Anda di halaman 1dari 1

SJK TAMAN RAJANG TAHUN 6

Soalan 34

Manusia mempunyai naluri dan keinginan untuk mempertingkatkan taraf hidup, Pelbagai
ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam kehidupan seharian.

Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, pelbagai ciptaan telah diperkenalkan
untuk memudahkan kerja manusia. Contohnya ; periuk memasak nasi elektrik, cerek elektrik dan
mesin pengisar mampu membantu para ibu semasa memasak. Peralatan ini juga dapat
menjimatkan masa kerana proses yang dilakukan lebih cepat.

Selain daripada itu, mesin pencuci pakaian dan penyedut hampagas pula dapat membantu
para ibu meringankan tugas mereka semasa mengemas rumah.Selain daripada itu sains juga
menjadikan kehidupan lebih selesa di mana kipas angin atau penghawa dingin dapat menyejukkan
bilik yang panas, pelbagai jenis lampu menerangi malam yang gelap dan tilam yang empuk untuk
tidur yang lena.

Sains juga membantu manusia berkomunikasi dua hala dengan lebih cepat dan pantas
melalui penggunaan telefon, telefon bimbit, mesin faksimili dan komputer. Komunikasi secara
global boleh dilakukan melalui penggunaan satelit, e-mail dan internet. Pelbagai maklumat boleh
diperolehi secara cepat dan mudah melalui penggunaan internet.

Televisyen pula adalah merupakan alat untuk berkomunikasi secara sehala. Pelbagai
maklumat boleh disampaikan melalui televisyen. Manusia juga boleh mendapatkan maklumat
daripada televisyen.

Termometer dan mesin pengukur tekanan darah ( tensimeter ) adalah antara alatan asas
yang dicipta oleh sains untuk menentukan tahap kesihatan manusia secara umum. Pengukur
tekanan darah digunakan untuk mengukur tekanan darah dan termometer pula untuk mengukur
suhu badan.
Alat ciptaan ini dapat dipakai oleh pengguna di rumah supaya mereka dapat mengesan tahap
kesihatan sendiri.

Penyelidikan dalam bidang sains menghasilkan banyak penciptaan dan penemuan baru
untuk membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah, cepat dan selesa.
Manafaat yang diperolehi oleh manusia melalui sains menggalakkan lagi lebih banyak penemuan
baru dicipta/diperolehi.