kemudian titik B. Satu kotak dialog baharu muncul.

13. Padam 45 dengan menekan Backspace atau Delete pada papan kekunci
anda. Kemudian klik simbol  di sebelah kanan kotak dialog dan pilih .
KURSUS ORIENTASI KSSM MATEMATIK TINGKATAN 3

14. Klik OK dan satu sudut bernama , yang saiznya bergantung kepada
gelongsor  akan tercipta. Gerakkan titik pada gelongsor dan pastikan saiz
sudut  berubah mengikut nilai .
Nota: Label untuk bucu B dan sudut  mungkin bertindih, dan ini boleh
dialihkan dengan menggunakan alat Alih .

15. Pilih alat Garis . Kemudian klik B dan A. Pastikan label pada garis
yang baru dicipta ialah b.

16. Pilih alat Silang . Kemudian klik garis a dan b. Titik persilangan C akan
tercipta.
Bahagian 2: Bagaimana Menyembunyi dan Menamakan Semula
Objek
17. Klik kanan pada garis a sama ada di Paparan Grafik atau di Paparan
Algebra dan batalkan klik (unclick) Tunjuk Objek untuk menyembunyikan
garis a.
Nota: Sebagai alternatif, boleh juga klik pada bulatan biru di sebelah objek
dalam Paparan Algebra untuk menyembunyikan dan menjelmakan objek
tersebut.
18. Sembunyikan garis b.

19. Dengan menggunakan alat Segmen , lukis segmen yang


menyambungkan A dan C. Pastikan nama segmen baharu ini ialah b.
Mengapa b?
20. Klik kanan pada segmen itu dan pilih Sifat-sifat Objek. Dalam kandungan tab
Asas, klik pada kotak di sebelah Tunjuk Label. Daripada menu ke bawah
yang terpapar, pilih Nama & Nilai. Tutup kotak dialog. Nama dan nilai objek
kini dipaparkan.

21. Lukis pula segmen yang menyambungkan B dan C. Pastikan nama segmen
ini a dan paparkan nilainya sekali. Mengapa nama segmen ini a?
22. Lukis segmen yang menyambungkan A dan B. Pastikan nama segmen ini c
dan paparkan nilainya sekali. Mengapa nama segmen ini c?
23. Sembunyikan titik A.
KURSUS ORIENTASI KSSM MATEMATIK TINGKATAN 3

Bahagian 3: Bagaimana Menyembunyikan Paksi-x dan Paksi-y


24. Tanpa sebarang objek dipilih dalam Paparan Algebra, klik kanan pada
Paparan Grafik dan pilih Grafik.

25. Klik pada tab Paksix dalam kotak dialog baharu yang muncul.

26. Batalkan klik Tunjuk Paksi-x untuk menyembunyikan paksi-x.


27. Klik pada tab Paksiy pula dan batalkan klik Tunjuk Paksi-y. Kemudian tutup
kotak dialog.
Bahagian 4: Bagaimana Memasukkan Kotak Teks termasuk Teks
Latex
𝐴𝐶 6.36
Bahagian ini bertujuan untuk memaparkan teks seperti = = 0.5 dalam
𝐵𝐶 8.99
Paparan Grafik dengan menggunakan kotak teks (textbox).

28. Pilih alat Teks dan klik pada Paparan Grafik di tempat yang anda
ingin teks dipaparkan. Satu kotak dialog baharu akan muncul.

29. Taip Apabila, kemudian klik pada Simbol-simbol dan pada menu ke bawah,
pilih Asas dan kemudian pilih .

Menunjukkan apa
yang sebenarnya akan
tertera pada Paparan
Grafik.

30. Taip =
31. Klik pada Objek-objek dan pada menu ke bawah, pilih .
Apakah perbezaan menaip atau memilih  daripada Simbol-simbol dan
memilih  daripada Objek-objek?
32. Taip tanda koma.
KURSUS ORIENTASI KSSM MATEMATIK TINGKATAN 3

33. Tekan OK dan teks akan muncul pada Paparan Grafik. Anda boleh
mengalihkan teks ke tempat lain dengan menggunakan alat Alih.
34. Dalam bar Input, taip v1=b/a dan tekan Enter pada papan kekunci.
Nota: v1 ialah nilai nisbah sisi AC kepada BC.
35. Pilih alat Teks sekali lagi dan klik pada Paparan Grafik di bawah teks yang
pertama tadi.
36. Dalam kotak teks, klik pada Formula LaTeX dan pilih Punca-punca dan
𝑎
Pecahan-pecahan dan seterusnya pilih .
𝑏

37. Dalam kotak Edit, padam a dalam kurungan {} yang pertama. Kemudian taip
AC.
38. Padam b dalam kurungan {} yang kedua. Kemudian taip BC.
39. Taip =
40. Klik pada Formula LaTeX dan pilih Punca-punca dan Pecahan-pecahan dan
𝑎
seterusnya pilih sekali lagi.
𝑏

41. Padam a dalam kurungan {} yang pertama. Kemudian klik pada Objek-objek
dan pilih b.
42. Padam b dalam kurungan {} yang kedua. Kemudian klik pada Objek-objek
dan pilih a.
43. Taip =
44. Pergi ke Objek-objek dan pilih v1 dalam
menu ke bawah.
45. Tekan OK.

46. Ulang langkah 36 hingga 47, kali ini dengan tujuan untuk mencari nisbah sisi
AB kepada BC. Nisbah ini boleh diwakili oleh v2. Taipkan rumus v2 dalam
bar Input terlebih dahulu.
47. Ulang langkah 36 hingga 47, kali ini dengan tujuan untuk mencari nisbah sisi
AC kepada AB pula. Nisbah ini boleh diwakili oleh v3.

Anda mungkin juga menyukai