Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GURU SKTS 2018

PERKARA ISI

Alu-aluan
Murid-murid sekalian, marilah sama-sama kita memberikan tepukan yang
gemuruh kepada semua guru-guru SK Trolak Selatan.

Istana kota sebelas tingkat


Tempat baharu nakhoda pecan
Sama kata sama sepakat
Hari guru mari raikan.

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berusaha Encik Baharin bin Mohd Tahir


Guru Besar SK Trolak Selatan

Yang Berusaha Tn. Hj. Samsul Ali bin Mohamad Basir


Penolong Kanan Pentadbiran SK Trolak Selatan

Yang Berusaha Puan Noor Maziha Bt Md Saad


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Trolak Selatan

Yang Berusaha En. Khumaini bin Mat Zaini


Penolong Kanan Kokurikulum SK Trolak Selatan

Seterusnya, barisan guru-guru yang diraikan, murid-murid, hadirin dan


hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum w.b.h. dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Kebangsaan Trolak Selatan bagi tahun 2018.

Nyanyian Lagu Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu
Negaraku, Lagu Negeri Perak dan lagu Perak Excellent.

Dengan itu, para guru mohon berdiri.

*nyanyian*

Terima kasih di atas nyanyian itu tadi. Para guru dipersilakan duduk.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat illahi


kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita diberikan luangan waktu dan
kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul pada pagi yang gemilang ini
bagi meraikan sambutan hari guru peringkat sekolah bagi tahun 2018. Untuk
pengetahuan semua tema hari guru pada tahun ini ialah Guru Pemacu
Transformasi Pendidikan.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Sambutan hari guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang


bergelar ’cikgu’. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi
iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat
martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi
semurni tugas seorang guru.

Bacaan Doa
Hadirin yang dihormati, bagi memberkati majlis pada pagi ini,
dipersilakan Ustaz Mohd Nor Azha untuk mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan.

*Doa*

Ucapan Guru Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Nor Azha di atas bacaan doa
Besar itu tadi. Majlis di teruskan dengan ucapan daripada Guru Besar SK Trolak
Selatan, Encik Baharin bin Mohd Tahir. Majlis mempersilakan.

*ucapan GB*

Bacaan perutusan
Terima kasih di ucapkan kepada tuan guru besar di atas ucapan itu
tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan perutusan Hari Guru


daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang akan disampaikan
oleh Tuan Hj Samsul Ali bin Mohamad Basir, PK Pentadbiran SK
Trolak Selatan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ikrar Guru
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan hj Samsul Ali di
atas bacaan perutusan sebentar tadi.
&

Nyanyian Lagu Paluan gendang pembuka majlis,


Kami Guru Moden tradisional bersatu senada;
Malaysia Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga

Baiklah hadirin hadirat sekalian


Majlis kini menjemput Encik Khumaini Bin Md Zaini, PK Kokurikulum
SK Trolak Selatan untuk mengetuai bacaan ikrar guru, dan selepas
itu, kita akan diperdengarkan oleh para guru nyanyian
lagu Kami Guru Malaysia. Mohon semua guru untuk naik ke atas
pentas.

Persembahan
Terima kasih kepada guru-guru SK Trolak Selatan di atas bacaan
ikrar dan nyanyian lagu kami guru Malaysia yang penuh bersemangat.
Murid Tahun 2

Sebagai tanda ucapan kasih dari anak-anak didik SK Trolak Selatan,


dipersilakan murid Tahun 2 untuk membuat persembahan.
Dipersilakan.

Acara Memotong
Terima kasih anak-anak didik yang dikasihi atas persembahan itu
tadi. Persembahan nyanyian itu tadi di bombing oleh Puan Nor Azura
kek
bt Abu Assan.

Majlis kita akan diteruskan lagi dengan acara memotong kek. Dengan
itu di jemput barisan pentadbir sekolah dan diiringi semua guru untuk
naik ke pentas utama bagi menyempurnakan acara memotong kek.
Majlis menjemput.

Acara bertukar-
Acara kita di teruskan lagi dengan acara bertukar-tukar hadiah di
antara guru dan staf sekolah. Dengan itu dipersilakan tuan Guru
tukar hadiah
besar, Encik Baharin bagi memulakan acara bertukar-tukar hadiah.
*panggil guru-guru ikut senarai nama*

Pemberian hadiah
Tibalah acara yang di tunggu oleh murid-murid iaitu acara pemberian
hadiah kepada guru-guru yang disayangi. Dengan itu cikgu menjemput
oleh murid
kelas demi kelas untuk menyampaikan hadiah kepada guru-guru.
*Ikut kelas demi kelas*

Penutup
Terima kasih kepada murid-murid yang telah menyampaikan hadiah
kepada guru-guru yang disayangi.

Angin menderu dengan sepoinya


di anak tangga duduk berperikan
kasih guru akan muridnya
masa dan tenaga rela korbankan.

Akhir kata tamatlah sudah majlis kita pada hari ini. Sekali lagi syabas
dan tahniah kepada warga sk trolak selatan kerana dapat bersama-
sama dalam sambutan hari guru bagi tahun ini…..

Semoga Allah menganugerahkan ilham kpd semua guru utk menjadi


pendidik yang gemilang…semoga benih2 keikhlasan berjaya ditanam
dalam setiap batas hati para guru, kerana dengan keikhlasan, akan
terpancarlah kejernihan dan kejayaan anak didik yang
mutlak...insyaallah…mudah mudahan…
Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

*untuk makluman para guru, jamuan sempena hari guru akan diadakan
pada jam 12.30 tengahhari di dewan ini. Terima kasih.

Beri Nilai