Anda di halaman 1dari 7

33

BAB 5

5.1. Perbincangan
5.1.1. SUB ANALISA PENEMUAN DIBAHAGIAN A (DEMOGRAFI) YANG
DIKATEGORIKAN SEBAGAI TAHAP PENGETAHUAN TINGGI.

Tahap Pengetahuan
BAIK
SEDERHANA
3% LEMAH
17%

80%

DEMOGRAFI

UMUR 73%

TAHAP PENDIDIKAN 43%

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80%

Sub analisa penemuan demografi responden (Rajah 5.1.1)


5.1 Perbincangan
Sub analisa penemuan demografi responden (Rajah 5.1.1) yang menunjukkan
pecahan responden yang memiliki tahap pengetahuan yang tinggi berdasarkan ciri
35

demografi responden. Antara faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan yang


tinggi adalah umur responden. Hasil kajian mendapati bahawa 22 orang responden
(n=22) bersamaan dengan 73% daripada bilangan 30 orang responden (N=30) yang
tinggi tahap pengetahuan adalah dewasa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
individu dewasa mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan luas dalam sesetengah
bidang. Menurut Mohd Akhbar (1994), kebanyakan individu dewasa zaman sekarang
ini suka mencari maklumat terkini yang disiarkan di media sosial atau laman web.
Berbanding dengan dewasa tua dan warga emas yang berumur sekitar 31 hingga 60
tahun, sesetengah daripada mereka mempunyai masalah dalam tiga kebolehan asas
iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu, tahap pengetahuan dewasa tua dan
warga emas adalah dipengaruhi pelbagai perkara seperti tidak terlibat dengan aktiviti
sosial, skor aktiviti fungsian kehidupan yang rendah (ADL), dan tidak menghiraukan
kes-kes yang berlaku di sekeliling. Oleh itu, kajian ini dijalankan ke atas golongan
responden majoriti berumur 18 hingga 30 tahun untuk mengkaji sejauh mana tahap
pengetahuan mereka berkenaan dengan penyakit demam denggi.

Faktor lain yang mempengaruhi tahap pengetahuan yang tinggi adalah tahap
pendidikan mereka. Seramai 13 orang responden (n=13) bersamaan dengan 43%
daripada jumlah 30 orang (N=30) yang memiliki tahap pengetahuan tinggi adalah
individu yang mempunyai pendidikan menengah. Selebihnya, seramai 3 orang
responden (n=3) berasal daripada institut pengajian tinggi (IPT) dan 9 orang responden
(n=9) berasal daripada pendidikan rendah. Selain itu, responden yang tiada pendidikan
formal pun termasuk dalam jumlah keseluruhan 30 orang (N=30) iaitu seramai 5
orang. Ini terbukti bahawa responden yang mempunyai pendidikan rendah atau
selebihnya sudah tentu memiliki tahap pengetahuan yang tinggi. Bukan sahaja
responden yang memiliki pendidikan formal, malahan individu yang tiada pendidikan
formal pun mempunyai tahap pengetahuan yang luas berkenaan dengan kes atau
kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Ini boleh dibuktikan bahawa pengalaman
seseorang mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi berbanding dengan hanya
sekadar ilmu teori sahaja. Hasil penemuan ini disokong oleh Profesor Dr. Thohir Luth
(2001).
36

5.1.2. SUB ANALISA PENEMUAN DI BAHAGIAN B YANG


DIKATEGORIKAN SEBAGAI TAHAP
PENGETAHUAN TINGGI.

Tahap Pengetahuan
BAIK
SEDERHANA
3% LEMAH
17%

80%

BAHAGIAN B

PENCEGAHAN DAN RAWATAN 86%

TANDA-TANDA DAN GEJALA 83%

82% 82% 83% 83% 84% 84% 85% 85% 86% 86% 87%

(Rajah 5.1.2) Sub analisa penemuan utama responden

Sub analisa penemuan utama responden (Rajah 5.1.2) menunjukkan pecahan


responden yang memiliki tahap pengetahuan yang tinggi melalui beberapa soalan.
Seramai 25 orang responden (n=25) bersamaan dengan 83% daripada jumlah 30 orang
(N=24) tahu tentang tanda-tanda dan gejala. Dalam soalan dan jawapan ini
menyatakan tentang pengenalan kepada penyakit demam denggi. Hal ini dapat
dibuktikan bahawa majoriti masyarakat sekarang ini tahu dan kenal penyakit demam
denggi, tanda dan gejala penyakit ini. Menurut Datuk Lokman Hakim Sulaiman iaitu
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, masyarakat sekarang memiliki pengetahuan
pada tahap yang tinggi tentang penyakit demam denggi, tetapi amalan pencegahan
37

mereka adalah masih kurang disebabkan leka. Statistik jangkitan demam denggi tidak
dapat dikurangkan jika masyarakat tidak berganding bahu untuk mencegah demam
denggi.

