Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Minggu 1 Praktikum Fasa 1 2018

JURNAL MINGGU 1

Masalah
Saya menjalani praktikum fasa 1 di SK Raja Bahar selama 12 minggu. Untuk praktikum
fasa ini saya mengajar subjek major iaitu Pendidikan Khas dan Minor Pendidikan Jasmani. Pada
minggu pertama ini, saya telah menghadapi masalah pengurusan murid bagi kelas 1. Terdapat
dua orang murid yang tidak hadir ke sekolah pada minggu ini. Hal ini menyebabkan saya tidak
dapat menjalankan ujian diagnostik kepada semua murid tahun 1. Contohnya, saya hanya boleh
menjalankan ujian diagnostik kepada lima orang murid sahaja. Hal ini telah menimbulkan
masalah kerana saya tidak dapat mengetahui tahap penguasaan kesemua murid dalam kelas
tersebut menyukarkan saya untuk membahagikan mereka kepada dua kumpulan.

Analisis Masalah
Masalah timbul kerana murid-murid yang tidak hadir ke sekolah ini dikatakan bahawa
mereka sangat jarang hadir ke sekolah. Hal ini kerana murid tersebut mempunyai masalah fizikal
menyebabkan sukar untuk mereka bergerak ke mana-mana. Ada juga murid yang tidak hadir ke
sekolah kerana selalu sakit menyukarkan mereka melakukan aktiviti di sekolah jika tidak sihat.
Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah ini juga ibu bapa mereka tidak mengetahui bahawa
pada minggu ini ada guru baru yang akan mengadakan ujian untuk anak mereka.

Cadangan
Dalam mengatasi masalah murid yang tidak hadir ke sekolah yang menyukarkan saya
untuk mengetahui tahap penguasaan mereka, saya akan melakukan ujian diagnostik kepada dua
orang murid yang tidak hadir ini pada hari mereka datang ke sekolah. Jadi saya akan bersedia
pada setiap hari dengan kertas ujian diagnostik tersebut. Saya akan membahagikan murid
mengikut kumpulan mengikut murid yang telah menjalani ujian. Selain itu, saya boleh meminta
guru pembimbing untuk menghubungi ibu bapa kepada murid yang tidak hadir ini dan bertanya
kenapa anak mereka tidak datang ke sekolah dan jikalau boleh minta ibu bapa menghantar anak
mereka ke sekolah seperti hari-hari biasa.

Tempoh masa tindakan susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa seminggu. Jikalau tidak diatasi, maka
saya ia akan menyukarkan saya untuk mengajar murid-murid ini nanti.

Anda mungkin juga menyukai