Anda di halaman 1dari 2

KOMPONEN SISTEM PNEUMATIK

Tahukah anda apa yang dikatakan sistem pneumatik?. Pneu merupakan perkataan
yang berasal dari Greek yang bermaksud angin, manakala matik pula merujuk kepada
kuasa. Oleh itu, sistem pneumatik bolehlah ditafsirkan sebagai sistem yang
digerakkan oleh kuasa angin.

Sistem pneumatik menggunakan udara termampat sebagai media pemindahan kuasa.


Udara termampat adalah udara sekeliling yang telah dimampatkan dengan
menggunakan pemampat udara kendalian motor elektrik.

Sistem pneumatik banyak digunakan dalam industri pemasangan komponen elektronik,


mesin memproses makanan, alat pneumatik seperti mesin gerudi, motor udara dan
lain-lain. Sebagai contoh, sistem pneumatik juga digunakan oleh bas pada sistem
pintu automatiknya dan juga pada bahagian brek. Gambarajah blok komponen sistem
pneumatik adalah seperti dalam gambarajah di bawah :

Blok Komponen Sistem Pneumatik

Pemampat Udara

Berfungsi untuk mengumpulkan udara dan memampatkannya dari tekanan udara kasar
ketekanan tertentu. Contohnya Pemampat Putaran dan Pemampat Salingan.

Pengering Udara

Berfungsi untuk mengeringkan udara yang telah dimampatkan daripada wap air
sebelum udara dihantar ke sistem untuk mengelakkan komponen pneumatik dari
berkarat. Contohnya Pengeringan Serapan dan Pengeringan Jerapan.

Penerima Udara
Berfungsi untuk menyimpan udara yang telah dimampat dan dikeringkan sebelum
dihantar ke sistem. Penerima udara juga dikenali sebagai tabung udara. Ia juga
boleh mengawal tekanan angin yang terdapat di dalamnya.

Unit Servis

Unit servis terdiri dari tiga komponen iaitu pengatur tekanan, tolok tekanan dan
pelincir. Ianya berfungsi untuk mengawal tekanan dan melincirkan udara sebelum
dihantar ke sistem.

Injap Kawalan Arah

Ianya berfungsi untuk mengawal arah gerakan penggerak.

Penggerak

Ianya merupakan komponen terakhir yang terdapat dalam sistem ini. Berfungsi untuk
melakukan kerja sebagaimana yang telah dikehendaki. Terdapat pelbagai jenis
penggerak seperti rod keluar masuk, putaran dan nyalaan.

Anda mungkin juga menyukai