Anda di halaman 1dari 1

USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN BAGI MELAHIRKAN

MASYARAKAT PENYAYANG

Pada massa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan
dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik
itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang
dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Justeru, masalah sosial yang kian meruncing kini
dapat dicegah jika kita berusaha membentuk sebuah masyarakat penyayang.
Masyarakat penyayang merupakan masyarakat yang salingmemerlukan antara satu
sama lain tidak kira umur, bangsa dan agama. Oleh itu, terdapat beberapa usaha
yang telah dilaksanakan bagi melahirkan masyarakat penyayang di negara kita.

Antaranya, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita haruslah menunjukkan


perasaan simpati dan belas kasihan terhadap golongan yang hidup dalam serba
kekurangan seperti golongan kurang upaya. Hal ini demikian kerana mereka tidak
akan berasa tersisih oleh masyarakat bahkan mereka akan berasa lebih dihargai.
Misalnya, kita membantu golongan kurang upaya ini dengan memberikan
sumbangan dari segi kewangan, tempat tinggal, atau pendidikan. Bak kata
peribahasa Melayu, “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing “. Dengan berbuat
demikian, kita akan dihormati dan kehidupan kita akan lebih diberkati kerana tidak
bersikap kedekut dalam menyumbangkan harta yang dimiliki.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa keluarga bahagia juga
dapat membentuk masyarakat penyayang. Ini disebabkan sikapahli keluarga yang
saling mengambil berat antara satu sama lain. Ibu bapa memainkan peranan penting
dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini sama dengan peribahasa, “
melentur buluh biarlah dari rebungya “. Contohnya, ibu bapa haruslah bersikap
terbuka dan bersedia mendengar segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak.
Jelaslah bahawa sikap ibu bapa yang sebegini mampu mencegah anak-anak mereka
terlibat dalam gejala yang tidak sihat.

Seterusnya, pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam


mewujudkan masyarakat penyayang. Ini menggambarkan bahawa pihak kerajaan
perlu peka akan situasi ini dan mengambil tindakan bagi melahirkan masyarakat
penyayang. Misalnya, menganjurkan ‘Kempen Masyarakat Penyayang’ di tempat-
tempat yang sesuai agar ramai yang menyertai kempen tersebut. Dengan itu, usaha
kerajaan pasti tidak sia-sia malahan dapat melahirkan kelompok masyarakat
penyayang dalam kuantiti yang sangat membanggakan.

Demi merealisasikan visi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama


membimbing golongan masyarakat yang sememangnya mempunyai tanggungjawab
yang besar untuk menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga untuk memajukan
negara dan menjaga kedaulatan negara. Seyogia diharapkan golongan masyarakat
akan memandang serius akan segala perubahan yang berlaku dalam usaha
melahirkan masyarakat penyayang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,“ kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya “. Oleh itu, semua pihak haruslah
berganding bahu melahirkan masyarakat penyayang agar Wawasan 1 Malaysia
dapat direalisasikan seperti yang dijanjikan.

Anda mungkin juga menyukai