Kajian ini juga menunjukkan seramai 26 orang responden (n=26) bersamaan


dengan 86% daripada jumlah 30 orang (N=30) yang tahu tentang pencegahan penyakit
demam denggi. Hal ini disebabkan pesakit dan masyarakat diberi pendedahan awal
melalui pendidikan serta promosi kesihatan oleh staf Kementerian Kesihatan Malaysia
yang datang melawat ke setiap tempat dan kawasan yang ada rebakan demam denggi.
Namun, masalah peningkatan statistik demam denggi di pelusuk tempat kian berlaku
dari semasa ke semasa. Hal ini disokong dan tertulis dalam majalah sains. Selain itu,
pengalaman mereka yang hidup di kawasan yang berlaku rebakan demam denggi juga
adalah salah satu sebab kepada tahap pengetahuan mereka yang tinggi. Ini juga boleh
dijadikan sebagai persoalan untuk menyelesaikan masalah pada setiap masyarakat
yang tidak ambil peduli dengan keadaan persekitaran mereka. Nyamuk aedes yang
sudah berleluasa dan merebak ke merata tempat serta menjangkiti setiap masyarakat,
barulah mereka sedar betapa pentingnya kebersihan persekitaran, bak kata pepatah,
“sudah terantuk baru terngadah”

5.2 Cadangan

Hasil daripada kaji selidik ini, terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi tahap
pengetahuan serta amalan tentang penyakit demam denggi dalam kalangan pesakit dan
masyarakat sekeliling. Pengenalpastian faktor-faktor tersebut dapat membantu dalam
mencari langkah-langkah yang dapat meningkatkan lagi kesedaran dan amalan
masyarakat untuk mengurangkan statistik jangkitan demam denggi yang kian
meningkat. Walaupun masyarakat memiliki tahap pengetahuan yang baik, ia tidak
membuktikan tahap kesedaran mereka juga baik. Tahap kesedaran yang baik boleh
meningkatkan lagi amalan setiap individu untuk mencegah bahaya demam denggi.
Oleh itu, beberapa cadangan ingin diusulkan untuk meningkatkan tahap kesedaran:
38

1. Promosi dan pendidikan kesihatan akan tetap diteruskan dan lebih menumpukan
kepada golongan berisiko tinggi iaitu masyarakat yang tinggal di kawasan yang sering
ada wabak penyakit demam denggi. Dalam promosi kesihatan ini, ilmu pengetahuan
yang lanjut tentang bahayanya penyakit demam denggi serta pencegahan nyamuk
aedes akan dicurahkan kepada setiap individu untuk meningkatkan lagi tahap
kesedaran mereka. Promosi dan pendidikan kesihatan ini harus dijalankan dengan
lebih kerap dengan mewujudkan sendiri pasukan khas agar keberkesanan kepada
aktiviti ini menjadi lebih tinggi dan efektif.

2. Risalah informasi seperti poster dan pamplet haruslah mempunyai penerangan


tentang komplikasi-komplikasi yang timbul jika penyakit demam denggi tidak dapat
dikawal. Cadangan ini boleh meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan kesedaran
masyarakat tentang bahayanya demam denggi. Masih ada lagi sesetengah masyarakat
yang ambil mudah berkenaan dengan komplikasi penyakit demam denggi. Mereka
beranggapan bahawa ubat-ubatan adalah penyelesaiannya. Ini adalah disebabkan tahap
kesedaran mereka masih kurang. Sebelum penyakit ini tersebar luas, adalah lebih baik
dicegah supaya kehidupan masyarakat harmoni dan bebas dari penyakit.

3. Menaiktaraf dan mengemaskini bahan dan alatan yang diguna pakai dalam promosi
dan pendidikan kesihatan mengikut kemajuan teknologi masa kini. Bahan dan alatan
yang digunakan perlulah lebih sesuai dengan kecanggihan teknologi masa kini sejajar
dengan peredaran zaman. Sebagai contoh, penggunaan komputer riba dan projektor
digunakan untuk memberi pendidikan kesihatan. Ia merangkumi gambar-gambar yang
realiti mengenai penyakit demam denggi dan bukan sekadar gambar yang dilakar atau
dilukis. Selain itu, video tentang bahaya demam denggi juga perlu disertakan untuk
meningkatkan tahap kesedaran setiap individu.

