Pengenalan
Globalisasi hari ini banyak membincangkan isu mengenai pembangunan masyarakat bagi
golongan ibu tunggal yang sering kali dilihat agak ketinggalan sekali gus memberi impak kepada
kualiti hidup mereka.Kehidupan mereka bukanlah semudah yang disangkakan bak kata pepatah “
tidak selembut tiupan bayu dan tidak semudah aliran air”.Golongan ibu tunggal terpaksa
mengharungi pelbagai liku dan cabaran dalam meneruskan kehidupan mereka selepas ketiadaan
suami di sisi. Tambahan lagi mereka terpaksa menanggung anak anak yang masih kecil dan anak
remaja yang bermasalah.Selain itu, kehidupan ibu tunggal akan bertambah teruk sekiranya
pekerjaan tetap tidak mampu diperolehi.Ternyata kisah ini banyak kita dengar dan sering
dipaparkan oleh media cetak dan massa.
Namun demikian, masih ramai masyarakat kita tidak berganding bahu dalam menghulurkan
bantuan kepada golongan istimewa ini.Pelbagai rintihan dan peristiwa yang bermain di benak
fikiran ibu tunggal sehinggakan ada yang merasakan dunia ini sudah gelap bagi mereka. Hal ini
demikian kerana kekurangan maklumat dan akses kepada sumber sedikit sebanyak telah
menyebabkan golongan ini terpaksa berdepan dengan masalah masalah yang dihadapi sekali gus
membantutkan kualiti hidup mereka. Kebanyak wanita yang ditinggalkan atau kematian suami
dan masih mempunyai anak kecil, memilih untuk tinggal dengan keluarga mereka kerana mereka
yakin anak anaknya akan terpelihara dengan selamat (Utusan Malaysia,2000).
Perceraian dan fenomena ibu tunggal kini bukan lagi boleh dianggap sebagai masalah yang
bersifat individu tetapi boleh dianggap sebagai masalah sosial yang semakin sukar dibendung.
Hal ini demikian kerana proses modenanisasi, indusrialisasi dan urbanisasi bole mempengaruhi
pelbagai faktor keluarga itu sendiri.Akibat dari perubahan sosio seseorang terhadap kestabilan
ekonomi yang pesat, keluarga tersebut telah hilang fungsi dan semakin banyak rumah tangga
berakhir dengan perceraian.
Pada zaman dahulu, wanita yang bergelar janda tidak diberi penghormatan dan menimbulkan
stigma masyarakat negatif. Wanita-wanita ini juga merupakan ibu tunggal yang sama ada
kehilangan suami kerana kematian pasangan dan menjadi balu atau bercerai. Tetapi, keadaan kini
sudah berubah berikutan dengan arus kemodenan, wanita yang kehilangan suami dan juga
bercerai mula diberikan pengiktirafan. Namun demikian, mereka masih terpaksa berhadapan
dengan pelbagai masalah dalam meneruskan kehidupan mereka selepas ketiadaan suami di sisi.
Mereka terpaksa menghadapi pelbagai masalah dari segi ekonomi, psikologi mahupun sosial
(Jones, 2002). Lebih teruk lagi bagi mereka yang terpaksa menanggung anak-anak yang masih
kecil dan anak remaja yang bermasalah. Keadaan ini sudah tentunya akan bertambah sulit
sekiranya pekerjaan tetap tidak mampu diperolehi. Perkara ini berlaku disebabkan oleh segelintir
pihak yang memandang rendah golongan ibu tunggal dan mewujudkan tanggapan yang tidak
baik mengenai mereka. Lazimnya, banyak liku-liku dan cabaran yang dihadapi oleh golongan
ibu tunggal selepas ketiadaan suami di sisi. Sebagai ketua keluarga, ibu tunggal terpaksa bekerja
keras dan berusaha setiap hari untuk mendapatkan sumber pendapatan yang halal bagi menyara
keluarga.
Konsep
Fenomena wanita sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan masyarakat di
negara kita. Kewujudan wanita sebagai ibu dan ketua keluarga tanpa kehadiran lelaki bergelar
suami merupakan perkara lumrah yang akan berlaku dalam sesebuah rumah tangga yang kurang
bernasib baik. Individu ibu tunggal lazimnya berhadapan dengan masalah emosi yang tidak stabil
akibat kehilangan insan tersayang dalam melayari bahtera kehidupan.Menurut mantan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, ibu tunggal
adalah wanita yang menjadi ketua isi rumah bertaraf perkahwinan balu atau bercerai dan
mempunyai anak yang belum berkahwin. Ibu tunggal juga termasuk seorang ibu yang mana
suaminya tinggal berasingan dan tidak boleh memainkan peranan aktif sebagai bapa dalam
keluarga atau suaminya uzur dan tidak boleh membantu membesarkan akan-anaknya serta
memerlukan penjagaan rapi atau pun seorang ibu yang diberi tugas membesarkan anak orang
lain tanpa pertolongan suami.
