Anda di halaman 1dari 1

SJK TAMAN RAJANG TAHUN 6

Soalan 8

Selamat pagi diucapkan kepada tuan pengerusi majlis, pengerusi PIBG, guru-guru, para ibu bapa,
dan rakan-rakan yang dihormati. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin yang sudi hadir
untuk majlis hari ini. Tajuk ingin saya sampaikan hari ini ialah “ Ibu Bapa Pendorong kejayaan”

Para hadirin,
Apakah bentuk sumbangan keluarga sehingga tercetusnya kejayaan seseorang pelajar?
Pertamanya, keluarga perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Keluarga
merupakan institusi yang paling ampuh dan paling dekat dengan anak-anak. Mereka perlu
membantu perkembangan akademik anak-anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh bersama-
sama mengulangkaji pelajaran bersama anak-anak. Hal ini akan dapat menimbulkan motivasi
yang cukup kuat dan mampu merangsang intuisi anak-anak untuk terus belajar.

Hadirin sekalian,
Keluarga juga perlu menerapkan budaya membaca dalam kalangan anak-anak. Persaingan antara
para pelajar semakin hari semakin ekstrim. Justeru, keluarga perlu menjadi agen pendorong
kepada anak-anak untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Tabiat membawa anak-
anak ke perpustakaan merupakan satu langkah yang cukup bijak untuk menggalakkan anak-anak
membaca.

Di samping itu, keluarga juga perlu sentiasa mengambil berat tentang perkembangan akademik
anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memahami situasi anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan
sokongan moral dan dorongan apabila mereka menghadapi kegagalan supaya mereka akan terus
mencuba. Sekurang-kurangnya, rohani mereka dapat dipulihkan sedikit demi sedikit.

Sementelahan pula, keluarga perlu menyediakan keperluan yang mencukupi kepada anakanak.
Sikap ibu bapa yang terlalu mengejar materialistik hingga terlupa akan tanggungjawab mereka
terhadap anak-anak. Keperluan fizikal mahupun mental perlu disediakan dengan lengkap bagi
membantu kecemerlangan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menyediakan alat-alat tulis
yang mencukupi, pakaian yang bersih dan rapi serta tidak dilupakan pengisisan rohani dan
jasmani.

Sebagai intiha, keluarga merupakan agen penggerak yang paling utama dalam memacu
kecemerlangan akademik anak-anak. Keluargalah yang mengajar anak-anak membezakan
yang mana satu kaca dan yang mana satu pertama. Justeru, ibu bapa perlu mendorong dan
memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada anak-anak demi kecemerlangan mereka.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai