Anda di halaman 1dari 2

Mechanical Professional Student Club (MECHAPRO)

Universiti Malaysia Pahang


26600 Pekan
Pahang Darul Makmur

RUJ. KAMI (OUR REF.) : UMP.06.02/25.10/1/4/1


TARIKH : 21 NOVEMBER 2017

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang,
Bandar Indera Mahkota,
25604 Kuantan Pahang.

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN BAGI MEJEMPUT PENYERTAAN SEKOLAH-


SEKOLAH DALAM PAMERAN DAN PERTANDINGAN “UMP ENGINEERING DAY
2018” ANJURAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KAMPUS PEKAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Pahang melalui Mechanical Professional


Student Club (MECHAPRO) bakal menganjurkan pameran dan pertandingan “UMP ENGINEERING DAY
2018”, yang bertemakan Wing of Future.

3. Program yang berkonsepkan pameran dan pertandingan ini bertujuan untuk menarik minat para
pelajar sekolah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam menceburi
bidang kujuruteraan pada masa hadapan. Selain itu, melalui penyertaan dalam pertandingan TRIUMP
dan Engineering For Awesome para pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran kejuruteraan serta
mempamerkan kreativiti dan inovasi, seterusnya dapat menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi.

4. Penyertaan dalam pameran dan pertandingan ini adalah terbuka kepada pelajar sekolah
menengah sekitar Kuantan dan Pekan Pahang. UMP ENGINEERING DAY 2018, yang bertemakan Wing of
Future akan dijalankan seperti butiran berikut :-

Tarikh : 14 November 2018

Masa : 9 Pagi Hingga 5 Petang

Tempat : DEWAN SERBAGUNA UMP KAMPUS PEKAN


5. Bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja program, risalah dan maklumat berkaitan pameran
dan pertandingan untuk rujukan pihak tuan. Sebarang maklumat lanjut berkaitan program boleh
hubungi....... Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

Anda mungkin juga menyukai