Anda di halaman 1dari 2

Perlaksanaan euthanasia untuk menamatkan hidup seseorang yang tidak mempunyai

harapan untuk sembuh telah membangkitkan pelbagai soalan moral dalam masyarakat. Isu ini
melibatkan pelbagai perspektif yang mempunyai idea yang berbeza. Daripada perspektif pesakit,
kadang-kala penyakit yang dihidapi akan membawa pelbagai kesakitan dan penderitaan yang
tidak dapat ditanggung oleh pesakit. Sebab itu, kebanyakan pesakit yang masih bersedar
mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk berputus asa dan memilih untuk menamatkan
hidupnya tanpa kesakitan. Akan tetapi, ahli keluarga pesakit boleh menghadapi dilemma dalam
membuat keputusan jika pesakit tersebut berada dalam keadaan koma. Dengan melaksanakan
euthanasia, kos perubatan yang ditanggung oleh ahli keluarga dapat diringankan tetapi pada
masa yang sama, adakah itu pilihan yang diingini oleh pesakit untuk menamatkan hidupnya?
Dalam proses membuat keputusan, ahli keluarga juga akan menghadapi tekanan daripada
pelbagai aspek, termasuk masyarakat, diri sendiri dan lain-lain.
Manakala dalam perspektif perubatan, euthanasia membawa alternatif kepada pesakit dan
tindakan ini boleh menamatkan hidup seseorang tanpa kesakitan dan menghentikan penderitaan.
Doktor memainkan peranan yang penting dalam isu ini kerana pada kebanyakan masa merekalah
yang mengambil keputusan sama ada pesakit berkelayakan untuk menerima euthanasia. Tetapi
pada masa yang sama, sebahagian pesakit akan berasa takut sekiranya doktor yang merawatinya
berpendapat bahawa pesakit tidak dapat disembuhkan dan doctor akan melaksanakan euthanasia
kepadanya. Keyakinan antara pesakit dengan doktor mungkin akan dikurangkan sekiranya
euthanasia sentiasa dilaksanakan oleh doktor. Dalam soal agama, kebanyakan agama percaya
bahawa hidup seseorang adalah diberikan oleh Tuhan dan manusia tidak menpunyai hak untuk
menamatkan hidup. Jelaslah isu euthanasia menerima bantahan yang tegas daripada ahli agama.

Oleh itu, perbuatan euthanasia bukan sahaja melibatkan pesakit sahaja tetapi juga
melibatkan ahli keluarga, ahli perubatan, isu agama dan lain-lain. Dengan ini, isu euthanasia
harus diuruskan secara teliti supaya isu ini tidak menjadi isu perbalahan dalam lapisan
masyarakat.

implementation of euthanasia to end the life of someone who has no hope of recovery has
raised many moral questions in the society. This issue involves a variety of perspectives has a
different idea. From the perspective of patients, sometimes illness will bring a variety of pain and
suffering that can not be borne by the patient. As such, many patients still have a tendency of
high bersedar to give up and choose to end his life without pain. However, family members of
patients may face a dilemma in making decisions if the patient was in a coma. To perform
euthanasia, medical costs incurred by a family member can be lightened, but at the same time,
there is the option desired by the patient to end his life? Decision-making process, family
members will also face pressure from various aspects, including the community, themselves and
others.
While the medical perspective, an alternative to euthanasia for patients and brings this
action to terminate a life without pain and stop the suffering. Doctors play an important role in
this issue because most of the time they take the decision whether a patient qualified to receive
euthanasia. But at the same time, some patients will be afraid if the doctor does not treat that
patient can be cured and the doctor will perform euthanasia on him. Confidence among patients
with a doctor may be reduced if euthanasia is always performed by a doctor. In the matter of
religion, most religions believe that life is given by God and man is not menpunyai right to
terminate life. Clearly, the issue of euthanasia received firm opposition from the clergy.
Thus, the act of euthanasia involves not only patients but also involves family members,
medical professionals, religious and others. With this, the issue of euthanasia must be carefully
managed so that this issue is not a contentious issue in the community.

Anda mungkin juga menyukai