Assignment Guru Biasa B&K
Assignment Guru Biasa B&K
0 PENGENALAN
Sebagai seorang kaunselor yang baik saya perlu mematuhi kod etika dalam bimbingan dan
kaunseling. Kod etika merupakan satu aspek yang penting dalam kaunseling dan ia
bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor serta menjadi asas dalam
menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian
perlakuan kaunselor. Kod etika ini yang menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin
perhubungan profesional dengan klien. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai
mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.
Antara kod –kod etika tersebut, kod etika yang pertama adalah, menghormati privasi
murid dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan
maklumat yang akan membahayakan murid atau orang yang berada di persekitarannya di
samping menyediakan tempat yang kondusif untuk menjalankan sesi kaunseling agar murid
tidak diperhatikan oleh murid lain yang boleh mengganggu proses sesi kaunseling
dijalankan. Oleh itu, saya selaku seorang guru bimbingan dan kaunseling hendaklah
merahsiakan segala maklumat, isi perbincangan atau apa-apa sahaja yang dibincangkan
semasa sesi kaunseling dijalankan bersama murid. Namun, saya juga boleh menggunakan
budi bicara sebagai alat untuk melaksanakan tanggungjawab profesional saya untuk
menjaga kepentingan murid dan orang yang berada di persekitarannya jika maklumat, isi
perbincangan atau apa-apa sahaja yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling
dijalankan. Bagi menangani masalah tersebut saya sentiasa akan prihatin terhadap
keselesaan klien saya di bilik kaunseling saya supaya mereka berasa selamat dan
dilindungi.
Saya selaku seoarang guru bimbingan dan kaunseling perlu memainkan peranan
dalam membantu dan membimbing murid untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh
murid seperti masalah berkaitan dengan pembelajaran, sosioekonomi dan keluarga.
Sebagai contoh, guru membimbing sekumpulan murid melaksanakan tugasan yang diberi
sukar seperti latihan sains dan akan memudahkan murid memahami dan menyelesaikan
latihan tersebut. Dalam masalah sosial emosi seperti kecewa, bosan, dan sebagainya, guru
perlu membimbing murid-murid berkenaan supaya dapat membina keyakinan diri semula
dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif. Terdapat juga sesetengah kes murid
menghadapi masalah keluarga seperti perceraian. Dalam hal ini, peranan guru diperlukan
untuk menasihati dan berbincang dengan murid untuk mencari punca berlakunya masalah
keluarga. Malah guru tidak patut membongkarkan masalah peribadi murid dengan murid
lain. Selain daripada itu, saya juga dapat menangani masalah tersebut dengan mengadakan
program seperti Perjumpaan guru dengan ibu bapa bersama murid. Dengan melaksanakan
program seperti ini, saya dapat membina ruang kepada si ibu bapa untuk meluangkan masa
untuk anak mereka dan pada masa yang sama lebih mengenali anak mereka.
Tambahan pula, saya sebagai guru pembimbing perlu membentuk tabiat positif
murid. Pembentukkan tabiat positif mampu memberi kesan yang positif ke arah peningkatan
prestasi dalam pembelajaran. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk ialah seperti positif
terhadap kesukaran yang dihadapi, peka terhadap masa, yakin terhadap kebolehan diri,
berani mencuba untuk kebaikan dan lain-lain lagi. Pembentukan tabiat positif ini haruslah
diberi penekanan oleh guru di awal tahun lagi agar segala masalah dapat dibendung dan
dapat dijadikan sebagai ikhtibar dalam menghadapi cabaran yang pastinya menguji kita
dalam usaha mencapai kejayaan. Bidang tugas saya sebagai guru pembimbing yang
seterusnya adalah guru sentiasa merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling. Sekiranya
guru biasa menghadapi sebarang masalah dalam menguruskan anak muridnya, mereka
boleh merujuk kepada saya untuk mendapatkan idea atau pendapat yang waras di samping
mendapatkan maklumat. Seterusnya, guru juga boleh bekerjasama dengan guru bimbingan
dan kaunseling sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap anak muridnya.
Teknik Ujian
• Ujian Pencapaian
• Ujian Aptitud
• Inventori Minat Kerjaya
• Ujian dan Inventori
Personaliti
• Ujian Sikap
3.0 KESIMPULAN
Murid - murid adalah golongan yang terlibat dalam proses peralihan zaman
kanak-kanak kepada alam dewasa. Ketika melalui zaman ini kanak-kanak masih
teraba-raba untuk membentuk identiti diri. Pada masa yang sama mereka
menghadapi cabaran dalam perubahan dunia yang semakin canggih. Erik Erikson
(1981) telah memperkenalkan teori Perkembangan Psikososial Erikson. Teori ini
menjelaskan bahawa perkembangan sosial manusia adalah satu siri perkembangan
yang mengandungi kecenderungan atau penuh konflik. Perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling ditawarkan di sekolah-sekolah khususnya untuk memberi
perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berada di sekolah. Perkhidmatan ini
menjadi satu keperluan untuk membantu kanak-kanak mengikuti proses sosialisasi
dan mempelajari sistem kehidupan orang dewasa. Kepelbagaian sistem nilai dan
budaya dari kepelbagaian sistem kepercayaan dan nilai mampu menjadikan
kehidupan kanak-kanak bertambah rumit. Kanak-kanak memerlukan bantuan guru
untuk memperolehi kemahiran bersosialisi apabila berinteraksi dengan orang lain.
Perkhidmatan kaunseling seperti ini merupakan perkhidmatan professional yang lain
mempunyai etikanya tersendiri yang perlu dipatuhi oleh diri sendiri. Secara
umumnya etika adalah satu garis panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi dalam
menjalankan sesuatu tugas. Tahap kritikan-penilaian dapat mengemukakan suatu
justifikasi dan rasional tentang elemen yang abstrak kearah penghakiman yang
seimbang dan saksama. Banyak perkara yang bersangkut paut dengan proses
kaunseling yang melibatkan sama ada tindakan seseorang kaunselor, murid atau
pihak ketiga yang begitu abstrak. Oleh yang demikian, saya perlu menitikberatkan
setiap perkara yang dikemukakan dalam kod etika guru bimbingan dan kaunseling
dan memainkan peranan saya dengan baik demi kehidupan anak murid saya di
sekolah.