Anda di halaman 1dari 3

Teknik Mengurus dan Memimpin

1. Jika anda mempunyai lebih daripada sebuah kumpulan,


galakkan ketua kumpulan anda itu mengadakan mesyuarat
mingguan mereka masing-masing.

 Anda harus hadir sebagai penceramah dan pembimbing


yang akan menunjukkan cara berkesan melakukan
perniagaan ini.
 Jika anda mempunyai downline baru, anda harus ikut
downline anda dalam aktiviti menjual dan menaja
sehingga mereka mampu berdikari.
2. Pada setiap bulan, anda harus mengumpulkan semua downline
anda dalam mesyuarat bulanan.

 Agenda mesyuarat harus berkisar pada strategi menawan


pasaran.
 Anda juga boleh menjemput penceramah jemputan
daripada upline anda yang telah berjaya untuk menaikkan
semangat downline anda.
 Apabila anda telah mempunyai kumpulan yang besar,
kekerapan menjual anda perlu anda turunkan dan
gantikannya dengan kekerapan memimpin dan mengurus.

3. Mengurus kumpulan sama dengan mengurus anak-anak. Mereka


tidak boleh dimarahi, dipaksa melakukan, dihina, dan
sebagainya.

 Mereka harus dibelai. Pujian perlu dibuat apabila mereka


berjaya melakukan jualan atau penajaan.
 Anda mesti mendengar pendapat mereka biarpun mungkin
anda tidak bersetuju.

4. Ringkasnya, hati mereka jangan dilukai sedikit pun. Kalau


terluka, mereka akan mengambil tindakan sama ada enggan
melakukannya lagi atau bertukar kepada syarikat MLM
lain/upline lain dengan mematikan keahlian mereka di bawah
organisasi mereka.

5. Sebagai ketua organisasi, anda harus mengenali downline anda


paling kurang sampai ke generasi ke-4.

 Mintalah bantuan downline anda yang menjadi ketua


kumpulan anda untuk memperkenalkan downline mereka
kepada anda.
 Tujuannya adalah supaya ikatan anda dengan mereka
walaupun hanya bertaraf "cicit" anda tidak terputus.
 Ikatan yang kuat akan memperkuat organisasi anda.
Sebagai ketua kumpulan, anda MESTI POSITIF walaupun
downline anda telah mulai negatif.
 Jika mereka melihat anda masih tetap bersemangat,
mereka akan bersemangat kembali.

……………………………………….

Hari Ini, Menganyam Impian

Esok, Melakar Rancangan

Lusa, Mulakan Perjalanan

Kelak, Sampai Ke Tujuan

Anda mungkin juga menyukai