Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

1 PENGENALAN 3

2 PERNYATAAN MASALAH 4

3 PENCARIAN LITERATUR 8

4 PERBINCANGAN 9

5 RUMUSAN 10

6 RUJUKAN 11
Pernyataan Masalah

Nama : Low Yik Seong

umur : 22 TAHUN

Jantina : LELAKI

Pekerjaan : PELAJAR

Diagnosis : ACUTE APPENDICITIS

Prosedur pembedahan : APPENDECTOMY

Aduan utama :

 Pesakit mengadu mengalami kesakitan di bahagian abdomen


 Demam
 Muntah 3 hari berturut-turut.

Sejarah penyakit kini :

 Pesakit sihat sebelum ini, kemudian pesakit mengadu mengalami kesakitan di


bahagian abdomen. Kesakitan tersebut bermula di bahagian periumbilikal dan
merebak ke bahagian kuadran bawah kanan. Beliau dibawa ke unit
kecemasan Hospital Tunku Ampuan Najihah. Suhu pesakit ketika di unit
kecemasan adalah 38.3°, bacaan nadi adalah 88bpm dan tekanan darah
adalah 130/90mmhg. Pemeriksaan fizikal membuktikan keputusan positif
untuk rebound tenderness iaitu kesakitan di bahagian right iliac fossa. Pesakit
dimasukkan ke wad surgikal.

2
Sejarah penyakit lalu :

 Tiada sejarah ubatan


 Tiada sejarah pembedahan

Di wad surgikal, beliau telah melakukan beberapa pemeriksaan untuk mengesahkan


diagnosa penyakit beliau. Antara pemeriksaan yang dilakukan ialah urin FEME,
FBC, BUSE dan X-ray abdomen. Keputusan yang diterima oleh pesakit adalah
seperti berikut;

Full Blood Count

Investigasi Keputusan Unit Julat Rujukan


Red cell count 5.57 X10^12/L (4.5 – 6.0)
Haemoglobin 17.9 g/dL (13.7 – 18.0)
Haematocrit 52 % ( 40 - 54)
MCV 94 fL (82 – 100)
MCH 32 Pg (27 – 32)
MCHC 34 g/dL (32 – 36)
RDW 13.2 % (4.0 – 11.0)
Platelet count 235 X10^9/L (150 – 400)
White cell count 21.2 X10^9/L (4.0 – 11.0)

BUSE

Investigasi Keputusan Unit Julat Rujukan


Urea 4.7 mmol/L (3.2 – 8.0)
Sodium 135 mmol/L (137 - 150)
Potassium 3.8 mmol/L (3.5 – 5.3)
Chloride 100 mmol/L (99 – 111)

Urin FEME

3
Investigasi Keputusan Unit Julat Rujukan
Appearance Cloudy Clear
Colour Yellow Yellow
SP Gravity 1.028 0 (1.003 – 1.030)
Ph 6.0 0 (4.6 – 8.0)
Albumin Negative 0 Negative
Glucose Negative 0 Normal
Ketones 1.5 0 Negative
Blood Trace 0 Negative
RBC 10 /uL (0 – 9)
WBC NIL
Epithelial Cells NIL
Casts NIL
Crystals NIL

Pesakit telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan appendektomi.


Sebelum itu, di wad, pesakit telah diarahkan untuk berpuasa selama 12 jam untuk
mengosongkan gaster bagi tujuan pemberian anestasia dan ‘muscle relaxant’
semasa pembedahan.

Ketika pembedahan, satu insisi berukuran dalam dua hingga tiga inci telah
dilakukan pada lapisan kulit dan lapisan dinding abdomen di kawasan appendiks.
Pakar bedah kemudiannya membuka kawasan appendiks yang selalunya berada di
bahagian bawah kanan abdomen. Selepas memastikan tiada sebarang masalah di
kawasan tersebut, appendiks itu dipotong. Ia dibuat dengan cara melepaskan
appendiks tersebut daripada lekatan masentrik yang melekatkan appendiks tersebut
pada abdomen dan kolon. Setelah appendiks tersebut dipotong satu jahitan dibuat
untuk menutup bukaan di kolon dan akhirnya insisi yang dibuat di abdomen, ditutup
dengan jahitan.

Selepas pembedahan dilakukan, pesakit dibawa ke kawasan pemulihan di


mana tanda vital pesakit diambil setiap 10 minit sebelum pesakit betul-betul stabil
dan dibenarkan pulang ke wad.

Antara arahan doktor untuk pesakit sebagai perawatan selepas pembedahan


ialah

4
 2 ʘ D/saline dan 2 ʘ D5% 24 jam
 IV Zinacef 750mg 8 hly
 IV Flagyl 500mg 8 hly
 IM Pethidine 3cc 6hly PRN

Selepas pesakit stabil di bahagian pemulihan, pesakit dihantar pulang ke wad


beliau. Ketika pulang tanda vital pesakit adalah stabil dengan suhu 37.2°, nadi 98,
SPO2 99, pernafasan 22 per minit dan kawasan luka pembedahan tidak lembap dan
berair.

Appendisitis

5
Appendisitis adalah inflamasi appendiks vermiform dan pertama kali dijumpai
oleh Reginald Fitz pada tahun 1886. Ia disebabkan oleh obtruksi yang akan
menyebabkan infeksi, bahan asing atau tumor. Appendisitis boleh menyerang tanpa
mengira jantina dan umur, tetapi ianya lebih kerap terjadi dalam kalangan lelaki
dalam lingkungan umur 10 – 30 tahun. Appendisitis adalah suatu penyakit yang
paling kerap berlaku dan biasa berlaku tetapi ia juga antara penyakit yang paling
kerap salah diagnosa oleh pengamal perubatan. Satu-satunya pembedahan yang
boleh dilakukan untuk merawat appendiks ialah appendektomi.

