Anda di halaman 1dari 4

SETIAP BORANG PELANCONGAN 1957 MESTI DISAHKAN OLEH PENGETUA /GURU BESAR ATAU

PENOLONG KANAN DAN COP

KERTAS KERJA LAWATAN

Tajuk : PERKHEMAHAN TAHUNAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH


SEKOLAH AGAMA MENENGAH TG KARANG 2017……

1.0 PENDAHULUAN
Program seperti ini dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat
menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka
kenali sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan
kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan
pelajar mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani
kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam
memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.

2.0 RASIONAL
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program
ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri,
masyarakat, bangsa, Negara dan agama.

3.0 MATLAMAT
Memberi pendedahan kepada pelajar tatacara pengurusan perkhemahan dan disiplin diri di dalam aktiviti unit beruniform.
Melalui program ini juga, pelajar mendapat ilmu yang bermanafaat seperti ilmu bantu mula atau bantuan kecemasan,
pengurusan diri di persekitaran luar bilik darjah dan pengurusan khemah. Selain itu, matlamat program ini juga adalah untuk
memberi pelajar pengalaman pengurusan organisasi dalam melaksanakan perkhemahan di luar sekolah.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
4.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
4.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.
4.4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
4.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
4.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh lawatan dan Hari


Tarikh : 12 - 14 Mei 2017
Hari : Jumaat , Sabtu dan Ahad
5.2 Tempat : Laman Cikgu 21, Lorong Ap/21, 45500 Tanjong Karang, Selangor.
5.3 Bilangan Peserta :104
5.4 Bilangan Guru :11
5.5 Negara Yang Dilawati :Selangor

6.0 KUMPULAN SASARAN


Ahli Unit Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang
7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Rosnah bt Shamsudin


Tim. Pengerusi : Pn Azlina bt Mohd Salleh
Naib Pengerusi : Pn Siti Eshah bt Hj Hanafi
Penyelaras : En. Mohd Fathil b Maskuri
Setiausaha : En. Muhammad Zulzainul Ariffin b Marzuki
Bendahari : En. Mohd Fariz Rizal b Jenal
Ahli Jawatankuasa : 1. En Ahmad Mustakim b Taifor
2. Cik Nor Hidayah bt Mudasir
3. Pn. Rusiah bt Basri
4. Pn. Nor Suraya bt Basri

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Mohamad Firdaus b Jamaludin


Tim. Pengerusi : Muhamad Syahmi Aiman b Sapar Rezam
Naib Pengerusi : Nurul Afzan bt Ahmad Kamal
Penyelaras : En. Muhammad Zulzainul Ariffin b Marzuki
Setiausaha : Nur Nabila Huda bt Abdul Sani
Bendahari : Nur Fatin Nabilla bt Rosni
Ahli Jawatankuasa : 1. Mohamad Hafee Faisal b Razali
2. Kamal Hakimi b Kamarulizam
3. A’isyah bt Maskuri
4. Nur Athirah bt Mahidin

9.0 PENGISIAN PROGRAM

9.1 12.5.2017 (JUMAAT)

4.00 petang : Ketibaan dan pendaftaran pelajar


Taklimat oleh guru penyelaras
5.00 petang : Kawad Kaki

6.00 petang : Pasang khemah

6.45 petang : Makan malam


Persiapan diri / Solat
Tazkirah

9.00 malam : Slot 1: Pecah Bendungan

11.00 malam : Burung Hantu


1.00 pg : Tidur

9.2 13.5.2017 (SABTU)

5.00 pagi : Pengurusan diri


Solat Subuh
7.00 pagi : Senaman pagi
Sarapan pagi

8.30 pagi : Slot 2: Bantu Mula


12.30 petang : Makan Tengah Hari
Persiapan diri / Solat

2.00 petang : Slot 3: Ikhtiar Hidup


Rentas Halangan

5.00 petang : Solat / Persiapan Malam Kebudayaan

6.30 petang : Makan malam


Persiapan diri

7.30 malam : Solat / Tazkirah


Solat Isya

8.45 malam : Slot 4: Malam Kebudayaan

12.00 malam : Tidur

9.3 14.5.2017 (AHAD)

5.00 pagi : Persiapan Diri


Solat Subuh / Tazkirah

7.00 pagi : Around The World ( Jogging )

8.00 pagi : Sarapan


Gotong royong

9.00 pagi : Slot 5: Refleksi Program

10.30 pagi : Majlis Penutup

12.00 petang : Makan Tengah Hari / Solat Zohor


2.00 petang : Bertolak Balik

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Tambang 104 orang pelajar X RM. 1 = RM. 104

10.2 Penginapan 104 orang Pelajar X RM. 15 = RM. 1560

10.3 Makan 104 orang pelajar X RM. 40 = RM. 4160


10.4 Lain-lain bayaran 104 orang pelajar X RM. 24.8 = RM. 2579.20

JUMLAH BESAR RM. 8403.20

11.0 PENUTUP

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………………………. ………………………………………
( ) ( )
Guru Penyelaras Pengetua/Guru Besar

Nota: Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandatangan.

Anda mungkin juga menyukai