4. Maklumat-maklumat tentang nyamuk aedes dan penyakit demam denggi harus


disiarkan di media massa, contohnya maklumat tentang penyakit demam denggi
disiarkan menerusi iklan televisyen, radio dan media sosial. Bukan itu saja, kesan
buruk penyakit ini juga harus disiarkan dengan menggunakan gambar-gambar atau
sedikit video di mana-mana media massa untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran
masyarakat mengenai bahaya demam denggi.
39

5. Pihak kerajaan haruslah bertindak mengikut strategi untuk menyelesaikan masalah


utama masyarakat iaitu sikap sambil lewa dengan statistik jangkitan demam denggi
yang semakin meningkat ini. Semburan atau dikenali sebagai “fogging” ini perlu
dikikis kerana ia bukan penyelesaian mutlak bagi menangani masalah demam denggi.
Ramai individu yang beranggapan bahawa fogging adalah harapan mereka untuk
membunuh dan menghentikan pembiakan nyamuk aedes. Sebaliknya kesedaran rakyat
untuk mengambil masa selama 10 minit setiap hari dalam hidup mereka untuk
memeriksa jika ada tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan kediaman mereka
memberikan kesan yang jauh lebih baik berbanding kaedah semburan itu. Ayat ini
perlulah diungkapkan dalam pendidikan kesihatan kepada setiap individu untuk
membuang sikap sambil lewa dan meningkatkan kesedaran mereka.

6. Penguatkuasaan undang-undang dan hukuman mengenai kebersihan di setiap


tempat haruslah diteruskan untuk menangani masalah penjagaan kebersihan yang
dilakukan oleh masyarakat. Hukuman dan denda akan diberikan oleh pihak kerajaan
jika ada individu yang masih lagi tidak memperdulikan kebersihan persekitaran di
tempat kediamannya. Denda juga akan dikenakan ke atas tuan rumah jika ada tempat-
tempat takungan air kotor yang mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Walaupun undang-undang ini dijalankan, namun ia bukan penyelesaian utama bagi
masalah ini selain daripada tindakan yang meningkatkan tahap kesedaran masyarakat.

5.3 Kesimpulan

Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati bahawa tahap pengetahuan


pesakit serta masyarakat adalah pada tahap yang tinggi, tetapi kesedaran dan amalan
mereka masih kurang. Hal ini boleh dibuktikan menerusi statistik jangkitan demam
denggi yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Melalui faktor umur, ini sudah
jelas menyatakan individu remaja dan dewasa muda memiliki IQ dan tahap
pengetahuan yang tinggi kerana dalam kajian menyatakan mereka gemar mencari
maklumat-maklumat apa saja yang terkini serta berlaku di sekeliling mereka.
Walaupun demikian, sikap sambil lewa mereka tetap tidak akan terhapus jika promosi
kesihatan dan kempen kesedaran tidak akan dijalankan. Estima masyarakat sebegini
40

perlu dibendung dan diperbaiki bagi menangani permasalahan yang sering timbul
berkaitan dengan penyakit demam denggi.

Dari segi tahap pengetahuan, secara keseluruhannya, tahap pengetahuan


tentang penyakit demam denggi dalam kalangan pesakit dan masyarakat adalah pada
tahap yang tinggi. Ini adalah kerana bukan saja maklumat yang ingin dicari berkaitan
demam denggi hanya di hujung jari, malah pengalaman juga adalah salah satu faktor
tahap pengetahuan yang tinggi. Selain itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga
telah banyak bertungkus-lumus memberikan pendedahan awal seperti kempen
kesedaran dan promosi kesihatan kepada setiap masyarakat, ini membuktikan majoriti
masyarakat memiliki tahap pengetahuan yang baik daripada pendedahan tersebut.
Namun hakikatnya statistik rebakan demam denggi tetap meningkat. Kesedaran setiap
individu adalah tunggak utama untuk menyelesaikan masalah demam denggi ini.

Sehubungan dengan itu, implementasi langkah-langkah yang lebih efektif bagi


menyelesaikan masalah ini hendaklah dilaksanakan segera kerana ianya boleh
membantu dalam meningkatkan lagi tahap kesedaran pesakit dan masyarakat
seterusnya dapat mengurangkan statistik jangkitan demam denggi di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai