Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

: MMKM BAKK-2/1 ( 68 )
Tarikh : 26 Disember 2016
26 Rabi’ul Awwal 1438 H

Pengarah Jabatan Audit Negeri


Jabatan Audit Negera Negeri Pulau Pinang
Aras Bawah 1 & 2 Wisma Perkeso
No. 3012 Lebuh Tenggiri 2
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
u.p: Puan Norazah binti Hussain

Tuan,

MEMOHON PERALATAN PEJABAT JABATAN AUDIT NEGARA NEGERI PULAU PINANG


YANG INGIN DILUPUSKAN BAGI KEGUNAAN SEKOLAH

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Maktab Mahmud Kuala Muda merupakan sebuah sekolah Agama
yang baru berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dengan prasarana dan kemudahan
yang masih sederhana. Sekolah ini mempunyai 25 orang guru, 280 orang pelajar dan 6 orang staf
sokongan.

3. Justeru itu kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk memperolehi sebahagian dari
peralatan pejabat Jabatan Audit Negera Negeri Pulau Pinang yang ingin dilupuskan.

3. Bersama ini diserta butiran peralatan yang diperlukan beserta justifikasi permohonan
untuk tindakan pihak tuan.

Atas perhatian dan jasa baik tuan mengenai perkara di atas amat kami hargai dan kami ucapkan
“jazakallahu khairan kathira”.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

…..……………………........................
(MOHAMAD FOUZI BIN ISMAIL)
Pengetua
Maktab Mahmud Kuala Muda.

s.k. - Fail