Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT PERMAINAN BOLA JARING KALI PERTAMA TAHUN 2017

Tarikh : 4 Januari 2017


Hari : Rabu
Masa : 7.45 – 8.45 p.m
Tempat : Kantin

Kehadiran : Encik Sharizul Bin. Abrahim (GPK Kokurikulum)


Cik Siti Zulaikha Binti Norman
Pn Irma Hayati Binti Zakria
Pn. Salmiza Bt Ibrahim
Pn. Syamihah Bt Muhiddin
Pn Fazlina Bt Kamis
Cik Jamilah
Ahli permainan bola jaring : 22 orang

AGENDA:

1. Ucapan Pengerusi

 Mengalu-alukan kedatangan semua guru dan ahli permainan bola jaring.


 Mengharapkan agar semua ahli terlibat dengan aktif dalam permainan bola jaring dan dapat
mengharumkan nama sekolah dengan penglibatan pada peringkat zon, daerah dan seterusnya.
 Jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus menjalankan semua
semua aktiviti sepanjang 2016.

2. Ucapan Wakil Guru Penasihat

 Ucapan terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah member kerjasama yang baik
sepanjang tahun 2016
 Mengharapkan agar tahun 2017, semua ahli permainan bola jaring dapat memberi komitmen
yang tinggi dan penglibatan yang aktif dalam permainan bola jaring serta memasuki ke peringkat
yang lebih tinggi seperti peringkat negeri dan kebangsaan.

3. Lantikan AJK Baru

 Ahli mencalonkan nama bagi pencalonan AJK yang baru dan akan diundi untuk pemilihan AJK
baru.
 Antara jawatan bagi AJK yang baru ialah : Pengerusi ,Naib Pengerusi, Setiausaha, Naib
Setiausaha, Bendahari , Naib Bendahari, AJK Tahun 4,5 & 6.
4. Bayaran Yuran

 Setiap ahli permainan bola jaring perlu membayar RM 2 setahun iaitu yuran tahunan permainan
bola jaring
 Diharapkan semua ahli dapat membayar yuran mengikut masa yang ditetapkan.
 Bayaran yuran ini ialah sebagai dana untuk membuat pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2017.

5. Perancangan Aktiviti

 Latihan untuk pemilihan pemain pasukan sekolah


 Teori dan praktikal kemahiran asas permainan bola jaring
 Pertandingan antara ahli kelab

6. Hal-hal Lain

 Semua ahli hendaklah memakai pakaian sukan yang sesuai semasa aktiviti kokurikulum
permainan bola jaring dijalankan.
 Semua ahli perlu mendengar arahan guru penasihat sebelum turun ke padang untuk memulakan
perjumpaan.
 Sebelum memulakan aktiviti, ahli diminta untuk berkumpul di kantin terlebih dahulu untuk
mengambil kehadiran.
 Semua peralatan sukan seperti bola jaring ehndaklah diambil dan diguna dengan kebenaran
guru terlebih dahulu.

**Mesyuarat ditamatkan pada pukul 8.45 pagi

Disediakan oleh; Disemak oleh;

______________________ ______________________

(Cik Siti Zulaikha Bt Norman) (En. Sharizul B. Abrahim)


Guru Penasihat, GPK Kokurikulum,
Permainan Bola Jaring, SK FELDA Jengka 16
SK FELDA Jengka 16
MINIT MESYUARAT PERMAINAN BOLA JARING KALI KEDUA TAHUN 2017

Tarikh : 20 Jun 2017


Hari : Selasa
Masa : 12.30 – 1.05 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran : Encik Sharizul Bin. Abrahim (GPK Kokurikulum)


Cik Siti Zulaikha Binti Norman
Pn Irma Hayati Binti Zakria
Pn. Salmiza Bt Ibrahim
Pn. Syamihah Bt Muhiddin
Pn Fazlina Bt Kamis
Cik Jamilah
Ahli permainan bola jaring : 22 orang

AGENDA:

1. Ucapan Pengerusi

 Mengalu-alukan kedatangan semua guru dan ahli permainan bola jaring ke mesyuarat kali kedua
bagi tahun 2017
 Mengingatkan agar pasukan bola jaring sekolah perlu berlatih dengan bersungguh-sungguh
untuk mendapat kejayaan pada Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon yang bakal diadakan tidak
lama lagi.

2. Ucapan Wakil Guru Penasihat

 Ucapan terima kasih kepada semua guru dan murid yang hadir
 Berharap agar pasukan bola jaring sekolah membuat persediaan yang rapi bagi menyertai
Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon yang bakal diadakan.