Appendektomi, atau lebih dikenali sebagai appendisektomi adalah suatu


pembedahan surgical iaitu pembuangan appendiks vermiform. Appendektomi adalah
rawatan standard untuk kes appendisitis akut. Adalah penting untuk melakukan
prosedur appendektomi selepas pesakit mendapat diagnosis appendisitis untuk
mengelakkan kejadian komplikasi appendisitis yang boleh mengancam nyawa.

Appendektomi boleh dilakukan secara laparoskopi atau pembedahan terbuka.


Pembedahan secara laparoskopi mempunyai kesan sampingan yang kurang dari
pembedahan terbuka, tetapi ia memakan kos yang tinggi. Pembedahan laparoskopi
sering digunakan jika diagnosis pesakit adalah meragukan, atau atas permintaan
pesakit sendiri ataupun atas sebab-sebab kosmetik. Pembedahan laparoskopik
mengambil masa penyembuhan yang sekejap berbanding pembedahan terbuka.
Rajah 1.1, menunjukkan pembedahan secara terbuka (gambar sebelah kiri) dan
pembedahan secara laproskopi (gambar sebelah kanan).

Rajah 1.1

PENCARIAN LITERATUR

6
Menurut “Text book of Medical-Surgical Nursing” edisi ke-13 yang ditulis oleh
Brunner dan Suddarth’s, pada tahun 2013 menyatakan bahawa terdapat satu sistem
skor klinikal yang digunakan untuk membantu mendiagnosis penyakit appendisitis
yang dipanggil Alvarado Score. Sistem penskoran ini mempunyai 6 item klinikal dan
2 ujian makmal yang menjumlahkan 10 markah. Markah 5 – 6 adalah bersesuaian
dengan diagnosis appendisitis akut. Markah 7 – 8 menandakan kemungkinan yang
tinggi kejadian appendisitis akut, manakala markah 9 – 10 menandakan kepastian
penyakit appendisitis akut. Rajah 1.2, menunjukkan sistem penskoran Alvarado
Score.

Rajah 1.2

Menurut buku ‘Acute and suppurative Appendicitis: Disease Duration and Its
Implications for quality improvement’ yang ditulis oleh Hobler K. Spring pada tahun
2016, prognosis pembedahan appendektomi adalah baik, namun ianya boleh
menjadi teruk jika pembedahan dilakukan dengan lambat dan peritonitis berlaku.
Kadar pemulihan selepas pembedahan pula bergantung kepada umur,jantina,
kondisi pesakit dan juga komplikasi yang berlaku semasa pembedahan.

Secara amnya, kadar pemulihannya adalah 10 hingga 28 hari. Bagi kanak-


kanak pula kadar kepulihannya adalah lebih kurang 3 minggu.

7
PERBINCANGAN

Patofisiologi :

Appendisitis dikatakan bermula apabila bukaan daripada appendiks didalam


cecum tersumbat. Sumbatan ini mungkin berpunca daripada mucus tebal yang
terbentuk di dalam appendiks atau najis yang mengeras yang memasuki appendiks
melalui cecum. Najis yang mengeras ini dinamakan fecalith. Pada masa yang sama
tisu limfatik di dalam appendiks akan membengkak. Selepas penyumbatan berlaku,
bakteria akan mula menginfeksi dinding appendiks. Badan akan mula menunjukkan
reaksi dan menyerang bakteria dan menyebabkan inflamasi berlaku. (Gerald, D.G.
(2015, May)).

Komplikasi

Komplikasi paling kerap pada pesakit appendiks adalah perforasi. Perforasi


appendiks boleh menyebabkan periappendiceal abses di mana nanah akan
terkumpul di dalam lapisan peritoneum dan menyebabkan peritonitis. Penyebab
utama perforasi appendiceal adalah kelambatan pendiagnosaan dan rawatan.
Secara amnya, semakin lambat pendiagnosaan dilakukan semakin tinggi
kemungkinan untuk berlakunya perforasi.

RUMUSAN

8
Berdasarkan kajian kes ini, bolehlah dikatakan appendektomi ini adalah
pembedahan yang sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak namun secara
sebenarnya pembedahan ini juga mempunyai risiko yang sendiri. Appendisitis itu
sendiri juga mempunyai risiko yang tersendiri terutamanya jika ianya lambat
mendapat rawatan dan juga lambat didiagnosa. Perforasi boleh berlaku dan jika
perforasi berlaku, maka komplikasi yang lebih teruk boleh berlaku pada pesakit.
Selain itu, pesakit yang baru melakukan pembedahan appendektomi juga perlu
menjaga tempat jahitan dengan baik agar tempat luka tersebut tidak mengalami
infeksi. Selain itu, ketika melakukan pembedahan juga, anggota kesihatan juga perlu
mengamalkan teknik aseptik yang betul agar pesakit tidak mengalami septisemia
selepas pembedahan. Anggota kesihatan juga perlu memberikan pendidikan
kesihatan kepada pesakit tentang penjagaan luka yang betul.

RUJUKAN

9
Brunner, Suddarth., Textbook of Medical Surgical Nursing., Eleventh Edition., 2000.

Ross and Wilson Anatomy and Physiology in Health and Illness., Tenth Edition.,
Elsevier.

www.wikipedia/appendectomy.com

www.wikipedia/appendicitis.com

(Gerald, D.G. (2015, May). Pediatric Appendicitis: Pathophysiology And Appropriate


Use Of Imaging. Canadian Journal Of Emergency Medicine, 8(6), 425-432.)

10

Anda mungkin juga menyukai