Hakikatnya, cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh ibu tunggal dewasa ini cukup mencabar
ketahanan mental mahupun fizikal. Berdasarkan bancian 2010 bilangan ibu tunggal di negara ini
ialah 235,240 daripada jumlah keseluruhan 13.9 juta penduduk wanita di Malaysia (Berita
Harian, 2015). Kekurangan pungutan data oleh pihak berwajib terhadap bilangan ibu tunggal di
seluruh negara menyukarkan penyelidik untuk mengetahui jumlah sebenar ibu tunggal terkini.
Dengan jumlah ibu tunggal yang semakin meningkat dari tahun ke tahun selari dengan jumlah
penceraian yang telah menjangkau angka 20,529 kes pada tahun 2007 bagi mereka yang
beragama Islam, manakala bilangan kes bagi kaum lain tidak dapat diperolehi. Keadaan ini
cukup membimbangkan kerana ianya mampu memberikan kesan rantaian yang tinggi kepada
pembentukan jiwa kanak-kanak malah institusi kekeluargaan itu sendiri akan turut terancam.
Umum mengetahui, cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh ibu tunggal dewasa ini cukup
mencabar ketahanan mental mahupun fizikal. Kemiskinan, kemurungan, masalah disiplin di
kalangan anak-anak, pertambahan kos hidup dengan persekitaran ekonomi yang tidak menentu,
masalah sosial dan pelbagai lagi merupakan antara isu yang terpaksa di tangani oleh ibu tunggal.
Bagi ibu tunggal mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu yang timbul akibat perubahan
global dan ianya memberikan cabaran kepada ketahanan fizikal dan mental tidak kiralah dari
aspek pendidikan anak-anak mahupun keutuhan sosioekonomi keluarga mereka.
Sepertimana yang kita sedia tahu, suami merupakan sumber kewangan bagi sesebuah institut
keluarga. Apabila kehilangan suami, keluarga tersebut menjadi seperti layang-layang yang putus
tali. Ibu tunggal terpaksa bekerja demi menyara keluarganya. Statistik menujukkan bahawa 13%
ibu tunggal tidak berpendidikan. Maka, mereka bekerja sebagai buruh ataupun kuli untuk
mengisi perut mereka. Lebih-lebih lagi beban mereka bertambah apabila anak-anaknya masih
dalam usia muda dan tidak bekerja. Contohnya seorang ibu yang mempunyai anak yang berusia
4 atau 5 bulan, terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi seperti lampin, tepung susu,
perbelanjaan kesihatan dan lain-lain lagi. Selain itu, ibu tunggal yang mempunyai anak yang
masih belajar terpaksa menanggung perbelanjaan lebih tinggi.Tambahan lagi, Ibu tunggal sukar
mengelakkan diri daripada menjadi target gangguan seksual. Masyarakat yang tidak memahami
hal ini pula menganggap buruk ibu tunggal tersebut. Masyarakat yang sepatutnya melindungi ibu
tunggal bertindak sebaliknya umpama harapkan pagar, pagar makan padi. Maka, ibu tunggal
tidak dapat melepaskan diri daripada masalah psikologi.
Umum mengetahui, pendidikan dan kemahiran merupakan teras penting dalam mencapai
kualiti hidup yang sempurna sekali gus memberi sumbangan yang besar dalam
mengurangkan kadar kemiskinan dan ketidaksamaan masyarakat. Jika seseorang itu
mempunya tahap pendidikan yang baik ia akan memberi kesan positif kepada pelbagai aspek
termasuklah kesihatan, pesekitaran alam sekitar dan keluarga.Tambahan lagi, di Malaysia,
sebahagian besar perbelanjaan pembangunan adalah diperuntukkan kepada bidang
pendidikan dan kemahiran.Jika diteliti Falsafah pendidkan melalui Akta Pendidikan (1996)
negara menyatakan bahawa
“pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha kearah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara”.
