Anda di halaman 1dari 2

Definisi Professional Learning Community (PLC)

PLC adalah singkatan kepada Profesional Learning Communities atau Komuniti


Pembelajaran Profesional.Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para
pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat
inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik. Menurut Hord,
(1997)They share a vision, work & learn collaboratively, visit and review other classrooms
and participate in decision making. Menurut Fullan, (2007) PLC adalah satu pembudayaan
sekolah yang menggalakkan pembelajaran guru secara kolaboratif untuk melaksanakan
penambahbaikan.
Program PLC merupakan sebahagian daripada inisiatif Kualiti Guru untuk meningkatkan
pembelajaran murid dan pengajaran guru. Pemilihan PLC sebagai salah satu inisiatif dalam
meningkatkan kualiti guru adalah berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di negara-
negara maju di mana pemantapan komuniti pembelajaran professional dalam kalangan
pendidik dilihat sebagai usaha yang dapat meningkatkan profesionalisme guru.
PLC ini mempunyai lima dimensi penting. Kelima-lima dimensi ini saling pengaruh
mempengaruhi antara satu sama lain dalam menentukan pembelajaran guru-guru berlaku
secara berterusan dan dapat meningkatkan prestasi murid-murid di sekolah. Setiap dimensi
yang terdapat dalam PLC mempunyai atribut kritikal yang menggambarkan setiap fasa
pembangunan sekolah iaitu permulaan, pelaksanaan dan pengamalan (Fullan, 1990).
Dimensi-dimensi Professional Learning Community (PLC)
1. Kepimpinan yang dikongsi dan disokong
Dimensi ini merujuk kepada kepimpinan di dalam sesebuah komuniti sekolah yang
berkongsi. Perkongsian kepimpinan ini akan menunjukkan sebuah komuniti yang
akan membangunkan kapasiti kepimpinan menyokong. Hal ini terbentuk kerana
suasana dan iklim komuniti yang menggalakkan amalan penurunan kuasa kepada
semua ahli.

2. Kongsi Nilai dan Visi


Dimensi ini merujuk kepada komuniti pembelajaran yang menunjukkan rasa
kesepunyaan nilai, matlamat, misi dan visi yang sama. Misi dan visi yang dibentuk
adalah bersifat telus kepada semua.

3. Pembelajaran Kolektif dan Aplikasi


Dimensi ini menggambarkan hubungan kolaboratif di dalam komuniti sekolah yang
tertumpu kepada meningkatkan keberkesanan proses penyampaian maklumat dan
pembuatan keputusan yang berasaskan ilmu pengetahuan. Ia menitikberatkan proses
kognitif yang menunjukkan keputusan daripada keberkesanan PLC dan
mementingkan amalan bekerja secara kolektif bagi menghasilkan kurikulum dan
amalan-amalan pengajaran yang berkesan.

4. Kongsi Amalan Peribadi


Dimensi ini lebih memberi perhatian terhadap proses yang menggalakkan guru-guru
berinteraksi, menyediakan maklum balas dan berkongsi keputusan pengalaman-
pengalaman pembelajaran murid. Hal ini berlaku di sekolah dan di dalam bilik-bilik
darjah yang melibatkan model berasaskan penyelidikan seperti kajian tindakan,
membimbing, mewujudkan sistem mentor-mentee dan melakukan pembuatan
keputusan secara bersama.

5. Keadaan yang menyokong - dari segi perhubungan dan struktur


Dimensi ini merupakan dimensi yang sangat penting dalam membentuk PLC. Ia
menggambarkan sesebuah PLC yang memberi komitmen dengan menunjukkan
sokongan dalam mengekalkan proses penambahbaikan sekolah berlaku secara
berterusan. Dimensi ini juga telah mengenal pasti syarat-syarat pembentukannya
melalui sokongan logistik dari segi
i) penjadualan,
ii) sumber-sumber,
iii) sokongan kognitif dan
iv) sosial seperti memberi peluang dalam kepemimpinan dan sistem komunikasi yang
berkesan.
Kumuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community atau PLC) adalah
satu pendekatan ke arah meningkatkan keupayaan guru-guru di sekolah melaksanakan tugas
dan tanggung jawab mereka. Ia boleh juga dilihat sebagai satu strategi untuk meningkatkan
keupaayan sekolah dalam menangangani masalah-masalah yang dihadapi.

Anda mungkin juga menyukai