Little John ( 2005 ) telah menyatakan bahawa komunikasi merupakan proses
memberi makna yang berupaya mempengaruhi seseorang individu itu untuk mempercayai dan melakukan sesuatu seperti yang dikehendakinya. Ini jelas, menunjukkan bahawa komunikasi memerlukan dua orang individu untuk berinteraksi didalam menyampaikan idea, berkongsi pengalaman, kasih saying dan lain-lain. Secara amnya komunikasi ini dapat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu komunikasi fizikal dan komunikasi antara manusia atau individu atau lebih dikenali sebagai komunkasi interpersonal. Komunikasi fizikal adalah bentuk komunikasi yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti jalan raya, keretapi dan kapal terbang. Manakala bagi bentuk komunikasi antara manusia lebih tertumpu kepada perhubungan diantara seseorang individu denagn individu yang lain dalam menyampaikan atau menukar maklumat sama ada melalui komunikasi secara bersemuka atau melalui medium perantaraan seperti Media Massa atau Media Elektronik. ( Samsuddin A.Rahim, 2003 ) Komunikasi interpersonal merupakan salah satu unsur yang amat penting didalam kehidupan manusia kerana manusia amat memerlukan komunikasi untuk terus berhubung diantara satu dengan lain untuk terus berhubung diantara satu sama lain dalam melahirkan pendapat, idea dan perasaan kepada individu lain. Selain itu, manusia berkomunikasi adlah bertujuan untuk memahami segala kejadian yang telah berlaku disekeliling mereka atau lebih dikenali sebagai pengalaman kerana sebahagiannya peristiwa itu telah berlaku keatas diri mereka sendiri. Didalam menjalni kehidupan seharian, manusia amat memerlukan komunikasi untuk memenuhi keperluan hidup asas seperti bertutur dengan kawan-kawan, sanak- saudara, atau dengan keluarga. Dalam kontek komunikasi interpersonal bersama-sama