Oleh hal demikian, kerajaan Malaysia telah merangka pelbagai program dan usaha kepada
golongan ibu tunggal bagi mengurangkan kadar kemiskinan terutama bagi golongan ibu tunggal
kawasan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.Program ini memberi penekanan kepada
golongan ibu tunggal melalui pelan tindakan strategik dimana ia menggariskan program
pendidikan dan latihan serta kemudahan penglibatan ibu tunggal dalam aktiviti menjana
pendapatan (RMK-9).Antara tujuan utama (RMK-9) adalah membolehkan golongan ibu tunggal
dapat hidup berdikari dan berani berdepan dengan perubahan persekitaran global.Kebanyakan
ibu tunggal yang berada di luar bandar mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan kemahiran
yang tidak diktiraf oleh pihak kerajaan.Tambahan lagi golongan ibu tunggal di kawasan luar
bandar kebanyakan adalah dari golongan surirumah.Masalah ini amat membimbangkan kerana
pasaran kini memerlukan individu yang mempunyai kemahiran dan pendidikan tinggi.
Bidang perniagaan merupakan bidang keutamaan yang dipilih oleh kerajaan kepada golongan
ibu tunggal pada masa kini.Hal ini demikian kerana, bagi mereka yang cekap dan berupaya, kita
harus menggalakkan mereka untuk menjadi seorang usahawan.Saban hari, wanita banyak
melakukan kerja dalam bidang makanan, membuat kraftangan dan lain lain. Oleh itu, golongan
ibu tunggal digalakkan untuk menambah ilmu dengan menghasilkan sebuah produk baru atau
menyediakan perkhidmatan baru.Dengan itu, golongan ibu tunggal dapat menjana wang
sekaligus membantu memperbaiki kedudukan ekonomi keluarga dan negara.Selain ilmu
berniaga, golongan ibu tunggal juga boleh mempelajari kemahiran yang lain seperti menjahit,
memasak , mendandan, mengurut dan sebagainya. Usaha untuk memantapkan ilmu kemahiran
kepada golongan ibu tunggal harus diteruskan di samping membuka lebih banyak peluang
melanjutkan pelajaran kepada mereka.
Tiada ilmu pengetahuan dalam merangka strategi pemasaran, kurang bantuan dan kemahiran
untuk mengendali perniagaan juga antara faktor sebilangan usahawan wanita khususnya ibu
tunggal berada pada tahap yang rendah (Berita Harian, 2018). Tambahan lagi, menurut Presiden
Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur dan Selangor ( Witus), Sheila
Tukiman, kesan daripada kekurangan ilmu juga memberi impak kepada golongan ibu tunggal
gagal menjana pendapatan lumayan sekaligus terus gagal dalam peniagaan mereka. Kajian yang
dibuat oleh Swinburne University of Technology pada 2016 mendapati kekurangan ilmu
teknologi maklumat antara faktor yang menjadikan golongan ibu tunggal sukar untuk
bekerja.Tambahnya lagi, kebanyakan golongan ibu tunggal luar bandar cetek imu pengetahuan
dalam bidang teknologi (IT) dan tidak agresif dalam melonjakan aktiviti perniagaan mereka.
Oleh hal demikian, pada era global ini, golongan luar bandar terutaman ibu tunggal perlu
melengkapkan diri dengan kemahiran asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai
persiapan untuk merebut peluang yang ditawarkan dalam ekonomi negara (Utusan Borneo,
2018).
ii. Peningkatan kos sara hidup
Isu kenaikan kos sara hidup di Malaysia adalah isu yang beulang melanda negara kita sejak
sekian lama lagi.Pada tahun 2016, ekonomi jelas menunjukkan lemah dan bebanan peningkatan
kos sara hidup yang dirasa oleh semua isi rumah. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) padA
atahun 2016 dijangka bertumbuh pada kadar 4.3% berbanding 5.0% pada tahun 2015. Kadar
pertumbuhan gaji dan upah dijangka akan menurun berbanding 5.4% pada tahun 2015 selari
dengan penyusutan KDNK. Sehingga November 2016, kadar inflasi tahun 2016 menurun
sebanyak 0.1% kepada 2.0% tetapi harga makanan terus meningkat sebanyak 3.7%. Purata nilai
Ringgit telah menyusut sebanyak 2.5% pada Disember 2016 berbanding dengan kadar purata
pada Januari 2016, iaitu RM4.35 bagi setiap dolar AS. Kadar gaji dan upah yang menyusut serta
peningkatan harga makanan memberi tekanan kepada kos sara hidup isi rumah pada tahun 2016.
