Anda di halaman 1dari 2

Solutasi Bismillah…….

Assalamualaikum W.B.T salam sejahtera dan salam muafakat Johor.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Majlis mengucapkan selamat datang kepada

Yang Berusaha Tuan Haji Ishak Bin Boon, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tasek
Utara,

Yang Dihormati, Encik Nik Amran bin Mustapha , Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Tasek Utara,

Puan Marina Binti Ahmad, Guru Penolong Kanan Kurikulum,

Encik Muhammad Ezureen Bin Esa, Guru Penolong Kanan HEM,

Encik Jensani Bin Elias, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Guru-guru, para ibubapa dan anak-anak didik yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurniaNya maka kita diberikan luangan waktu untuk sama-sama
berkumpul, di Dewan Sri Kencana bagi menjayakan HARI BICARA AKADEMIK
Sekolah Kebangsaan Tasek Utara tahun 2017.

BACAAN DOA Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, marilah kita sama-
sama memohon taufik dan hidayah bagi menjayakan HARI BICARA AKADEMIK DAN
KEUSAHAWANAN Dengan ini majlis menjemput Al Fadhil Ustaz Fathuilmunir Bin
Mat untuk memimpin bacaan doa.

****BACAAN DOA*******

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Fathulmunir Bin mat di atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

MAGNET MINDA Majlis diteruskan dengan slot bersama Magnet Minda yang akan sampaikan oleh
____________________________

***ucapan***

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________atas taklimat


yang disampaikan sebentar tadi. Ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan
produk Manet Minda boleh berurusan di gerai no.15 bertempat di tapak carnival
keusahawanan.

UCAPAN GB Tanpa membuang masa majlis diteruskan lagi dengan Pembentangan


Analisis Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tahun 1,2 dan 3
yang akan disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tasek Utara,
Tn Hj Ishak Bin Boon.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***ucapan GB******

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan Tuan Guru


Besar sebentar tadi. Diharapkan taklimat tuan guru besar sebentar tadi
dapat membantu para guru dan ibubapa menyusun strategi bagi
meningkatkan kecemerlangan anak-anak didik sktu.

dengan berakhirnya ucapan tn guru besar sebentar tadi, maka kami beralih
pula kepada acara penyerahan slip keputusan bersama guru kelas. Ibubapa
boleh bergerak ke dewan terbuka yang berada di sebelah kiri bangunan ini
untuk mengambil slip keputusan anak tuan puan.

Seterusnya para ibubapa boleh bersama anak2 untuk memeriahkan lagi


hari keusahawanan yg sedang rancak berlangsung di tapak carnival.