Anda di halaman 1dari 4

CERAMAH

SOALAN:

Andaiakan bahawa anda pegawai kaunseling dari Jabatan Pelajaran.Anda telah diundang untuk
menyampaikan ceramah disebuah sekolah.Ceramah tersebut bertajuk “Gejala Vandalisme di
Sekolah”.Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

JAWAPAN:

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang berusaha Tuan Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Murni,Puan Hajah Saleha Tumin,guru-guru,para pelajar dan
hadirin sekalian.Lebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang
menyampaikan ceramah yang bertajuk,”Gejala Vandalisme di Sekolah”.

Hadirin yang dihormati,

Vandalisme dapat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu perlakuan,dendam dan


conteng.Biasanya,mereka yang terlibat dalam gejala ini ialah remaja yang berusia sekitar 15 tahun
hingga 21 tahun.Antara tempat yang sering menjadi tumpuan termasuklah telefon awam,papan
tanda,dinding tandas,peralatan sekolah dan sebagainya.

Pelbagai faktor yang mempengaruhi gejala vandalisme ini.Antara punca utama termasuklah
pengaruh rakan sebaya.Golongan remaja amat mudah terpengaruh oleh persekitarannya.Desakan
rakan sebaya dan sikap tidak mahu ketinggalan dalam kumpulan mendorong situasi ini
berlaku.Keadaan ini secara tidak langsung dapat mencorakkan sikap,nilai,serta tingkah laku mereka.

Ibu bapa dapat menjadi penyebab kepada masalah ini juga.Remaja yang terjebak lazimnya lahir
daripada keluarga yang bermasalah.Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan
keperluan dan kasih sayang akan menyebabkan ank-anak berasa tersisih.Sikap ambil mudah dan
kurangnya pemantauan daripada ibu bapa dapat menyebabkan anak-anak akan melakukan perkara
di luar kawalan.

Selain itu,ibu bapa tidak harus memandang remeh aspek pembentukan akhlak menerusi nilai-nilai
agama juga.Didikan agam dan amalan ajaran agama amat penting untuk membentuk jiwa anak-anak
yang masih mudah dilentur ini.Hanya nilai agama yang dapat membentengi jiwa mereka dalam
menghadapi pelbagai gejala negatif.

Hadirin yang budiman,

Saya benar-benar berharap agar gejala vandalisme ini dapat dibanteras melalui penguatkuasaan
undang-undang yang ketat.Semua pihak memainkan peranan penting untuk memberikan bimbingan
dan nasihat kepada para pelajar mengenai kepentingan menjaga dan menghargai harta benda
awam.Sekian,terima kasih.
SYARAHAN

“Masyarakat Malaysia kurang membaca”. Sebagai salah seorang peserta pertandingan akhir
syarahan peringkat sekolah, anda telah memilih tajuk “Cara-cara memupuk minat membaca
dalam kalangan kanak-kanak”.

Tulis teks syarahan itu selengkapnya.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan
kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya
ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Cara-cara memupuk
minat membaca dalam kalangan kanak-kanak”.

Hadirin yang dihormati,

Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa untuk
membentuk anak mereka. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka minat membaca buku,
maka biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah memperuntukkan
sejumlah wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak-anak mereka. Penuhkanlah
bilik mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka
ke kedai buku atau ke pameran buku jika berkesempatan.

Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh kepada
anak mereka dalam semua perkara. Jika anggota sesebuah keluarga suka membaca buku,
maka tidak hairanlah jika anak mereka juga akan suka membaca buku. Ibu bapa mestilah
mengurangkan hobu lain dan serlahkan minat membaca buku atau majalah agar anak-anak
meneladani tabiat suka membaca buku yang ditonjolkan oleh ibu bapa.

Bagi ibu bapa yang prihatin terhadap perkara ini, mereka bolehlah mengambil inisiatif
untuk menanam minat membaca pelabagai bahan bacaan dalam kalangan anak mereka.
Bacakan buku untuk anak mereka sebelum mereka tidur. Hal ini demikian kerana anak-anak
akan dapat menyimpan perkara terakhir sebelum mereka tidur.

