Anda di halaman 1dari 2

BUNTING KnPE

ABSTRACT

Kegagalan murid-murid menjalankan eksperimen sains akibat faktor kekurangan dan


kerosakan radas sains boleh menyebabkan murid gagal memahami tajuk yang dipelajari,
menjejaskan penumpuan serta minat murid terhadap pelajaran sains. Murid akan beranggapan bahawa
ekperimen yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi sukar dan menyusahkan

Dalam menyahut cabaran perkembangan teknologi masa kini maka terciptalah satu aplikasi
android yang berteknologi Augmented Reality (AR) yang membantu mengatasi masalah dalam
menjalankan eksperimen iaitu KnPE. KnPE adalah singkatan bagi Konduktor dan Penebat
Elektrik. Dengan hanya mengimbas gambar bahan uji kaji menggunakan peranti pintar, murid
akan dapat menyaksikan paparan video eksperimen bagi mengenalpasti sifat bahan sama ada
konduktor mahu pun penebat elektrik.

OBJEKTIVES

Aplikasi KnPE dicipta adalah untuk

1 Membolehkan murid ‘hampir’ mengalami sendiri proses ujikaji bagi tajuk konduktor dan

penebat bagi mata pelajaran Sains Tahun 4.

2. Mengatasi masalah seperti kekurangan/kerosakan bahan atau radas semasa melakukan eksperimen

4. Elakkan kesilapan keputusan eksperimen akibat dari litar ringkas yang dibina gagal berfungsi

5. Mengembangkan inovasi terbaharu melalui video berbanding melalui tulisan dan gambar sebelum ini

VALUE ADDED

1. Interaktif

Membolehkan murid menjalankan pembelajaran kendiri mahu pun berkumpulan menggunakan ICT

2. Mudah dan cepat

Penggunaan peranti pintar yang mudah membolehkan murid mendapat maklumat dengan cepat walau
di mana sahaja.
3. Tepat

Paparan video yang mempamerkan langkah-langkah eksperimen dijalankan dengan teratur dan
keputusan yang ditunjukkan adalah jelas dan tepat.

USEFULNESS

1. Aplikasi Pembelajaran Abad ke 21 yang melibatkan penggunaan ICT

2. Akses kepada Pembelajaran Kendiri dan berkumpulan

3. Akses kepada konsep 4K 1N dalam PAK 21

4. Memanfaatkan hadiah berupa Tablet Lenovo daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bersama

Utusan Malaysia.

COMMERCIALISATION POTENTIAL

Penggunaan paparan video yang diimbas pada gambar dari buku teks bagi mendapatkan maklumat
dan isi pembelajaran berbanding yang hanya menggunakan medium tulisan dan gambar dari sebelum
ini

RECOGNITION

-takde

Nama: 1. Siti Nor Asiah binti Ishak

2. Ahmad Kamil bin Othman

3. Nor Haiza binti Abdullah

Sekolah/Institusi: Sekolah Kebangsaan Sg Limau, Sungai Besar, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai