Anda di halaman 1dari 1

Pendidikan Moral

Pendidikan Moral memfokuskan pembentukan insan berakhlak muia dengan berteraskan tiga
domain iaitu:

1. Penaakulan Moral

-Keupayaan mental untuk mengenal pasti perlakuan baik atau benar dan perlakuan jahat atau
salah

2. Emosi Moral

-Kesedaran perasaan moral melahirkan kesedaran untuk berkelakuan baik dan betul yang
menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah
jika melakukan sesuatu yang tidak betul. Perasaan moral melahirkan motivasi moral dan niat
untuk bertindak berdasarkan empati dan simpati terhadap diri dan orang lain.

3. Perlakuan Moral

-Tindakan moral yang ada kaitan antara penaakulan moral dan emosi moral secara rela hati
dengan rasa bertanggungjawab, akauntabiliti dan berintegriti.

Ketiga-tiga domain perlu diaplikasikan dengan 14 nilai universal yang menjadi wahana bagi
menghasilkan insan yang berakhlak mulia. Nilai universal tersebut merupakan nilai-nilai
murni yang diterima dan menepati anutan agama atau kepercayaan masyarakat Malaysia.

Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran Pendidikan Moral, murid boleh:

1. Mengetahui dan memahami amalan nilai masyarakat Malaysia.


2. Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan seharian.
3. Mengeratkan hubungan denga anggota masyarakat ke arah mengukuhkan perpaduan.

Anda mungkin juga menyukai