Anda di halaman 1dari 2

Tips rumah tangga bahagia pasangan bercinta baru kahwin 13:04 Redaksi Admin Setiap pasangan

yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pastinya mendambakan kehidupan berumahtangga


untuk hari-hari mendatang itu agar terus kekal bahagia Apatah lagi penyatuan dua hati dari dua jiwa
itu terbina atas nama cinta. Perhubungan dimulakan dari percintaan hingga ke jinjang pelamin
merupakan satu kejayaan kerana tidak semua yang dapat mempertahankan cintanya hingga ke
ikatan perhubungan yang sah “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri” yang
membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan
antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian Sehubungan dengan itu, berikut
MYsumber sertakan beberapa tips dan panduan untuk mengelakkan terjadinya punca perselisihan
dan konflik dalam rumahtangga terutamanya kepada pasangan bercinta yang baru berkahwin
Rumah Tangga Kekal Bahagia Untuk memperoleh kehidupan sebuah rumah tangga yang bahagia
adalah bergantung sepenuhnya kepada cara bagaimana pasangan (Suam Isteri) berkenaan
mengekalkan suasana harmoni dalam hubungan mereka biar lama mana usia perkahwinan mereka
Kunci utama membangun rumahtangga bahagia adalah setiap pasangan perlu mengketepikan sikap
terlalu emosi, selain memiliki sikap tolak ansur yang tinggi serta boleh menerima kekurangan dan
kelebihan pasangan 1. Saling Mempercayai Dan Menghargai Saling percaya mempercayai adalah
perlu dalam hubungan suami isteri. Usah percaya bulat-bulat atau mudah melenting sekiranya
mendengar perkara tidak baik tentang pasangan yang diceritakan oleh pihak ketiga Antara contoh,
berdampingan dengan individu lain di tempat kerja. Sekiranya masih meragui, tanyakan sendiri
kepada pasangan, usah cemburu buta tanpa bukti yang nyata Setiap pasangan haruslah selalu
saling menghargai dan memberi keyakinan serta memberi galakan kepada pasangan. Usah
dijadikan segala perbezaan yang ada sebagai penyebab kepada masalah dalam rumah tangga. Apa
yang penting selalu memaafkan setiap kesalahan yang pasangan anda lakukan selagi dia tidak
melakukan sesuatu yang amat berat untuk anda tanggung 2. Sikap Saling Memaafkan Dan
Berkongsi Masalah Usah simpan dendam. Sekiranya ada perkara yang berlaku, jangan sesekali
mengungkit kesalahan lalu yang menyakitkan hati. Ini kerana manusia itu tidak sempurna dan tidak
terlepas daripada melakukan kesilapan Kemampuan untuk saling berkongsi perkara dengan
pasangan anda sama ada baik dalam keadaan suka dan duka adalah perkara yang amat terpuji
demi melihat kerukunan dalam rumah tangga. Jangan biarkan pasangan anda menghadapi
kehidupannya yang bermasalah seorang diri tanpa anda mengetahuinya sedikit pun Di sinilah
peranan anda sebagai seorang suami atau isteri untuk menjadi pemberi semangat, penyelamat dan
sentiasa ada dengannya di saat suka dan duka 3. Saling Terima Kekurangan Pasangan Anda perlu
belajar menerima kekurangan pasangan. Dia juga perlu melakukan perkara yang sama kerana
semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing Sebagai contoh, sekiranya pasangan
anda memperoleh pendapatan yang tinggi daripada anda, seharusnya perkara ini tidak
membataskan hubungan dan seharusnya tidak memandang rendah antara satu sama lain 4. Jangan
Terlalu Mengongkong Dan Terlebih Mengatur Kehidupan Pasangan Jangan terlalu mengatur hidup
pasangan anda sehinggkan dia terasa terkongkong Amalkan sikap terbuka yang positif dengan
pasangan anda sekiranya ada perkara yang perlu diberitahu, usah dipendam. Luahkan sekiranya
anda tidak menggemari sikapnya Cuba berfikiran positif mengenai apa yang pasangan anda
lakukan. Jangan asyik mengesyakinya dengan fikiran yang bukan-bukan atau ada rasa tidak jujur
terhadap pasangan 5. Kekalkan Kemesraan Antara Pasangan Meskipun usia perkahwinan sudah
lama , kemesraan anda dengan pasangan perlu dipelihara. Mencium pipi pasangan ketika pulang ke
rumah di depan anak-anak menunjukkan kemesraan ibu dan bapa mereka tidak pernah padam.
Pendek kata biarpun masa berlalu kemesraan antara pasangan itu tidak terlerai 6. Penampilan
Khas Untuk Pasangan Apabila dikatakan selalu tampil cantik untuk suami anda, ini bukan
bermaksud anda tidak boleh melawa lagi sekiranya bentuk badan anda sudah berubah. Maksudnya
di sini adalah anda tampil dengan kelihatan lebih harum, kemas dan bersih 7. Menguruskan Dan
Mantapkan Kewangan Dengan Baik Luangkan masa untuk berbincang tentang perkara-perkara
yang melibatkan wang ringgit anda berdua. Inilah masanya untuk mencari jalan penyelesaian
sekiranya ada masalah kewangan. Begitu jugalah jika anda berdua ingin membeli sesuatu benda,
fikirkan dahulu kepentingan barangan tersebut kepada anda dan keluarga Tetapkan matlamat
kewangan keluarga. Sebagai contoh dalam tempoh setahun, berapa jumlah simpanan yang perlu
ada dalam akaun anda berdua. Begitu jugalah dengan perancangan untuk menghadapi hari-hari
mendatang seperti perbelanjaan keluarga selepas mempunyai cahaya mata serta simpanan
kewangan di waktu persaraan kelak Setiap pasangan harus ingat bahawa masalah kewangan
merupakan salah satu punca utama keretakan rumahtangga yang dibina

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Anda mungkin juga menyukai