3. Persedian Ke Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon

 Semua ahli pasukan bola jaring yang telah terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat zon
perlulah mematuhi masa yang telah ditetapkan oleh jurulatih dan pengurus pasukan untuk sesi
latihan yang diadakan pada setiap petang pada pukul 4.30 hingga 6.30 petang.
 Memperkukuh dan memperbaiki kemahiran ahli pasukan terutamanya dalam lontaran, jaringan
dan gerak kaki.
 Menentukan posisi pemain berdasarkan kemahiran dan kesesuaian pemain sepanjang latihan
berlangsung

4. Pakaian Sepanjang Kejohanan Bola Jaring

 Semua pemain hendaklah memakai jersi sekolah yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan
seluar track yang bersesuaian.
 Semua pemain juga perlu memakai bib yang telah ditentukan pihak sekolah
 Semua pemain hendaklah berpakaian yang sesuai seperti yang tertakluk pada peraturan.

5. Hal –hal lain

 Memaklumkan bahawa pemain yang gagal menghadiri sesi latihan akan disingkirkan daripada
senarai pemain pasukan sekolah
 Pemakaian ‘tight’ sepanjang kejohanan dan sesi latihan adalah tidak dibenarkan
 Pemain juga diingatkan untuk mendengar arahan guru sebelum , semasa dan selepas kejohanan
bola jaring diaadakan tidak lama lagi .
 Pemain juga diingatkan untuk membawa duit belanja sendiri pada hari kejohanan tersebut.

**Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.05 tengahari.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

______________________ ______________________

(Cik Siti Zulaikha Bt Norman) (En. Sharizul B. Abrahim)


Guru Penasihat, GPK Kokurikulum,
Permainan Bola Jaring, SK FELDA Jengka 16
SK FELDA Jengka 16
MINIT MESYUARAT PERMAINAN BOLA JARING KALI KETIGA TAHUN 2017

Tarikh : 26 Oktober 2017


Hari : Khamis
Masa : 12.30 – 1.05 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran : Encik Sharizul Bin. Abrahim (GPK Kokurikulum)


Cik Siti Zulaikha Binti Norman
Pn Irma Hayati Binti Zakria
Pn. Salmiza Bt Ibrahim
Pn. Syamihah Bt Muhiddin
Pn Fazlina Bt Kamis
Cik Jamilah

AGENDA:

1. Ucapan Pengerusi

 Mengalu-alukan kedatangan semua guru dan ahli permainan bola jaring ke mesyuarat kali ketiga
bagi tahun 2017
 Mengucapkan tahniah kepada pasukan bola jaring sekolah yang menyertai Kejohahan Bola
Jaring Peringkat Zon walaupun tidak mendapat tempat dalam kejohanan tersebut.
 Usaha dan kerjasama semua pemain dan guru amat dihargai dan perlulah meningkatkan lagi
pencapaian pada tahun hadapan.

2. Ucapan Wakil Guru Penasihat

 Ucapan terima kasih kepada semua guru dan murid yang hadir
 Ucapan terima kasih kepada semua guru dan ahli permainan bola jaring yang terlibat dengan
aktif sepanjang sesi tahun 2017

3. Buku Laporan

 Guru penasihat permainan bola jaring perlu memastikan buku laporan hendaklah ditulis setiap
kali perjumpaan
 Merekod kehadiran dan melaporkan aktiviti yang dijalankan dengan melangkapkan buku
laporan tersebut
 Sebelum sesi persekolahan tamat, guru perlu memastikan buku laporan telah dilengkapkan
dnegan baik iaitu sekurang-kurangnya melaporkan 14 kali perjumpaan sepanjang tahun 2017.

4. Minit Mesyuarat.

 Guru penasihat diingatkan untuk menghantar minit mesyuarat kali pertama, kedua dan ketiga
kepada GPK Kokurikulum pada tarikh yang telah ditetapkan.
 Minit mesyuarat perlulah lengkap .

5. Laporan Kejayaan Permainan bola jaring

 Guru dinasihatkan untuk menghantar laporan bergambar tentang kejayaan pasukan bola jaring
sekolah yang telah menyertai Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon.
 Laporan tersebut perlulah beserta dengan gambar-gambar sebagai bukti dan perlulah dihantar
pada tarikh yang telah ditetapkan.

6. Hal-hal lain

 Semua guru perlu bekerjasama dan berusaha untuk mempertingkatkan pencapaian pemain
pasukan sekolah di peringkat yang lebih tinggi.
 Guru mencadangkan agar sesi latihan perlu diadakan awal pada tahun hadapan sebagai
persediaan pemain pasukan sekolah untuk menyertai kejohanan-kejohanan yang akan diadakan
sepajang tahun 2018.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

______________________ ______________________

(Cik Siti Zulaikha Bt Norman) (En. Sharizul B. Abrahim)


Guru Penasihat, GPK Kokurikulum,
Permainan Bola Jaring, SK FELDA Jengka 16
SK FELDA Jengka 16

Anda mungkin juga menyukai