Selain itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh member hadiah atau pujian kepada
kanak-kanak sebagai galakan. Hal ini akan merangsang minat kanak-kanak untuk membaca
dengan lebih kerap lagi. Hadiah yang diberi semasa menyambut keramaian seperti hari jadi
juga mestilah berupa buku yang menjadi idaman atau kegemaran anak-anak.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyatakan bahasa ‘jika hendak melentur
buluh, biarlah daripada rebungmya”. Sekian, terima kasih.
2. Anda diminta menyediakan teks syarahan bertajuk “Keselamatan di jalan raya
tanggungjawab bersama” yang akan disampaikan pada hari perasmian Minggu Keselamatan
Jalan Raya yang dianjurkan di sekolah anda.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Puan Pengetua Sekolah Kebangsaan
Mahmud, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yag dikasihi sekalian.
Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan bersempena dengan Minggu
Keselamatan Jalan Raya SMK Mahmud. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah
“Keselamatan di jalan raya tanggungjawab bersama”.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, sejak kebelakangan ini, kes kemalangan di jalan raya
semakin menjadi-jadi. Hal ini semakin serius, terutamanya pada musim perayaan seperti Hari
Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Perkara ini mungkin sekali berlaku kerana sikap
pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri. Pemandu yang tidak sabar untuk
sampai ke destinasi yang dituju dengan segera memungkinkan mereka melanggar undang-
undang yang telah ditetapkan seperti memandu melebihi had laju.

Selain itu, sikap kurang sopan pengguna jalan raya menyumbangkan pertambahan kes
kemalangan di jalan raya. Sikap ini termasuklah menggunakan telefon bimbit ketika
memandu, berhenti di bahu jalan sesuka hati tanpa sebab-sebab kecemasan, dan tidak
menghormati pemandu lain seperti berlumba di atas jalan raya. Hal ini menyusahkan diri
sendiri dan orang lain juga.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab kita bersama. Kita tidak boleh
mengikut perasaan semasa menggunakan jalan raya. Jalan raya bukanlah tempat untuk
menunjukkan kehebatan diri atau tempat untuk bermaharajalela. Hal ini demikian kerana
terdapat ribuan pengguna lain yang turut menggunakan jalan raya. Kita tidak boleh
mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan hak orang lain. Oleh itu, untuk menjamin
keselamatan di jalan raya, kita haruslah bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain.
Kita tidak patut melakukan perkara yang dapat menyusahkan orang lains eperti berlumba di
jalan raya. Hal ini akan mengakibatkan pelbagai masalah bukan sahaja kepada diri sendiri,
malahan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Untuk menjadikan jalan raya sebagai tempat yang selamat digunakan, kita sebagai
pengguna jalan raya juga boleh memainkan peranan yang penting. Hal ini adalah dengan
mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan, mematuhi lampu isyarat, dan
tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Walaupun perkara ini kecil di mata
kita, namun dapat memberikan impak yang negatif sekiranya tidak dipatuhi.

Selain itu, sikap mementingkan diri sendiri juga mestilah dikikis. Walaupun kita ingin sampai
ke destinasi yang dituju dengan segera, namun kita tidak harus mengetepikan perasaan dan
hak pengguna jalan raya yang lain, seperti memotong kenderaan lain sesuka hati. Selain
menyusahkan orang lain, hal ini dapat membawa kemudaratan kepada diri sendiri,

Akhir sekali, ingatlah bahawa keselamatan di jalan raya terletak di tangan semua pengguna
jalan raya. Undang-undang harus dipatuhi bukan diingkari. Jika diingkari, padah yang akan
diganti. Oleh hal yang demikian, kita mestilah bersama-sama memastikan jalan raya sentiasa
selamat dan kemalangan tidak akan berlaku. Patuhilah slogan “Berhati-hati di jalan raya” dan
“Pandu cermat jiwa selamat”.

Sekian terima kasih.