Anda di halaman 1dari 16

INSPIRASI JUTAWAN

INSPIRASI
JUTAWAN Cikgu Quzami
2018

1
INSPIRASI JUTAWAN

PANDUAN AM
Termasuk panduan penggunaan butang interaktif di dalam ebook ini

Ebook ini dilengkapi dengan pelbagai hyperlink yang boleh


anda manfaatkan untuk dapatkan lebih rujukan. Ada
pelbagai ikon-ikon yang menunjukkan hyperlink yang boleh
anda gunakan. Sila rujuk senarai panduan pengunaan
hyperlink yang bakal memberikan pengalaman interaktif
dalam pembacaan ebook berinteraktif ini.

~Cikgu Quzami~

Video / Movie / Gambar Gif

URL Web

Dokumen / Download File

2
INSPIRASI JUTAWAN

KANDUNGAN

1. Teknik asas mula berniaga


2. Asas bisnes berpremis
3. Jutawan di rumah
4. Idea bisnes low-cost
5. Fahami iklan online
6. Teknik pujuk pelanggan
7. Panduan ayat iklan
8. Asas rekaan iklan mudah

3
INSPIRASI JUTAWAN

Teknik Asas Mula


BERNIAGA

4
INSPIRASI JUTAWAN

Kenali potensi diri

Dengan mengenai potensi diri, setiap orang boleh


mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai
beberapa perkara. Setiap bakal usahawan ataupun
usahawan boleh membuat ujian kendiri dalam
mengenai potensi diri.

Mengikut pengalaman saya, ada pelbagai teknik


dan cara yang boleh diguanakan dalam mendalami
dan memahami potensi diri masing-masih. Sila ikuti
senarai teknik yang saya akan senaraikan ini.
Semoga ia membantu dan memanfaatkan diri anda.
Amin.

5
INSPIRASI JUTAWAN

Buat ujian S.W.O.T


Saya cadangkan anda menbuat ujian S.W.O.T untuk
diri anda sendiri. Senaraikan “S” pertama iaitu
kekuatan anda, “W” iaitu kelemahan diri anda, “O”
peluang-peluang perbaiki diri anda dan terakhir ialah
“T” iaitu ancaman terbesar diri anda.

Masukkan video sendiri prinscreen utube dan


downloadable paper

6
INSPIRASI JUTAWAN

Buat ujian personaliti dan warna


Ujian personaliti dan warna adalah salah satu ujian
yang anda boleh lakukan. Daripada hasil ujian ini
anda akan mengetahui dengan lebih jelas akan
kemampuan dan potensi sebenar diri anda sendiri. Ini
akan memudahkan anda untuk merancang dan
memperbaiki diri anda pada masa akan datang.

Ujian seperti ini boleh dilakukan dengan berjumpa


pakar kaunseling setempat di tempat anda. Adalah
sangat beruntung jika anda pelajar di mana-mana
universiti kerana ujian ini boleh dijalankan di mana-
mana jabatan kaunseling. Bagi anda yang lain, anda
boleh jalankan ujian ini dengan berjumpa mana-
mana kaunselor awam atau buat ujian secara online.

7
INSPIRASI JUTAWAN

Setelah anda mengetahu potensi diri, anda boleh


memilih perniagaan yang difikirkan sesuai dan
mampu untuk anda laksanakan. Selalunya
perniagaan yang sesuai untuk anda berada pada
kelompok “S” iaitu kekuatan dan “O” iaitu peluang
bagi ujian S.W.O.T. Bagi ujian warna dan personaliti
pula ia bergantung kepada skor yang telah anda
perolehi.

8
INSPIRASI JUTAWAN

Pilih yang mudah

Saya cadangkan anda untuk pilih perniagaan yang


mudah untuk diuruskan dahulu. Ada pelbagai jenis
perniagaan yang mudah untuk diuruskan. Sebagai
contoh perniagaan dropship dan ejen. Jika anda
menfokuskan perniagaan online, anda boleh
mencuba perniagaan dropship. Jika anda
menfokuskan perniagaan berproduk, anda boleh
cuba perniagaan berasaskan ejen.

Jika anda mempunyai skill atau kemahiran tertentu,


anda juga boleh menjadikan kemahiran anda itu
sebagai salah satu perniagaan pilihan anda.
Sebagai contoh anda mahir dengan komputer,
jalankan perniagaan servis komputer. Jika anda
mahir memasak, jalankan perniagaan mangkuk
tingkat(food delivery).

Kata kuncinya disini adalah, perniagaan yang


mudah untuk diiuruskan.

9
INSPIRASI JUTAWAN

Tingkatkan ilmu

Kebanyakan usahawan sering terleka dengan


kepentingan ilmu perniagaan. Saya amat sarankan
usahawan baru atau lama untuk sentiasa mendalami
ilmu perniagaan. Ilmu perniagaan ini juga
sebenarnya sentiasa berubah dan dikemaskini
dengan pesat dari masa ke semasa. Anda perlu rajin
untuk kembangkan ilmu perniagaan anda.

Salah satu cara untuk tingkatkan ilmu perniagaan


anda adalah dengan menyertai bengkel/seminar,
membaca nota di blog perniagaan, membeli buku-
buku berkaitan dengan keusahawanan dan
sebagainya. Saya sendiri mempunyai koleksi buku-
buku keusahawan sebagai penambah ilmu dan juga
memudahkan saya merujuk kembali teknik
perniagaan yang sesuai dengan produk.

10
INSPIRASI JUTAWAN

Kewangan

Kewangan perlulah dirancang dengan teliti sebelum


anda memulakan perniagaan. Ramai usahawan
sentiasa mengabaikan aspek kewangan ini. Anda
perlu mengetahui dan memahami kos-kos dalam
pengoperasian perniagaan anda. Dengan ini, anda
akan mudah memeriksa kadar keuntungan dan
kerugian.

Bagi yang masih belum mahir dalam mengatur


kewangan, anda boleh mendapatkan khidmat
nasihat pakar kewangan. Jika anda berminat untuk
dapatkan khidmat nasihat percuma, hubungi saya
dengan klik gambar dibawah muka surat ini.

11
INSPIRASI JUTAWAN

Cuba&Tawakkal

Setelah anda memilih jenis perniagaan yang akan


dijalankan. Anda boleh cuba untuk majukan
perniagaan tersebut hari ke hari. Ini merupakan salah
satu bentuk usaha dalam memahami selok belok
perniagaan. Perlu diingatkan disini, tidak semua
usahawan bernasib baik untuk menjadi jutawan
pada kali pertama mencuba.

Banyak usahawan yang emncuba pelbagai teknik


pemasaran, pelbagai cabang perniagaan dan
pelbagai cara promosi sebelum mereka berjaya.
Oleh itu, nikmati hasil usaha anda, pelbaiki
kelemahan dan tawakkal kepada yang Maha Esa
selepas anda mencuba.

12
INSPIRASI JUTAWAN

Jutawan di rumah

13
INSPIRASI JUTAWAN

Menjadi jutawan di rumah memang dilihat amat


mudah. Walaubagaimanapun tanpa ilmu dan
kefahaman yang betul, sukar bagi seseorang
usahawan untuk menjadi jutawan dirumah ini.
Sebenarnya banyak usahawan yang berjaya
selalunya mengorak langkah pertama dalam bidang
perniagaan dengan mulakan perniagaan mereka di
rumah.

Modal yang minimum dan kos yang rendah


menjadikan jutawan rumah ini pilihan masa kini. Disini
saya senaraikan perkara-perkara yang diperlukan
oleh seseorang jika mereka ingin menjadi jutawan di
rumah ini.

14
INSPIRASI JUTAWAN

Produk/Servis

Usahawan perlu memilih jenis perkhidmatan yang


ingin dijalankan dirumah. Anda perlu memilih produk
atau servis. Kedua-dua jenis perniagaan ini memang
boleh dijalankan dengan persekitaran dirumah.
Walaubagaimanapun, anda perlu memahami
produk atau servis yang bakal dipasarkan itu.

15
INSPIRASI JUTAWAN

Sasaran pelanggan

Jutawan di rumah juag perlu teliti dalam pemilihan


pelanggan ataupun sasaran pelanggan. Ini adalah
untuk memudahkan usahawan menguruskan dan
fokus kepada perniagaan yang di jalankan. Selain
itu, sasaran pelanggan yang tepat mampu
memberikan penjimatan masa, tenaga dan lain-lain
kos kepada usahawan itu sendiri.

Untuk mendapatkan pelanggan sasaran, seseorang


usahawan perlu narrowdown senarai pelanggan
berpotensi mereka. Ini bertujuan, usahawan akan
mudah memahami detail ataupun maklumat-
maklumat sampingan yang diperlukan kepada bakal
pelanggan tersebut.

16

Anda mungkin juga menyukai