Isi rumah turut terkesan secara tidak langsung akibat daripada penyusutan nilai tukaran ringgit
dan pertumbuhan sektor-sektor ekonomi yang perlahan
Umum mengetahui, peningkatan kos sara hidup akibat daripada tekanan ekonomi akan memberi
beban kepada golongan ibu tunggal.Hal ini demikian kerana, seandainya golongan ini dibuang
kerja, maka sumber pencariam rezeki mereka akan terputus dan ia akan menjejaskan seluruh ahli
keluarga.Golongan ibu tunggal merupakan pencari rezeki tunggal dan kebanyakan mereka
berpendapatan kecil.Oleh itu, sumber kewangan yang terhad akan menghadkan lagi pilihan
mereka. Maka tidak hairanlah sekiranya terdapat ibu tunggal terus dihimpit kemiskinan sekaligus
menyediakan keperluan yang terbaik kepada keluarga mereka.
Selain itu, peningkatan kos sara hidup terutama bagi mereka yang tinggal di bandar sangat
menguji keupayaan bagi menguruskan diri untuk menampung ahli keluarga secara
bersendirian.Sememangnya golongan ibu tunggal perlu bersedia dari segi fizikal dan mental
untuk berhadapan dengan masyarakat sekeliling yang mana mereka mempunyai tanggapan sinis
kepada wanita yang tidak bersuami. Kelazimanya, golongan ibu tunggal menghadapi masalah
sara hidup berikutan bekas suami bersifat lepas tangan dan hilang begitu sahaja dengan
membiarkan kesengsaraan golongan ini berjuang membina kehidupan baharu. Fenomena ini
memberi impak kepada golongan ibu tunggal secara tidak langsung.
Penekanan kepada tahap pendidikan dan kemahiran yang lebih tinggi harus ditambah dan diberi
perhatian dalam dasar-dasar pendidikan kerajaan sedia ada. Ibu bapa terutama bagi golongan
berpendapatan rendah dan ibu tunggal dimana memiliki tahap pendidikan yang rendah perlu
menggalakkan anak anak mereka menguasai ilmu supaya mereka tidak berada di takok yang
lama selari dengan modal manusia yang semakin tinggi.
Cadangan
Ibu tunggal juga merupakan asset tunggak negara.Oleh hal demikian, pelbagai pihak perlu
memainkan peranan yang penting bagi memastikan kestabilan kehidupan golongan ibu tunggal.
individu ibu tunggal itu sendiri perlulah bijak mengawal emosi selepas berlakunya perpisahan
atau kematian suami. Ini kerana, keseimbangan dan kestabilan emosi amat penting terutamanya
dalam konteks pembesaran anak anak dan kesedaran untuk berdepan denagn perubahan yang
berlaku dari masa ke semasa. Justeru itu, pengurusan emosi bagi kalangan ibu tunggal perlu
diteliti bagi menjamin kesejahteraan mereka dalam menguruskan keluarga.
Selain itu, pengurusan emosi juga penting bagi ibu tunggal kerana ia akan mengukuhkan lagi
konsep kendiri yang tinggi.Pengurusan emosi bermaksud mengakui dan belajar mengawal
perasaan yang dihadapi dengan cara tidak menakutkan diri sendiri dan mengancam orang lain.
Terdapat pelbagai cara yang boleh dipraktikkan oleh golongan ibu tunggal bagi pengurusan
emosi mereka. Antaranya adalah menerima hakikat untuk berani berhadapan dengan kehidupan
pada masa akan datang. Selain itu, golongan ibu tunggal perlu memperbetulkan emosi mereka
dengan belajar untuk mencari hikmak disebalik apa yang berlaku serta belajar untuk melihat
kesusahan orang lain yang lebih serius dan kritikal akibat ditinggalkan. Dengan demikian,
pengurusan emosi yang baik mampu memberi ruang dan peluang kepada golongan ibu tunggal
untuk mengambil tindakan yang bijak dalam membuat sesuatu tindakan demi diri dan keluarga
mereka.
Selain itu, persatuan ibu tunggal di peringkat kawasan juga perlu memainkan peranan agar setiap
bantuan yang disalurkan tidak disiakan begitu sahaja. Seandainya mereka bersatu dalam
melindungi golongan ibu tunggal peluang untuk membina rangkaian perkhidmatan dan
perkhidmatan yang lebih luas akan terbuka. Hak ini kerana untuk menjana pendapatan yang
tinggi, individu ibu tunggal perlu lebih cekap dan kretif untuk membina jaringan pasaran.
Kewujudan pasaran juga boleh membantu menguruskan emosi dengan lebih baik melalui
perbincangan dan luahan perasaan antara satu sama lain. Umumnya, setiap masalah boleh
diselesaikan dengan golongan mereka yang mempunyai masalah yang sama. Oleh itu, golongan
ibu tunggal perlu lebih terbuka dan menerima masalah itu dengan hati yang tabah.
Negara yang berpendapatan tinggi adalah negara yang mempunyai rakyat dan pekrja yang
berkemahiran tinggi. Justeru, penekanan kepada tahap pendidikan dan kemahiran lebih tinggi
teruma sekali kepada golongan ibu tunggal dan keluarga mereka adalah tepat bagi mengatasi kos
sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu, penyelesaian masalah ekonomi negara
memerlukan tindakan transformasi yang menyeluruh merangkumi pengupayaan modal insan
berkemahiran tinggi melalui sistem pendidikan pada semua peringkat, prasarana terbaik
bersesuaian dengan kemajuan berpanjangan. Tidak kurang penting juga ialah kestabilan politik
untuk terus meyakinkan mereka yang terbabit dalam aktiviti ekonomi agar terus kekal dalam
negara. Alam sekitar yang lestari dan alami menambahkan lagi jaminan kesejahteraan, sekali gus
merangsang kemakmuran ekonomi negara yang berkekalan. Semua cabaran perdana ini sangat
berkait rapat dengan masalah ekonomi negara dan perlu ditangani segera dengan bijaksana.
Tuntasnya, ibu tunggal harus bersedia untuk berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran dalam
menghadapi perubahan persekitaran global. Selain itu, golongan ibu tunggal hauslah diberi
pengiktirafan dan bantuan agar mereka tabah untuk meneruskan kehidupan tanpa kesengsaraan.
Kesimpulan
Perubahan persekitaran global yang berlaku dengan pantas menuntut kerjasama semua pihak
bagi menghadapi situasi mendatang yang tentunya lebih mencabar. Ibu tunggal juga tidak
terlepas daripada berdepan dengan perubahan persekitaran global. Mahu atau tidak, cabaran dan
isu-isu yang menuntut perhatian dan penyelesaian harus ditangani sebaik mungkin. Hakikatnya,
cabaran inilah yang membantu mendewasakan serta menjadikan mereka lebih berdikari dan
berdaya tahan. Ibu tunggal harus sedar bahawa, konflik antara individu sukar dielakkan,
termasuklah dalam keluarga sendiri. Cara untuk mengekalkan hubungan yang sihat dengan anak-
anak dan ahli keluarga yang lain adalah dengan memberikan perhatian kepada cara bagaimana
konflik itu ditangani. Apatah lagi untuk berdepan dengan tanggapan buruk masyarakat terhadap
mereka yang bergelar janda. Ia merupakan hambatan mental yang terbesar untuk mereka
bergerak bebas dalam masyarakat.
Pihak kerajaan khususnya menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian
Pembangunan Wanita disaran agar menggiatkan lagi usaha dan mencari formula terbaik untuk
membantu golongan ibu tunggal khasnya kaum bumiputera. Langkah paling penting dan utama
perlu dilakukan oleh kerajaan untuk membantu ibu tunggal ialah dengan membuat bancian
bilangan mereka yang benar-benar berstatus ibu tunggal dan bilangan mereka yang terlibat dalam
aktiviti keusahawanan di seluruh negara.
Persatuan ibu tunggal di peringkat kawasan pula perlu memainkan peranan aktif agar setiap
bentuk bantuan yang disalurkan tidak sia-sia begitu sahaja. Sekiranya mereka bersatu, peluang
untuk membina rangkaian perniagaan dan perkhidmatan yang lebih luas akan terbuka. Ini kerana,
bagi menjana pendapatan yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi, ibu tunggal perlu lebih
kreatif dan cekap untuk membina jaringan pasaran. Kewujudan persatuan juga mampu untuk
membantu menguruskan emosi dengan lebih baik melalui perbincangan dan luahan perasaan
sesama ahli.
Penyelesaian bagi setiap permasalahan mampu untuk dirungkaikan kerana majoriti ibu tunggal
menghadapi masalah yang sama. Golongan ibu tunggal perlu lebih terbuka dan menerima setiap
setiap permasalahan dengan hati yang tabah. Bersifat menyendiri bukanlah satu penyelesaian
yang baik, mereka harus bangkit untuk memperjuangkan hak dan keperluan mereka kepada
pihak kerajaan mahupun pihak-pihak lain.
Tambahan lagi, masyarakat pula perlu lebih sensitif terhadap isu ini kerana ia melibatkan aspek
kebajikan dan tanggungjawab bersama. Tuntasnya, ibu tunggal harus bersedia untuk berdepan
dengan pelbagai isu dan cabaran dalam menghadapi perubahan persekitaran global.